Rabu, Mei 01, 2013

DIALOG SYOK SENDIRI

Jam 2 petang tadi, semua calon Parlimen dan DUN BN, PKR dan BEBAS dijemput ke majlis dialog tetapi tidak calon PAS.

Ahli PAS mengantar pesanan ringkas kepada saya dan meluahkan kekeliruan mengapakah calon mereka tidak diundang.

Majlis itu berlangsung di Dewan Komuniti MBPJ di Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor dan dianjurkan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan, NGO, KD Voters.


Tidak pula pernah saya mendengar nama NGO itu sebelum ini. Majlis dipengerusikan oleh Jeffrey PK Phang.

"Dia baik dengan R. Sivarasa," komen orang ramai.

Jeffrey, ahli laman Facebook, Friends of Kota Damansara.


Saya dan rakan menghadiri majlis itu untuk bertanyakan soalan berhubung penjualan Uptown D' Kota atau Kompleks Muhibbah kepada bekas Wakil Rakyat Kota Damansara, Dr. Mohd Nasir Hashim.


Hati berasa lega sebaik melihat calon PKR DUN Kota Damansara, Dr. Mohd Nasir tiba di lokasi biarpun bertongkat.

"Majlis ini mendapat permit polis dan mereka menyewa prasarana milik Majlis Bandaraya Petaling Jaya," ujar pegawai MBPJ saya temui.


Hanya Dr. Mohd Nasir dan seorang calon bebas, Datuk Edros Abdullah menjadi ahli panel duduk di sebelah Jeffrey.


Saya anggarkan hanya sekitar 50 orang, majoriti individu  berbangsa Cina berada di dalam dewan itu. Malangnya, setiap soalan ingin diajukan oleh audien mesti ditulis di atas borang diedarkan. 


Pantas rakan saya menulis, soalan berikut. 

'Adakah Dr Nasir tahu berhubung penjualan Kompleks Muhibbah atau Umtown D' Kota dengan harga RM4.8 juta sedangkan nilai sebenar RM26 juta? Siapakah terbabit dalam transaksi itu?'


Seperti dijangkakan sejak dari awal, semua soalan terlebih dahulu  ditapis oleh Jeffrey sebelum dijawab oleh kedua calon hadir.

Tidak hairanlah jika soalan cuba diajukan oleh rakan saya tidak dilayan.

Hanya soalan 'selamat'  seperti masalah jalan berlubang, kes jenayah dan status pembangunan dipilih dan kemudian  dijawab oleh Dr. Mohd Nasir.


Meluat berikutan soalan dikemukakan ditapis,  ramai audien bak memprotes, keluar dari dewan.

"Sebab itu soalan ditulis supaya yang  'bahaya' tidak akan dijawab oleh Dr. Mohd Nasir," kata mereka.

Dr. Mohd Nasir harus tahu, pengundi ingin bertanyakan soalan selama ini terbuku di hati mereka. Soalan berhubung tindakan dia sewaktu menjadi Wakil Rakyat selama sepenggal, bermula pada tahun 2008.


"Dulu pernah 30 orang dewasa dan kanak-kanak  tersesat dalam hutan di Kota Damansara. Saya dan beberapa rakan membantu anggota Pasukan Gerakan Am, mengeluarkan mangsa pada waktu malam. Sebaik mangsa diselamatkan, dia (Dr. Mohd Nasir) datang dan berteriak, mengapa lambat? Patutnya dia menghulurkan air mineral sebotol, jadilah. Tidak perlu bertanyakan soalan sebegitu. Saya membantu mereka  secara sukarela," ujar Adi Baretta.

Klik di sini untuk membaca berita dilaporkan oleh Utusan Malaysia.


Dialog syok sendiri.

Sepatutnya sesi terbabit dijadualkan berakhir  pada jam 5.30 petang tetapi ditamatkan sejam lebih awal. Sebelum beredar, saya perhatikan,  berulang kali Jeffry meminta audien untuk berdiri di belakang calon sewaktu mereka menandatangani manisfesto.


Namun  sebilangan audien terus duduk membatu dan tidak langsung  mempedulikan pelawaan Jeffry.


Malah segelintir melangkah keluar dan beredar.


Ternyata  mereka enggan menjadi faktor penghias Facebook penganjur majlis.

2 ulasan:

  1. Bagaimana mungkin para cybertroopers PR hendak spin berita begini?

    Akhirnya rakyat Selangor semakin sedar dan bosan..

    BalasPadam
  2. Dia nie memang Dr Mohd NAZI. Peniaga melayu dan tempatan dianaktirikan. Nak tanya soalan tak bagi. Inikah demokrasi? Inikah tagline PSM 'Pejuang Rakyat Marhaen'?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.