Isnin, Jun 01, 2009

Usah Tertipu Lagi

Berikut SMS saya terima pada jam 9.30 malam tadi melalui hotline 360.

‘Assalamualaikum Mazidul, boleh saya tahu, office Power Root buat cabutan bertuah dan saya seorang daripada pemenang. Bila saya ikuti semua diminta, dengan tak disangka duit dalam akaun saya lesap’

Saya tidak membalas SMS terbabit biarpun kos menghantar 1 SMS hanya 8 sen. Bukan kerana saya kedekut tetapi saya mulai bosan dengan sikap sekelompok manusia. Manusia tidak mahu mengambil tahu berhubung perkembangan isu semasa.

Kes sindiket penipuan menggunakan SMS sudah lama berlaku, ramai menjadi mangsa kerana bertindak tanpa usul periksa dan terlalu kepingin meraih wang mudah. Mereka hanya menyedari tertipu setelah wang simpanan bank lesap.

Semoga penghantar SMS terbabit lebih kerap membaca akhbar dan menonton berita agar tidak tertipu lagi buat kesekian kali.

11 ulasan:

  1. Ya lah.. da berbuih mulut dok bagi peringatan, jangan reveal info tru sms, dok degil jugak.... peh tu dok wat muka kesian mengadap polis .. dan muka Si Dol.. sapa yg susah.. Dol jugak.. hi hi hi..

    BalasPadam
  2. kadang2, kena peka dgn informasi, mcmana pulak yg power root ada buat cabutan bertuah, contest pun baru mula...

    BalasPadam
  3. tue ar manusia... sebut jer RM$$$ semua lupa diri...

    skg dgn no. kad ATM pun, mereka leh lesapkan duit account...

    BalasPadam
  4. semalam opismate terima sms kata menang power root dalam rm20,000...kita cakap kat dia toksah percaya la tipu je tu...pastu opismate tu kata..dia balas sms tu dia tulis nape rm20,000, sket sangat heheh..nasib baik opismate tu peka jugak...
    masalahnye sekarang org yang menipu ni dah pandai guna nama brand yang masyarakat kenal..jadinye mudah la masyarakat kena tipu...pandai diaorang ye...

    BalasPadam
  5. dah banyak peringatan oleh pihak berkuasa mengenai penipuan SMS ni.. tapi kalu bab $$$ semua kelabu mata..

    BalasPadam
  6. kalau betul menang contest, takdenya minta duit daripada pemenang.. tu tipu la namanya..

    BalasPadam
  7. terlalu obses dengan duit la 2 jadi macam tu...sape nak bagi duit free senang2 camtu je. tambah2 lagi zaman skarang ni yg penuh penipuan..hati2

    BalasPadam
  8. wang diguna untuk memburu wang yang untung TELCO seperti sms berangkai yang memperalatkan nada ISLAMIK..
    susah nak serik bila melibatkan wang

    BalasPadam
  9. http://lllxillixaxillixalll.blogspot.com/2009/03/tahniah-tahniah-tahniah.html

    saya pernah juga terima sms itu.

    BalasPadam
  10. dalam keadaan ekonomi yang agak goyang sekarang ini, mcm2 orang boleh buat. sampaikan sanggup MENIPU untuk kesenangan Diri.

    Jadi, diingatkan muga2 saudara/saudari tidak termakan @ terpedaya dengan SMS sebegini.

    Logik lah, mana ada orang nak bagi Duit free cara Sms @ Email.

    *p/s:- makanan org CERDIK, adalah orang yang B***H.

    daripada:- www.duniamistik.com

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.