Isnin, Mei 20, 2013

ADAKAH DOKTOR DI VIETNAM BERPAKAIAN SEPERTI JURURAWAT? ( IZAN DAN MARYAM SELAMAT TIBA DI TANAHAIR )


1. 15 Mei 2013,  kakitangan bank,  Izan Suhaila Mohd Ali, 36 tahun,  membawa anaknya Maryam  Sofea Mohd  Riza ke LCCT bersama 10 saudara mara dan ibu.  Beberapa hari  sebelum  itu   Maryam  mengalami chicken pox.  Bagaimanapun  ground staff Air Asia di LCCT  membenarkan  Maryam  dan semua  ahli keluarga diterbangkan ke Ho Chi Minh, Vietnam.

Tindakan itu tidak menghairankan kerana doktor tempatan dua kali mengesahkan Maryam sihat.  Hanya tompokan  hitam masih  kelihatan di seluruh  tubuhnya dan dia  tidak demam.

2. 18 Mei 2013,   kira-kira 20 minit   sebelum pesawat  dijadualkan  berlepas ke Kuala Lumpur, Maryam dilarang  oleh  ground staff Air Asia di lapangan terbang di Ho Chi Minh  menaiki pesawat  syarikat  tambang murah itu,   penerbangan  AK 1455  pada jam 9 malam, waktu Vietnam. 


Tompokan kesan chicken pox  dilihat oleh ground satff  berbangsa Vietnam lalu mereka bertindak mengikut  peraturan seperti dicatatkan dalam terma dan syarat penerbangan Air Asia.

Mereka diarahkan  oleh  lelaki di bawah untuk  tinggal di Ho Chi Minh  selama 5  hari sebelum dibenarkan  pulang ke Malaysia.


3.  Medical doctor berbangsa Melayu, berkebetulan penumpang penerbangan sama, memperkenalkan diri  dan memaklumkan ground staff Air Asia, melalui pengamatan beliau,  Maryam  selamat untuk  diterbangkan.  Namun,  kenyataan doktor itu  tidak diambil kira. Doktor terbabit TIDAK bertugas di lapangan terbang,  beliau berstatus  pelancong di negara asing itu, cuma cuba ingin membantu menyelesaikan  masalah timbul.

Melalui pengamatan saya dan keluarga Izan,  TIADA  doktor   Vietnam  membuat  pemeriksaan terhadap  Maryam  di sekitar pintu 18   lapangan terbang. Hanya jururawat  ditugaskan  mengambil bacaan suhu badan Maryam.  Ditanya oleh ahli keluarga Maryam mengenai bacaan  suhu badan bayi berusia 14 bulan terbabit,  jururawat  warga asing  itu hanya membisu.

Jika benar status kesihatan Maryam  membahayakan penumpang lain,  bagaimanakah  bayi  itu   DIBENARKAN  oleh ground satff  Air Asia di LCCT  untuk menaiki pesawat ke Vietnam  pada 15  Mei tetapi  kemudian  dinafikan penerbangan 4 hari kemudian oleh ground staff di Ho Chi Minh?

4.  Hampir  jam 9.30 malam,  Izan dan  Maryam  ditemankan oleh  dua saudara lelaki mereka, Faisal  Mohd Fozzeli dan  Mohd Hasif Mokhtar (berbaju merah)  dibawa keluar oleh ground staff bertugas dari lapangan terbang dan  HANYA  dihantar ke  terminal  teksi.


Tatkala  itu  mereka  tidak mempunyai  bilik hotel  dan juga kenderaan untuk bergerak  di negara asing terbabit.  Malah sebahagian wang mereka  bawa,  disumbangkan oleh penumpang pelbagai  bangsa  penerbangan  AK 1455.


Bukan  sahaja  Izan dan ahli  keluarga menitiskan airmata, malah majoriti penumpang bakal berlepas meninggalkan mereka berasa hiba dengan situasi  didepani oleh anak beranak  itu.


5.  Ground satff di Vietnam MENDAKWA,  kapten  kapal terbang Air Asia AK 1455  tidak membenarkan  Maryam  menaiki pesawat. Pada kira-kira jam 9.50 malam, beberapa minit setelah menaiki pesawat,  saya dimaklumkan  oleh pramugari bertugas, kapten Ariffin Bakar tidak mengetahui  perincian kes  terbabit.

Pihak manakah tidak berkata benar? 

6. Setelah tiba di LCCT, saya dimaklumkan oleh Norhamiza, adiknya Izan, anak dan dua saudara mereka terpaksa mencari teksi dan hotel sendiri. Izan dilaporkan terpaksa membeli  susu  Maryam dan juga pakaian mereka. 

Akhirnya dengan bantuan ejen pelancongan di Ho Chi Minh, mereka menyewa May Flower Hotel dengan  kadar bayaran  USD60 semalam dengan menggunakan wang sumbangan penumpang  penerbangan AK 1455.

7.   Tiada kakitangan  Air Asia menghubungi Izan  mahupun ahli keluarganya.

8. Pada 19 Mei, kakak Izan, Norhamiza tiba di Kuala Lumpur kemudian bertindak menghubungi  adiknya, pegawai senior  Tourism Malaysia di New York,  Amerika Syarikat, Ahmad Johanis.  Johanis kemudian medapatkan bantuan kakitangan Tourism Malaysia Vietnam,  MAS dan pihak Kedutaan Malaysia di negara terbabit.

Berikutan  bantuan dihulurkan,  Maryam  kemudian  dihantar ke  hospital untuk diperiksa  dan disahkan  sihat oleh  doktor di Victoria  Healthcare Vietnam.



9. Izan, Maryam dan saudara lelaki mereka selamat tiba di KLIA pada jam 7.45 malam   semalam  menggunakan  pesawat  MAS.

10. Berikutan kes ini,  Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri  Tony  Fernandes telah  mengeluarkan  kenyataan di laman Twitter beliau.


Ertinya,  membiarkan Izan, Maryam dan dua saudara lelaki mereka terkontang-kanting  mencari hotel dan kenderaan  pada kira-kira jam 10 malam  di negara asing,   tanpa bantuan ground staff  di lapangan terbang Ho Chi Minh  itu mengikut  buku,  'follow the book'.  


Maryam dikendung oleh ibunya, hanya  berusia setahun 2 bulan.  Tanpa susu dan pakaian, mereka terkial-kial  cuba mendapatkan bekalan. 

Kejadian  itu juga  berlaku  kerana  Air Asia mengikut buku. 

Selain daripada  menjalankan  perniagaan  bertujuan  meraih keuntungan, pihak pengurusan Air Asia harus memikirkan faktor  kemanusiaan  dan melaksanakan TANGGUNGJAWAB SOSIAL. Rakyat  Malaysia  lazimnya   berbudi bicara   sewaktu  melaksanakan  sesuatu tindakan.

Tweet   terbabit kemudian  didapati  telah DIPADAMKAN  dan berikut kenyataan Tony  seterusnya.


11. Pada  hemat saya,  Tony  tidak  sepatutnya  tergesa-gesa  mengeluarkan kenyataan di laman sosial.  Beliau  atau  kakitangannya  harus terlebih dahulu  mengambil  inisiatif  cuba menghubungi  Izan  atau   ahli  keluarganya  untuk menyiasat dan mendapatkan  penjelasan terperinci  kedua pihak   berhubung  kejadian berlaku.


12.  Saya dimaklumkan,  Ketua Pegawai Eksekutif  Air Asia,  Aireen  Omar mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai insiden berlaku  di Vietnam.  Dalam kenyataan itu,  doktor dikatakan  memeriksa  Maryam d an  bayi  kelainan upaya itu  disahkan  tidak layak, unfit  untuk diterbangkan.

Kamera digital  sentiasa berada di tangan saya sewaktu  berada di lokasi sama.  Satu-satunya individu  hadir di lokasi,  dilihat  sebagai  kakitangan perubatan,  wanita di bawah ini.


Jika  dia doktor,  amat  menghairankan  kerana pegawai  perubatan bertugas di lapangan terbang  antarabangsa itu  tidak  langsung  mampu  berbahasa  Inggeris. 

Mungkin doktor di Vietnam  juga  berpakaian  seperti  jururawat  dan  hanya mampu  berkomunikasi  menggunakan  bahasa tempatan  sahaja.  Justeru  tidak hairan  'doktor' terbabit  enggan  menjawab soalan dikemukakan  oleh ahli  keluarga Izan.

Saya  sendiri  menyaksikan  dengan  mata kepala,   wanita itu  cuba  meletakkan jangkasuhu di celah  ketiak  kanan Maryam  sedang dipangku oleh ibunya. Akibat pergerakan Maryam kerana  kurang  berasa selesa,  jangkasuhu  itu  terjatuh dan disambut oleh wanita itu.  Dia kemudian  melakukannnya untuk kali kedua  sebelum  beredar.

Tidakkah  secara profesional,  'doktor' itu  wajar  menjelaskan  status  kesihatan  Maryam kepada  ibunya sebelum  menghilangkan diri? 



Molek  jika  Aireen  atau kakitangan  pengurusan Air Asia  mengambil  SEDIKIT  waktu menghubungi  Izan untuk mengesahkan  kenyataan saya.  Bijak juga,  jika  beliau mendapatkan rakaman  televisyen litar tertutup  di pintu 18 di antara  jam 8.30 dan 9.30 malam waktu Vietnam  untuk membuktikan  samada  ground staff  Air Asia di Ho Chi Minh  menyalurkan maklumat tepat atau sebaliknya. 

13. Kali terakhir saya  bercakap dengan  Norhamiza pada jam 6.30 petang semalam. Tiada   kenyataan  dikeluarkan  oleh  wanita itu  mengatakan  wakil  pihak pengurusan  Air Asia menghubungi keluarganya.

14. Kes  ini  turut mendapat  liputan akhbar Utusan Malaysia, klik di sini  dan Agenda Daily, klik di sini.

Berita   juga dipaparkan oleh New Straits Times, klik di sini.

15. Berikut entri terdahulu saya nukilkan.

1. Ibu dan bayi  sengsara di Vietnam :  Air  Asia usah  lepas  tangan  Klik di sini.
2. MAS membantu  membawa  pulang  penunmpang Air Asia  didakwa bermasalah Klik di sini.
3. Terkini : Kisah Izan dan  Maryam Klik di sini.
4. Adakah  doktor di Vietnam  berpekaian  seperti jururawat? Klik di sini.

16. Terima  kasih kepada semua pembaca  sudi  memberikan sokongan moral untuk bersama kita mendedahkan kebenaran.

17. To Tan  Sri Tony Fernandes, instant  denial  wouldn't  stop  Malaysians to talk about this particular  incident.   Please  have  the courtesy  to  investigate  this case  thoroughly for the betterment  of Air Asia  operations in  the  future.

It  is  not  a  sin  for Air Asia  to  contact  Izan  and  the  rest  to  offer your apologies. 

The  act of  damage  control  needs to  be  executed.

74 ulasan:

  1. Terkial-kial Pak Tony menjawab. Utusan pun dah start jentik. Last-last free flight utk ibu dan anak tersebut. Tetapi itu bukanlah jalan penyelesaiannya. Airasia perlu tahu bila masa mereka perlu mengetepikan keuntungan.

    Ada yang meyarankan betapa perlunya Travel Insurance (Aii cucuk jarum nampak). Ya, saya tidak mengatakan insuran seperti itu tidak perlu. Tetapi isunya adalah perkhidmatan yang tersangatlah murah daripada harga yang dibayar oleh pelanggan.

    Sebagai pelanggan MAS yang agak kerap, saya amat pasti jalan penyelesaiannya berlainan dari AirAsia!

    BalasPadam
  2. Kantoi sudah tony, selepas ini pastikan Tony dan Air Asia mendapat pembalasan kerana hanya memeikirkan keuntungan...

    BalasPadam
  3. Syukur sebab abg Mazidul ada di sana.. walaupun saya bukan ahli keluarga mereka.. tapi sebagai rakyat msia saya rasa marah dan terharu dgn apa yg berlaku kepada izan dan anaknya.. kalau nak lawan dgn AA pun.. abg dah adaa bnyk bukti dan kita tgk apa dalih mereka dalam nak menyelesaikan perkara ini..

    BalasPadam
  4. Kejadian ini amat memilukan dan Air Asia tidak sepatutnya bertindak begitu. Air Asia perlu memohon maaf dan membuat ganti rugi. Kita risau orang ramai akan boikot Air Asia. Siapa juga yang rugi nanti.

    BalasPadam
  5. sikap rakyat malaysia yang baik budinya....berbeza dgn masyarakat asia lain umpama thailand, myanmar, vietnam dan laos.... walaupun kita nie hanya pelancong bg diorg....tetapi jika melibatkan org islam, mreka memandang kurang baik sket bagi org islam...

    BalasPadam
  6. walaupun kita hnya pelancong bagi mereka, tetapi sikap rakyat malaysia yang paling ramah antara negara asia tenggara ini...berbanding negara thailand, vietnam, myanmar and laos... mereka masih memandang kurang elok kpd org yang beragama islam... saya pernah kene jugak kat thailand mcm tu....jadi, harap2 rakyat malaysia yang lain bersabar sket....

    BalasPadam
  7. TIADA APA YANG LEBIH BAIK MELAINKAN "KITA BOIKOT AIR ASIA"BUKAN MATIPUN TAK NAIK AIR ASIA......

    BalasPadam
  8. syukur mrk dpt pulang dgn selamat.kesian anak kecil itu

    BalasPadam
  9. Saya pun pernah mengalaminye. Tp bukan seteruk izan lah.. hampir hampir tidak dpt menaiki pesawat krn membawa lebihan muatan.. dan sikap kurang hajar berlagak. Sombong petugas di kuanter chek.tiker air asia veitnam...

    BalasPadam
  10. Salam, sebagaimana murahnya tambang AirAsia, begitu jugalah murahnya moral orang-orang dalam AirAsia. Perlu wujudkan satu lagi syarikat tambang murah utk mengimbangi monopoli AirAsia. Mereka lupa klu tak de org mcm Izan dan Maryam yg sudi naik pesawat AirAsia yg sendat tu, siapala Tony dan badut2nya...

    BalasPadam
  11. Inilah yang terjadi kalau profession itu dilakukan tanpa walau sekelumit pun nilai kemanusiaan. Mereka ini meletakkan kepatuhan yang mengkhinzir buta pada arahan atasan yg sahihnya menzalimi pengguna perkhidmatan. Lebih mulia jadik cleaner.

    BalasPadam
  12. Air Asia is going down..see it. Too arrogant company as they sell us 'cheap seat'.. they will do what they want.. follow their 'father' book of law.

    Dlm celahan kisah ini ada pulak pengkomen yg salahkan ibu itu!! Bukan Air Asia yg disalahkan.. Chikcen pox jdkan alasan utkt zalim pd penumpang..ini sifat2 hati perut keras yg mula menular dr kalangan org Malaysia. pemikiran terbalik!

    BalasPadam
  13. diharap saudara Mazidul juga dapat membuat liputan di terminal LCCT mengenai layanan yg diberikan oleh pihak AA. Biar bukak mata sikit pihak pengurusan AA mengenai betapa teruknya layanan yg diberikan oleh mereka. lepas ni boleh bagi award 'The Worst Customer Service ever;...........

    BalasPadam
  14. Encik Mazidul..saya crop kata-kata En Mazidul untuk blog saya ye....

    minta izin.....

    BalasPadam
  15. nasib abg marzidul ada disitu..harap ramai pihak dpt buka mata..bersediala tony diambg kejatuhan kau..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye... nasib abg mazidul.ada di tpt.kejadian.. kalau tiada pasti lebih teruk lg terjadi pd izan n maryam.... kalau mazidul tak ada kami pasti tak tau kekejaman yg air asia buat pda rakyat malaysia

      Padam
  16. ini bermakna didalam SOP Air Asia tiada perkataan "kemanusiaan"

    BalasPadam
  17. alhamdulillah ibu dan anak selamat. wp sya bukan ahli keluarga izan tp situasi yg menimpa mrk ni cukup menyentuh hati sya. kasian dekat anak tu. syukur jg abg mazidul ada di sana masa tu. buat taukeh air asia, berperikemanusiaan la sesama manusia. doktor tak bertugas pun dah ckp ank tu selamat utk menaiki penerbangan.jgn fikir untung saja.
    memang betul flight air asia selalu delay.berjam2. tiada maaf pun diucapkan atas kelewatan tu.last sya ikut air asia mei 2012 ke jakarta. flight dari jakarta delay berjam2 sehingga tengahmlm. tiada ucapan maaf dr air asia.
    lepas ni bagus abg mazidul tengok2 kan air asia ni.

    BalasPadam
  18. AirAsia and tony has gone over their heads.

    Because their are so rich and powerful, they don't care about the small people that has help them becomes as what they are today.

    NO more airasia for me any my families for now.

    As Bart Simpson would say it:,,
    "Tony! Eat My Short!"
    :P

    BalasPadam
  19. salam..pada pendapat saya benda2 macam ni bole dielakkan kalo amik travel insurance. Time macam ni la bole guna. Lagi satu kena ada extra cash kalo travel..& lagi satu kena tau rules durang..rasanya kalo dia amik surat dri doc siap2 xde prob...pengajaran for me jugak..

    pasal staff airasia tak bole nak salahkan dia jugak..maybe dia pon takut kena pecat kalo tak ikut procedure..kalo ada penumpang lain kena jangkit bahaya..& bahaya untuk mak yang mengandung..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Air asia red army in the house...don't be funny la beb. Siap promo insurancce lagi

      Padam
    2. Mmgla faham procedure AA xbg naik flight tu tp di mana perikemanusiaan pihak mereka,at least tlgla bg penginapan ke,bantu anak kecil tu ke hosp ke..tu sbb ramai xpuas hati tu..ini tidak,mereka biarkn si ibu dan anak kecil ni terkonteng konteng..sedihnya..bayangkn kite di tpt mereka..aduhai..

      Padam
  20. Mh
    1 dunia tahu follow of the book Air Asia mcm mna.
    Lewat kick off.. Buy new ticket
    "Now every one can fly but cannot go back"
    Follow the book???

    BalasPadam
  21. Salam en mazidul,

    Saya bertugas sbg seorg pilot di sebuah airline di jakarta. Mohon agar dpt sy beri penjelasan dlm kes ni.

    Correct me if I'm wrong. As per my reading, adik maryam mmg dah kena chic pox before dia fly ke vietnam. Satu kesalahan di pihak ground staff di lcct dan crew penerbangan keranan benarkan adik maryam utk terbang. Sememangnya adik maryam perlu di offload (istilah utk penumpang yg tak dibenarkan terbang). Kwn saya, seorg flight attendant pernah offload a family of 7 gara2 kes yg hampir sama. Tidak menjadi masalah.

    Ground staff dia vietnam telah melakukan kerja yg baik dlm memastikan keselamatan penumpang. Walaupun ada surat pengesahan dari doctor, chicken pox tergolong dlm penyakit menular. Tiada istilah chicken pox tinggal bintik hitam or demam dah reda. Pesakit berpenyakit menular tidak boleh naik dlm pesawat dlm apa keadaan skali pun.

    Antara alasannya kerana, udara di dlm pesawat mostly recirculated. Ini akan membahayakan penumpang yg lain. Oleh itu tidak wajar staff dia vietnam yg menjalankan tugas berlandaskan polisi utk dipersalahkan.

    Nasihat saya kpd sesiapa yg ingin terbang, be prepared. Pastikan document penerbangan disimpan. Kalau ada yg sakit, jgnlah terbang. Zero fare promo slalu ada. Jgn fikirkan sgt ticket yg akan burn.

    Maaf jika ada kesilapan. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pilot Jakarta, apa maksud tuan dgn ayat ke2 para3? Penumpang tu pun dh balik dgn flight MAS the next day siap dgn Surat pengesahan doktor. Apakah MAS tak ikut prosedur?

      Padam
    2. Tuan singing pilot, baca posting ni dulu sampai habis baru komen.penumpang tu dah pun balik guna flight MAS the next day & guna Surat pengesahan doktor di Vietnam. Apakah MAS tak ikut prosedur?

      Padam
    3. tak guna menyalak bnyk bnyk kat blog ni...boikot jer air asia...tahan org ramai kat lcct tu yg nak naik AA

      Padam
    4. tak guna menyalak bnyk bnyk kat blog ni...boikot jer air asia...tahan org ramai kat lcct tu yg nak naik AA

      Padam
    5. Correct me if im wrong. The lady n her child were denied to board the flite due to the chic pox n she failed to present any form of document to justify her daughter's health condition.

      She managed to board the mas
      flite after she has sorted out the document with the doctor.if she failed provide it, same fate will occur.

      Irregardless the amount u paid, neither low cost carrier or full service airline, code on conduct must be applied.

      Padam
    6. To so call Mr. Pilot. We are not against the preventive measure from Air Asia. We condemned their heartless manner in handling the situation. They don't bother what is going to be happened to the passengers as the incident took place far from their hometown and more worse, at night.

      Mr. Tony statement was too quick to be released without taking into consideration hearing from both sides. His statements after that really shows their true colour.

      I'm gonna boycott AA. Period.

      Padam
    7. Hahah indon pilot.no wonder indon plane crash to the ground so often since you moral compass hye wire

      Padam
  22. Good job mazidul sbb bongkarkan isu dan bagi perkembangan terkini mengenai nasib izan dan maryam...

    kalau tiada laporan dari mazidul, rasanya tony pasti memberi jawapan "air asia staff did an impeccable job according to book, certified by approved doctor (walhal nurse saja) mmg ada chicken pox. rasa tony kena cari surat nurse tu yang verified maryam unfit / sakit...

    Kalau tiada laporan dari mazidul, kita tak akan tahu kejadian sebegini boleh terjadi, kita tak akan tahu air asia sanggup lepas tangan sebegini, kita tak akan tahu waluapun air asia lepas tangan masih ada pihak lain sudi tampil ingin membantu....tak sangka perkara ini boleh terjadi...

    Nah, segala bukti dah terpapar kat blog mazidul, gambar "doktor" nurse, surat dari hospital vietnam verified yang maryam sihat...semua in black and white...rasanyer terkial-kial gak tony nak fikir alasan nak backup airasia...

    rasa air asia kena mintak maaf secara terbuka, bagi pampasan dekat izan untuk kos penginapan, hospital, transport dan pampasan trauma akan "service" air asia yang impeccable...

    walaupun airport tak benarkan izan naik flight, tapi airlines (air Asia) patut ambil inisiatif untuk tolong izan, sebab izan adalah bawah tanggungjawab air asia...izan bayar perkhidmatan air asia...bukan pihak lain...

    Syukur lah banyak insan lain yang masih ada sikap kemanusiaan membantu izan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Janganlah sampai suruh Air Asia bayar pampasan, kesian Air Asia nanti jatuh miskin dan bankrupt pula Air Asia. Lagipun siapalah si Maryam tu, bukannya VVIP, Tan Sri ke, Datuk ke, SIR ke. Air Asia ni lebih pentingkan keuntunggan dari sikap berperikamunisaan. Kalau off loadpun at least that idiot ground staff should assist them bukan lepas tangan. Biasalah like father like son, Tony dan Azran takkan tak dapat gunakan akal fikiran.

      Padam
  23. Tony Fernandez ni rakyat malaysia ker?
    Tak sepatah haram pun boleh cakap Melayu.

    BalasPadam
  24. Saya berkeja sebagai travel agent disebuah syarikat pelancongan. Ya saya akui memang benar petugas2 dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar jawatan diairport Ho Chi Minh sombong dan angkuh dan lebih sudu dari kuah. Pada fikiran saya memang rakyat Malaysia patot boikot dari pegi melancong ke Ho Chi Minh City tu sekali.

    BalasPadam
  25. Lain kali umat Islam fikir2 sikit sebelum melancong ke nagara bukan Islam. Banyak negara2 Islam lain yg boleh di lawati. Sudah terantuk barulah kita terngadah… Saya aras cukup marah dgn Air Asia, apa pun alasan mereka tidak boleh diterima. To hell with Air Asia. Akhirnya keluarga Izan mendapat pembelaan yg sewajarnya dari MAS - TQ MAS.

    BalasPadam
  26. terima kasih kepada bro mazidul.... lu memang best.... lu memang rakyat malaysia yang prihatin akan kesengsaraan atau musibah orang lain... terus lantang dimasa hadapan utk perkara seperti ini... kepada bro mazidul semoga dipanjangkan umur.. dimurahkan rezeki dan bahagia dunia akhirat....

    BalasPadam
  27. syukur kerana mereka selamat pulang...sejak baca kes ni saya hanya fikirkan keadaan maryam dan ibunya...

    dan syukur en mazidul ada di sana...kalu tidak tak taulah apa nasib dua beranak ni di sana...

    BalasPadam
  28. Betul seperti saya dan kawan-kawan ulaskan pada artikel sebelum ini. Incubation period of Chickenpox walaupun 8-21 hari, by the time clinical manifestation keluar sudah non transmission period pun. Chickenpox paling berjangkit 2-3 hari sebelum rashes keluar. By the time scabs (hitam seperti doktor melayu tu cakap) sudah OVER dah transmission


    Ini dibuktikan oleh health check by government doctor tu. 6 days non transmission.

    Saya tak berapa gemar konsep orang ada rashes dan PUKUL RATA kata dia ada infectious diseases. Ini termasukkan penyakit autoimmune macam Psiorisi dan Eczema.

    Saya juga tidak puas hati kenapa airport tak ada inhouse doctor yang layak. Sebagaimana ketika saya sampai bersama ibu dulu untuk join ayah yang meneruskan pengajian di UK. Sudahkan dibiarkan terkontang konting - nasib baik ada orang baik sudi lorongkan ke hospital kerajaan untuk check up.

    Anak ini ada DOWNS. Anak syurga. Lagilah saya SANGAT MARAH. They are special children. Orang yang patut didahulukan.

    Tiap kali terngia-ngia di telinga ayat sacartic suruh 12 orang sekali jangan naik flight kena beg dah bercampur...saya SANGAT SAKIT HATI


    BalasPadam
  29. Nampaknya semua ground staff dan pilot kena belajaar apa itu INCUBATION PERIOD of DISEASES dan MANIFESTATION OF DISEASES belum tentu make that person a TRANSMISSION of DISEASE macam kami mak-mak yang INFORMED ni

    BalasPadam
  30. sepatutnya pihak air asia menguruskan mereka sehingga selesai seprti carikan hotel dn sebagainya sbb mereka adal a pelanggannya. kalo x silap di vietnam ada tune hotel kan.kalo benar ada kan manis temptkn mereka disitu.untung ada mazidul kalo x rasanya tiada siapa yg tahu berita ni.agak2 bole saman air asia x?

    BalasPadam
  31. Walaupun saya dah banyak kali terkena dengan Air Asia ni, tapi still memilih Air Asia utk travel ke oversea sbb harga yg murah. Mmg dari segi layanan, MAS is wayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy better than Air Asia, MAS staff mmg memberikan kerjasama penuh dlm apa permasalahan sekalipun, berbeza dgn staff Air Asia. Dalam kes Izan dan babynya, mmg dari segi kebajikan dan perikemanusiaan, staf Air Asia tersebut amat teruk, sggup melayan ibu dan bayi yg dalam kesusahan terkontang kanting tanpa sebarang bantuan dan follow up. Tapi dari segi medical maybe kita perlukan penjelasan pakar atau pun org yg layak utk explain.. kita tak tahu procedure negara tersebut and procedure Air Asia.. Walaupun telah disahkan sihat oleh Doktor malaysia tapi pengamal perubatan kat negara tu ckp tidak sihat.. perbezaan mungkin kerana kita berbeza negara.. dan mungkin perlu ada dokumen perubatan sebagai bukti bayi tersebut sihat dan mungkin juga hanya Doctor yg diiktiraf oleh Air Asia dan negara tersebut yang boleh beri pendapat..

    CEO Air Asia perlu berhati2 dalam memberikan statement kerana apa yang dimarahi orang adalah sikap staff yang biadap dan tidak membantu orang yg dalam kesusahan.. Kalau CEO tidak fair dalam memberikan statement, orang akan makin menyampah..

    Persoalannya sekarang, mengapa MAS boleh benarkan Izan dan baby balik sedangkan Air Asia tidak?

    BalasPadam
  32. Penerbangan teruk ni! Kalau kita terlambat 10 minit dia kenakan charge atau tak benarkan naik langsung atau kena bayar lebih lagi! Tapiiii... kalau flight dia delay sampai 5 jam dia tak pula nak refund kita! inilah jadah berniaga kafir! penerbngan yang sembahWANG dari segalanya! Ground hostessnya! wau punyalah besar ego, macam tak lulus SPM. Memang aku elak dari naik AIR Asia, Sekarang, ye!!! byebye AirAsia hello Firefly!

    BalasPadam
  33. Benarlah seperti kata Rasullulah, "Mata pena lebih tajam dari mata pedang"; Nak menyampaikan biarlah kita bermula dengan niat dan berfikirlah sebelum menyampaikan; apakah niat kita? Nak membalas apa yang disampaikan bermulalah dengan niat dan berfikir juga sebelum membalas apa yang hendak disampaikan.

    Yang muslim rujuk kembali apa yang anda lafazkan dalam solat setiap kali; "Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbil alamiin" - "Sesungguhnya SOLATKU, IBADAHKU, HIDUPKU dan MATIKU hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh alam"..

    BalasPadam
  34. hmmm. doktor di Vietnam dah sahkan anak tersebut mmg telah sembuh dan boleh fly.

    hakikatnya, kalau kita mmg dah sihat dan sembuh, perlu ke kita dapatkan surat pengesahan doktor??

    BalasPadam
  35. to hell with AirAsia.. aku pengguna SETIAP MINGGU BKI-TWU, selepas ini akan BOIKOT AA... memang dah lama pun aku bengkak hati dgn syarikat komunis kapitalis ni.

    BalasPadam
  36. Saya pernah mengalami situasi yg sama dimana sy diarahkan turun dr kpl terbang bersama 2 org ank kecil & keadaan sy mengandung 6 bln semata2 dlm surat doktor tidak menyatakan 'fit to fly'. Namun jelas surat doctor menyatakan sy & bby dlm kandungan 'in good condition'. Setelah dihalau tiada seorg pon kakitgn air asia yg dtg bantu utk urusan berikutnye: i.e bwk ke klinik airport, explain tiket burned (katanya salah sy pasal surat tu), tolong confirm utk next flight etc etc. End up i kene jalan sana sini explaining to different air asia personnel. Dah la kena jalan jauh (lcct maa) with my pregnancy & 2 kids. I terpaksa tinggal 2 org ank kat klinik until i settle ngn air asia. The point is, air asia people and its service is s**ks.. Tak ada belas kasihan langsung to pregnant lady with 2 kids running here & there just to get board a flight..

    BalasPadam
  37. Air Asia critically needs to be educated on topic "service with heart". courtesy and humanity are not some 'service' that needs to be paid, at least for this particular case.

    The way Tony Fernandes responded in his twitter hinted some 'ignorance' policy that perhaps widely accepted among Air Asia staffs.

    BalasPadam
  38. Sedih. ...ni la jadi bila hati sudah hitam. Duit menjadi tempat sembahan. Naluri kemanusiaan semakin terhakis.
    Ingatlah. Dunia ini hanya sementara. Mati itu PASTI dan setiap kata kata dan amalan kita akan dihisab....
    Pesanan buat diri sendiri dan rakan rakan....

    BalasPadam
  39. aku selalu naik air asia nak balik.....office based kat indonesia. memang more than 90%, air asia delay. tapi takde dia org peduli pun......tapi kalau lambat sikit masuk boarding lounge, sorryla...walaupun dah web checkin.....

    dlm kes ni, ada tak doktor atau nurse tu bagi not fit to board certificate? kalau setakat check temperature tapi takde surat, ini tak ikut procedure pun.

    in this case, the onus is on air asia to clarify fairly.

    anyway, aku pun dah boikot jugak air asia ni, temberang lebih......tambang murah.....tapi, bila dah total semua cost, mas is still cheaper, even garuda. better still lion air jkt-kl....a lot cheaper than air asia....services, way better than air asia....

    BalasPadam
  40. bukan nak merendahkan AirAsia,ramai yg mengatakan AirAsia lebih murah,ye benar.Tetapi mengikut pengalaman sy yg terkandas di Indonesia ketika menggunakan perkhidmatan MAS,ternyata layanan yang diberikan jauh lebih mesra berbanding AirAsia,jadi mengikut pengamatan sy,apa gunanya meletakkn harga yang rendah sedikit tetapi layanan yang sangat teruk.Pengalaman menaiki AirAsia sekali sahaja sudah cukup bg sy dan selepas itu sy tidak pernah lg menggunakan khidmat AirAsia sebaliknya menggunakan MAS atau KLM sahaja.

    BalasPadam
  41. Bagusla kalo nak boikot..sy pon ade insiden berkali2 terkena dgn air asia ni..ground staff bgth parking bay silap...we all 3 org xkn x dgr yg the right..end up flight delay n the best part we have to enter flight through the back door instead of the front door coz our seat were in the 1st row...now our department policy we have to fly with air asia..can u imagine the gov pay twice fee but the hospitality remain same just like the standard seat except for the express boarding..

    BalasPadam
  42. aduhai kesian nyer nasib ibu n anak tuh, alhamdulillah mereka dh selemat sampai kt malaysia

    TAN SRI TONY spptnyer tak yahla beria2 tweet itu ini sblum cek betul2 apa yg terjd, at least hubungi dulu ibu tuh... bkn ke dia org malaysia jugak senegara ngn tan sri tuh...

    BalasPadam
  43. sakit hati dgn statement kontroversi berbangsa melayu dari air asia yang menghentam utusan malaysia ditambah dengan apa yang berlaku terhadap pengguna air asia di vietnam dlm posting mazidul ini, maka kami telah MEMBATALKAN tempahan tiket air asia. dan kami akan hebahkan untuk BOIKOT AIR ASIA selagi tiada tindakan sewajarnya dalam insiden-insiden ini. Bye2 air asia..u r out now...

    BalasPadam
  44. Saya sendiri pernah menghadapi situasi yg rude dr staff Air Asia yg bertugas di Vietnam...yg langsung x menbantu dan menengking kami semasa kami hendak check in pulang ke KL. Pada saya service dr Air Asia mmg sgt teruk...

    To Mr Tony, please teach ur staff what is hospitality and what is HUMANITY......

    To Pn Izan, saya doakan Puan sekeluarga dan Maryam dilindungi dan dirahmati Allah selalu.....

    To penumpang2 AK1455 dan insan2 pada mlm kejadian yg membantu, saya doakan semoga Allah kurniakan kebaikan buat anda dunia akhirat.....

    BalasPadam
  45. U will not get my money u leech. Zalim dan tak ada sifat manusia. Harap orang Islam dan Melayu jangan kayakan mereka yang kapitalis ni.

    Tahniah Mazidul

    BalasPadam
  46. Saya ex staff SIA 10years experience. If u offload a passenger u have to offload the baggage as well. Why the ground staff so cruel tak follow up on the passenger. Takde station manager or airline rep ke? OMG mentang lah ticket murah service pun tersangat murah. Poor customer service. Big boss pun sama tangkap glamour 24jam. In SIA customer is always right,we try our best to assist in everyway we can.ni macam takde damage control boss pun sama patutlah staff pun ikut

    BalasPadam
  47. servis MAS bagus... flight delay pun dia akan provide hotel 4 bintang lagi...

    BalasPadam
  48. Sebab itu saya lebih suka menaiki pesawat MAS dari Airasia, biar mahal tapi klasss...

    BalasPadam
  49. When we right no one remember..but once we wrong no one forget..take positif & dont think negatif..for AA learn from mistakes :)

    BalasPadam
  50. macam ni punya layanan, takut nak nak air asia.......tobat, takut. pilihan saya mas. very good.

    BalasPadam
  51. Tahniah abang maizatul akmal kerana berada di tempat kejadian dan merakamkan detik-detik tersebut. jangan biarkan insan lemah diperkotak-katikkan haknya oleh AirAsia. Kecewa dengan tindakan Air Asia, lagi kecewa dengan tindakan Azran Osman Rani yang membangkitkan ketidakpuasaan hati terhadap hak orang Melayu sendiri.

    Promosi Kaspersky Murah sempena Hari Guru 2013 20-30 Mei 2013!!!

    BalasPadam
  52. Slps membaca entry ini, saya cuba google utk mendpt maklumat terkini mengenai Izan & Maryam when i stumbled upon this news:
    http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/5/21/nation/13136668&sec=nation
    Kenyataan wakil Airasia ternyata sgt2 berbeza dari apa yg dikatakan di dalam blog Mazidul dan penumpang2 lain...
    "“This was confirmed by a Vietnamese airport doctor on duty, who declared the baby unfit to board the flight,” it said, attaching the doctor’s report which contained the statement.

    “The medical report said the child was brought to travel only three days after the first symptoms appeared and was found to have fever, watery eyes, runny nose and rashes on many parts of her body,” the statement added.

    “The doctor declared the child was unfit to fly.”

    AirAsia also said that another passenger who claimed to be a doctor also concurred that the baby should not travel."

    Kenapa masih sanggup menipu? Jika telah membuat kesilapan, minta maaf sajalah...

    BalasPadam
  53. Tony Hernandes..judging from his tweets, he is such a very compassionate and kind guy..lol

    BalasPadam
  54. i baru cancel my flight to perth! jom sama2 boikot see how good there are. without RM1 you cannot get to 1million

    BalasPadam
  55. terasa sebak bila saya mengikuti kisah ni.at least AA klu xbg naik fligt please la bantu keluarga tu.jgn lepaskan tgn je.xbole naik flight lepas mcm tu je.lgpn puan izan tu dlm kondisi yg memerlukan bantuan.klu xmampu nk memberi bantuan pn staff sila la explain dgn terperinci jgn la tinggalkn cust terkontang-kanting xpasti.AA please perbaiki servissss.

    BalasPadam
  56. pernah terjadi situasi yg sama dekat kakak sya. ank dia dah seminggu c'ken pox. terjadi di LCCT flight dari kl ke brunei. sampai 2x tukar tiket bayar penalty, kena halau kali ke 2 turun dari kapal. kali ke 3 flight baru dpt balik bila tunjuk surat doc. customer service diorg memang teruk.

    BalasPadam
  57. Mungkin AA fikir dgn harga flight yang murah, kita juga perlu dilayan dengan murah...apa pun,pilihan di tangan kita..klau kita tak puas hati dgn AA, kita ambil servis dari MAS..MAS pun skrg not bad dari segi harga..AA bnyak hidden cost..MAS everything is clear..bayar sekali semua inclusive..servis,MAS the best..pengajaran utk semua..ambil yg positif,buang yg negatif..

    BalasPadam
  58. last hari tu aku naik air asia sebagai seorang peniaga. cerita bermula apabila terlebih berat timbangan dan dikenakan bayaran sebanyak RM560. sebagai seorang peniaga yg mengambil membawa barang dari kl ke sabah itu sgt besar. petugas di kaunter menengking dengan suara kasar dan biadap bila aku nak minta kurangkan sedikit bayaran. ini bukan kali pertama aku membawa barang dan terlebih timbangan berat. wlubgaimanapun kakitangan sebelum ni sering bertolak ansur utk membantu aku mengurangkan sedikit bayaran. yang ini langsung tak ada pertimbangan malah memandang aku dengan pandangan penuh hina dan benci. cuma dua perkataan dari mulut dia keluar "mcm mana nak bayar skrng atau sila ke belakang untuk fikir dulu!" dahlah flite hri tu delay, bila sampai sabah barang mc kat kl. alasan kerana conveyer di lcct rosak.. apa nasib penumpang airasia? langsung tak ada keadilan.. tanpa sebarang permohonan maaf, malah petugas airasia buat bodoh saja.. tu last aku akan naik air asia.. mmg setakat 1 org mcm aku tak naik, air asia tak bankrap. tp aku harap 1 juta org akan fikir mcm aku di masa akan datang nanti.. kepada minah petugas lcct masa tu, aku berdoa dan berharap satu hari nanti keluarga anda akan mengalami perasaan sepertimana yg aku alami..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.