Isnin, Mei 06, 2013

POLIS BELUM DIMAKLUMKAN MENGENAI ( KONONNYA ) 'HIMPUNAN KEMARAHAN RAKYAT'



Sebelum PRU 13 berlangsung, saya melihat beberapa kepincangan berlaku  di kalangan perlakuan pemimpin dan penyokong PKR.

Kepincangan harus diperbetulkan.

Ketua Umum Pakatan Rakyat, PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersikap terlalu angkuh setiap kali muncul  berceramah di pentas awam. Dia mungkin tidak menyedari, rakyat datang untuk mendengar dia mencerca  kerajaan dan Datuk Seri Najib Razak  tetapi tidak semestinya mereka  bersetuju serta  menyokong PR.

"Tanya sama pokok, apa sebab goyang?  Nanti jawab pokok,  Sabah hendak hilang"

Terbukti dendangan berulang  Anwar tatkala berkempen di seluruh pelusuk negara sebelum ini, satu PENIPUAN.  Sikap terlalu yakin,  membuatkan dia tersungkur,  Sabah bakal terus dimajukan oleh kerajaan pusat. 


Keputusan PRU 13  jelas menunjukkan DAP kini semakin berkuasa berikutan kejayaan parti itu memenangi lebih  banyak kerusi Parlimen berbanding bilangan  kerusi diperolehi oleh PAS dan PKR.

Bukankah ini masa terbaik untuk PAS berhenti bersekongkol dengan DAP? Jauhkan juga PAS daripada PKR. Datuk Seri Hadi Awang  tahu  betapa penting  tindakan itu dilaksanakan dengan kadar segera. Cuma barangkali  hatinya belum terbuka untuk melaksana. 

Melayu sesama Melayu bercakaran, penganut  Islam sesama Islam membenci sedangkan DAP  tersenyum sampai ke telinga. 

Kini timbul satu soalan menarik. 

Siapakah bakal menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen? Lim Kit Siang?  Redakah Hadi dan semua ahli PAS diwakili oleh Lim?  Anwar pula  kelihatan sudah kehilangan taring. 

Seperti dijangkakan, puak PR tetap menzahirkan ketidakpuasan hati mereka selepas PRU 13. Blog Hishamuddin Rais  memaparkan maklumat di bawah.



Klik di sini.

Kira-kira jam 12.52  tengahari tadi,  informasi berhubung perhimpunan itu tiba-tiba diubah.  Barangkali tajuk awal dirasakan tidak kena. Lagipun ramai sangatkah RAKYAT marah? Atau mungkin penganjur bertujuan menyemarakkan api kemarahan sewaktu perhimpunan terbabit? 


Klik di sini.

Pemimpin dan penyokong DAP tidak sepatutnya berasa  marah kerana parti itu memenangi  38 kerusi Parlimen dan 92 kerusi DUN. Oleh itu mereka tidak perlu menghadiri perhimpunan dirancang pada hari Rabu akan datang. 

Kerusi Parlimen

DAP 38
PAS 21
PKR 28

Kerusi DUN

DAP 92
PAS 85
PKR 49

Adakah PAS berasa tertipu dengan keputusan PRU 13?  Tidak pula kedengaran isu penipuan dimomokkan oleh pemimpin parti berlambangkan bulan itu.

Penyokong  PAS  sepatutnya berasa  parti mereka diperkotak-katikkan oleh PKR bukan oleh Barisan Nasional.  Lihat contoh,  bagaimana imej PAS Kota Damansara dicalarkan oleh  PKR. 

Klik di sini.

PAS juga meraih bilangan kerusi DUN lebih banyak, 85  berbanding 49 diraih oleh PKR. Justeru penyokong PAS tidak perlu berang dan menghadirkan diri di perhimpunan itu kelak.

Saya menghubungi Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed pada jam 12 tengahari tadi.


"Pihak polis Petaling Jaya  belum lagi dimaklumkan mengenai perhimpunan ( Himpunan Kemaraha Rakyat )  itu. Kalau mengikut Akta Perhimpunan Aman  2012,  pihak penganjur  dikehendaki memaklumkan polis dalam tempoh 10 hari sebelum  perhimpunan dilaksanakan. Tindakan itu  memudahkan polis memaklumkan pihak berkaitan dan juga penduduk di kawasan sekitar lokasi perhimpunan," ujar beliau.

Jelasnya perhimpunan aman dibenarkan di Malaysia tetapi syarat termaktub harus dipatuhi.

Saya terfikir, apakah bakal berlaku andai pertubuhan bukan kerajaan, semua ahli berbangsa Melayu  seperti PEKIDA membantah perhimpunan itu menggunakan kaedah perhimpunan aman tanpa mengikut syarat ditetapkan?

3 ulasan:

  1. Minta maaf, anda dgn tidak sengaja telah mempromosikan perjumpaan tersebut, almaklum anda ada ramai pembaca. Minta di padamkn tempat dan masa perjumpaan tersebut.

    BalasPadam
  2. SMTI - masa untuk menunjukkan ketegasan...dahlah pemimpin PKR tu namanya dh disebut2 sbg dalang lahad datu...tak lama lagi masuklah tu...KDN kena bertindak mengikut peruntukan undang2 tidak kiralah sape pun pesalahnya....sila buat kerja..dah lama sangat terlepas monyet sekor ni...huru hara malaysia dibuatnya...

    BalasPadam
  3. Zainal, memang secara sengaja saya paparkan. Apa masalahnya?

    Biarlah dia orang pergi malam ini?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.