Isnin, Jun 22, 2009

Hakikat: H1N1 Semakin Serius

50 kes H1N1 dicatatkan setakat ini di negara kita. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Davidson, Kuala Lumpur diarah tutup seminggu atau lebih. Dua lagi sekolah, Sekolah Rendah Kebangsaan Assunta 2, Petaling Jaya dan Sekolah Menengah Seksyen 9, Shah Alam sedang dipantau secara terperinci pihak kementerian.

Jika pelajar sah dijangkiti H1N1, adakah keluarga berani mengambil risiko membenarkan anak mereka ke sekolah sama?

Justeru, saya percaya dalam jangka waktu terdekat, sekolah terbabit akan turut ditutup.

Kita tunggu dan lihat samada jangkaan saya benar atau sebaliknya.

15 ulasan:

  1. sdr mazidul,

    sampai sekarang masih belum jumpa lg vaksin bg penyakit ini. siapalah agaknya yg mencipta penyakit virus ini.

    jika suatu hari nanti, jika adanya ubat bg menyembuh penyakit ini, terfikir juga saya, adakah si pencipta ubat ini yang mencipta virus ini? motifnya supaya ubatnya akan laku. =)

    begitu juga dgn virus yg menyerang komputer. adakah, syarikat pengeluar anti-virus yg mencipta virus? motifnya supaya anti-virusnya laku dan digunapakai oleh pengguna. =)

    maaf, jika saya salah.

    BalasPadam
  2. bahayanya penyakit ni. Sekarang sekolah plak tutup sebab dikhuatiri akan merebak. Jangan sampai peljaran mereka ketinggalan sudahlah.Kesian dieorang. Doa2kan lah agar wabak ni terhapus

    BalasPadam
  3. Seram pulak dengar kes H1N1 ni dah makin meningkat...

    BalasPadam
  4. Kes terbaru student kat sekolah Damansara pulak dah kene jangkitan. Bahayanya..

    BalasPadam
  5. penyakit berjangkit camni memang mudah merebak. satu kumpulan yang terjangkit ni pulang ke rumah, pergi kedai, jangkitkan orang lain pulak. begitu juga orang lain tu berjalan2 bawa virus ni.. dan seterusnya.. kena kuarantin cepat2 yg kena jangkit.

    BalasPadam
  6. Akhbar melaporkan SRK Assunta di Petaling Jaya ditutup.

    JanG45, maklumat daripada mana?

    BalasPadam
  7. Halamakkkkk.....

    Risaunyaaaaa.....mohon pada Allah...semoga anak2 kita dilindungi Allah....

    BalasPadam
  8. SALAM. VIRUS INI BERPUNCA DARIPADA BABI. JADI SESIAPA YANG MEMAKAN DAGING BABI.....AKAN MENDAPAT VIRUS INI. RAMAI BANGSA CINA SUDAH MENINGGALKAN DAGING INI.

    ALLAH MENGHARAMKAN BABI.MESTI ADA ALASAN DAN INILAH SALAH SATU SEBABNYA. DIALAH MAHA MENGETAHUI.

    BalasPadam
  9. dulu orang panggil
    virus nipah
    selsema khinzir
    selsema babi
    sekarang h1n1...

    benda sama, nama lain...

    http://pkrpasdap.blogspot.com

    BalasPadam
  10. orang dah kata jangan makan babi, yang gi makan tu buat apa ... siap nak buat "perumahan mewah" untuk babi lagi ... hapa ke jadah ... tapi, apa yang haram, itulah yang mencepatkan kita jadi kaya.. ek ?

    BalasPadam
  11. orang lain makan nangka orang lain yg kena getah. inilah amaran dari Subhanallah Watallah.

    BalasPadam
  12. semoga ada vaksin yg dapat mencegahn dan mengubatnya dari terus merebak..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.