Jumaat, Jun 26, 2009

'May Allah Be With You' - Jermaine Jackson

Saya tertarik dengan kenyataan abang Michael Jackson, Jermaine Friday semasa rakaman temubualnya bersama CNN disiarkan berulangkali. Jermaine memeluk Islam sejak tahun 1989.

“May Allah be with you Michael,” katanya.

Sebelum ini Michael dilaporkan memeluk Islam dengan menggunakan nama ‘Mikaeel’. Beliau dikata melafazkan syahadah di rumah temannya, David Wharnsby di hadapan iman di Los Angeles, California. Setakat ini, belum kedengaran laporan media barat membangkitkan isu berhubung status ugama dianuti bintang pop lagenda terbabit.

Saya percaya bedah siasat mayat akan dijalankan dalam tempoh terdekat dan kemudian upacara pengkebumian akan disempurnakan. Jika dakwaan Michael memeluk Islam sebelum kematiannya benar, pelbagai soalan harus dijawab masyarakat dunia.

Rakaman temubual Jermaine bersama CNN pada jam 2.37 petang tadi TIDAK lagi menyiarkan kenyataan penuh Jermaine. Barangkali, di satu sudut dunia ada kelompok sedang membincangkan status pengkebumian penyanyi berusia 50 tahun itu.

Kita ikuti perkembangannya bersama

13 ulasan:

  1. bro..TV3 tak nak buat siaran langsung acara pengkebumian raja pop ni ker??? walaupun dia bukan artis malaysia tp jasa dia kepada dunia lagi banyak dari artis malaysia bro.!
    TRIBUTE to Jacko - HEAL THE WORLD please...!

    BalasPadam
  2. klu btol dia dh peluk Islam, kite doakan la semoga rohnya dicucuri rahmat...

    BalasPadam
  3. keputusan bergantung kepada saudara terdekat MJ, jika dia masih benar islam atau sebaliknya

    BalasPadam
  4. Ya, abangnya Jermain bertanggungjawab dalam hal pengkebumian ini. Dia seharusnya lebih tau.

    Tak hairan kalau kenyataan Jermaine itu dipotong. Kenyataan itu sangat sensitif, tambahan pula berita MJ masuk Islam bukannya suatu fakta yang diketahui sejagat. Malah, dikhabarkan berita dari saluran berbayar menyebut beliau sebagai 'mendiang'... macam mana tu?

    BalasPadam
  5. hmmm..mmg pasti ada yg sdg mmbnincgknnya skrg..

    BalasPadam
  6. Buletin Utama TV3 menggunakan perkataan Allahyarham, semoga sangkaan kita, Michael dikebumikan mengikut cara Islam menjadi kenyataan.

    BalasPadam
  7. sila layari

    http://www.youtube.com/watch?v=QxBCzPgodVc

    http://www.youtube.com/watch?v=79fFeFPvQR8

    BalasPadam
  8. innalillah....

    moga ALLAH AKAN MENGAMPUNI DOSANYA.

    BalasPadam
  9. SEDIH pulak bila aku tgk berita mlm tadi...ada lah 2 jam aku melangut dpn TV nk tgk berita nie...

    mula-mula lepas RQ habis dinner..kul 7pm tu...aku tgk berita kat NTV7..ada la citer pasal Jacko tp masa tu tak sedih sgt...
    pastu lepas areQue solat jemaah ngan ayah..aku ponteng baca Quran jap semata-mata nak tgk berita Jacko...

    So, aku tgk la Buletin utama kat TV3..
    berita utama memberitakan kisah Jacko yg sudah meninggal dunia akibat seranagn jantung..tapi mayat MJ akan dibedah siasat..dan bedah siasat ni akan mengambil masa beberapa minggu kerana byk prosedur yg akan dilakukan untuk mngkaji punca kematian sebenar MJ...
    sbb dorg risau btul ke Jacko ni meninggal sbb serangan jantung, ataupun adakah Jacko mngambil ubat2 sperti dadah atau sebagainya la..ataupun mgkin ada keracunan yg telah berlaku...jadi, that's why la depa nak wat "post moterm' ni ..

    yg wat aku sedih tu...bile tgk abg die Jermain Jackson bg ucapan untuk Jacko..yg pling wat aku tersentuh dia ckp "May Allah be with you michael.."

    aku rs Abg dia turut menitiskan air mata masa tu...

    Jadi, berita ini telah mngesahkan kpd kita bahawa Jacko mmg telah menganut Islam dan nama Islam nya adalah MikaeeL...dan abgnya lah org yg brtanggungjawab mngajak MJ ke jalan yg benar ini..alhamdulillahh.......(berita siap tunjuk gambar dia pakai mcm purdah..masa peluk Islam tu agak rahsia..yg pasti berita ckp abgnya yg dah Islam tu saksi dan beberapa ustaz sbg saksi pengislamannya itu)

    yg buat aku sedih lagi bila berita tunjuk masa Jacko wat concert kat London, Jacko ckp mcm ni kat peminat2 dia "this is my final concert in London....."
    (mcm dia tahu2 je dia akan pergi kan?)

    Dlm berita tu, dia ada cakap kat peminat dia gak yg dia nak wat show bln Julai ni..tapi sbb maut dtg mnghampiri..semua itu tinggal harapan shj..dan semua org terkejut mndgr berita kepemergiannya..

    Sebenarnya, walaupun aku ni nampak baik (ye ye jer..huahuauha..), aku layan gak lagu2 dia..blh dikatakan aku suke je mana-mana artis asalkan lagu tu sedap telinga aku ni dgr.

    Aku pun bukanlah peminat setia Jacko... tapi aku suke dgn tarian "moonwalker" nye yg mnjadi fenomena. Kalau aku tgk die menari tarian tue, cnfirm aku gelak nak pecah mulut sbb kelakar sgt ..muahahahha..mmg susah nk tiru tu...dan aku yakin, kerana tarian itu jugalah dia dikenali selain muziknya...

    Kadang2, aku sgt kasihan dgn permasalahan hidup yg dilaluinya..
    pernah gak aku berdoa smg dia masuk Islam dan berdoa smg dia mndpt ketenangan..Tapi tak sangka laks dia mmg mati dlm nikmat Islam, Iman, dan Ihsan ini..alhamdulillah..

    walau siapapun dia, jangan kita pandang itu semua tp kite nilailah balik knapa dia jd begitu..so, siapalah kita untuk mengata yg buruk2 tntang allaryarham kan...hanya Allah Maha Mengetahui segala yg tersirat di hati kita manusia yg hina dina nie..
    Apa yg penting, Allah masih sayangkannya dan dia pun sudah mnjadi saudara seislam kite...

    apapun..aku paling terharu bila si pemberita yg mmbaca berita sebut "allahyarham Jacko.." bukan "mendiang" seperti yg diberitakan oleh stesen tv lain...

    May Allah be with Him and Fathi Yakan...:)

    BalasPadam
  10. ada satu laporan dari sebuah agensi berita lewat petang semalam, yg keluarga Jackson ada membuat pertemuan dengan seorang imam bernama Imam Johari Abdul Malek. Namun.. tak dapat dipastikan butiran lanjut hasil pertemuan itu. Spekulasi juga ada menyebut, kemungkinan besar ia ada kena mengena dengan pengebumian secara Islam ke atas jenazah Michael Jackson.

    Sebuah laman web juga ada membuat posting terbaru, kononnya masjid di mana abang Michael iaitu Jermaine Jackson (satu-satunya abang Michael yang memeluk Islam) selalu berjemaah, akan mengambil tugas pengurusan jenazah Michael @ Mikhaeel.


    Walau bagaimanapun, menurut satu sumber lain, kelibat keluarga Jackson kelihatan lewat malam tadi di sebuah mortuari. Jadi hingga kini, ramai peminat ternanti-nanti bagaimanakah jenazah Michael akan disemadikan.


    Yang pasti jutaan Michael tidak mungkin melepaskan peluang mengucapkan 'selamat tinggal' kepada hero pop mereka walau di mana Michael disemadikan. Dan tentu sekali 'kemeriahan' pengebumian akan setaraf dengan pengebumian personaliti terkenal Princess Diana, Elvis Presley dan beberapa nama selebriti terkenal dunia. Dan tidak akan sah tanpa liputan media TV dan akhbar.

    read more at my blog..

    BalasPadam
  11. Ya,
    banyak berita tentang dia memeluk agam ISlam tahun lepas atau 2007.
    Apapun, abangnya lebih lama masuk ISlam dan pernah ke Mekah.
    Dia masuk ISlam tapi tidak seperti ramai yang lain termasuk Muhammad Ali yang mahu dikenali sebagi seorang Islam.
    Muhammad Ali pernah jadi tetamu pelakon siri komedi Different Stroke. Bila dia bercakap, dia menyatakan seagai orang Islam dia tak boleh minum arak.
    Ini satu dakwah Muhammad Ali, peninju dunia dan antara orang yang paling dihormati di Amerika Syarikat kerana sanggup dipenjarakan dan hilang juara tinju dunia kerana enggan ke Vietnam sebagai tentera.
    Michael seorang yag sunyi dan mengalami tekanan perasaan yang terlalu lama.
    Saya percaya Michael terlalu inginkan perfection.
    Jermaine walaupun dengan kekangan, mampu membawa Michael kepada Islam selepas lama menjadi penganut Jehovah Witess, satu bentuk cult dalam ugama Krisitan.
    Mishael juga beruntung kerana ramai di kelilingnya telahpun menjadi Islam.

    BalasPadam
  12. confirm ke MJ ni dah peluk islam? Kita nantikan pengkebumiannya nanti.. sama ada kat tempat orang islam @ sebaliknya..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.