Selasa, Jun 23, 2009

H1N1: Anti-Viral Mencukupi

Jam 8 pagi tadi, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai ditemubual Malaysia Hari Ini. Menurut beliau bekalan anti-viral mencukupi untuk 10 peratus rakyat Malaysia, 27,000 orang.

“Setakat ini 7 kes jangkitan berlaku melalui penularan tempatan mankala 52 lagi kes impot. Elakkan daripada berkunjung ke negara seperti Amerika Syarikat, Filipina dan Australia”

Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia mengaktifkan Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan bertujuan memantau situasi wabak Selsema A, H1N1. Sebarang pertanyaan, hubungi 03-8881 0200 atau 03-8881 0300 atau emel kepada cprc@moh.gov.my.

“Kementerian Kesihatan sentiasa mengawal situasi, orang ramai bertanggungjawab memberikan kerjasama dan melakukan respon tepat untuk memastikan H1N1 tidak menular di negara kita. Pastikan selalu membasuh tangan dan menutup mulut apabila batuk,” tambah beliau lagi.

10 ulasan:

  1. Kita sepatutnya lebih kene berwaspada dan mengambil langkah2 yang telah disarankan oleh Kementerian Kesihatan ni. Jauhkanlah penyakit ni daripada keluarga kita.

    BalasPadam
  2. disarankan untuk tidak pergi ke tempat2 awam. Jangan keluar jika tiada apa2 urusan yang penting. Skrg ni balik kerja je terus lepak kat rumah. Takuttttt

    BalasPadam
  3. Kebersihan diri paling penting. bukan takat mandi jer belum tentu bersih.. pakai antibacteria hand gel jika berada ditempat awam...

    BalasPadam
  4. Mudahan Saintis Malaysia berjaya menemui VAKSIN untuk rakyat Malaysia, Vaksin rasanya tidak sama untuk semua cuaca dan semua corak dan gaya hidup pemakanan.

    * **ramalan VAksin ada kemungkinan di dapati dari Air Liur Kucing dan Harimau..

    Kita tunggu sebulan lagi hasil R&D saintis Dunia

    BalasPadam
  5. Ni advise drpd tmpt keja saya, dah ada plan kalo kena H1N1.

    Hand hygiene is the single most important measure in preventing infection so
    Clean your hands regularly and frequently.
    Wash your hands with soap and water, and dry them thoroughly.
    Use alcohol-based handrub if you don’t have immediate access to soap and water.


    If you have symptoms of influenza like fever, cough, sore throat and body aches
    Go and see a doctor immediately.
    Follow all local public health recommendations.
    Keep your distance from well individuals as much as possible (at least 1 metre or 3 feet).
    Cover your mouth and nose when coughing or sneezing, with tissues or other suitable materials, to contain respiratory secretions. Dispose of the material immediately after use or wash it.
    Clean hands immediately after contact with respiratory secretions.
    Improve airflow in your living space by opening windows as much as possible.

    BalasPadam
  6. Apa susah sangat nak menyebut selsema babi.

    BalasPadam
  7. bagak.. aku setuju... paling penting, kalo babi terperesin or batuk jauhkan diri occay...

    BalasPadam
  8. Abang Mazidul, saya nak mintak abang komen pasal satu gambar yang saya snap tengahhari tadi di stesen petronas.. boleh email add abang kpd saya? salmaida@gmail.com tq.

    BalasPadam
  9. Ayda, emel saya mazidul360@yahoo.com.my. Gambar apa ya?

    Zeq, aniaya kuching dan harimau. Ahaks!

    Nidaza, tq for the info :)

    BalasPadam
  10. semoga semua pasukan barisan hadapan kementerian kesihatan dapat mengekang virus ini daripada terus merebak ke seluruh malaysia.

    pengorbanan yg tidak dapat dinilai

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.