Isnin, Mei 06, 2013

PKR DAN PSM KECUNDANG DI KOTA DAMANSARA

Seperti saya jangkakan dari awal, calon DUN PKR, Dr. Mohd Nasir Hashim tewas di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Berikut  antara sebab Nasir terlingkup.

1. Datuk Seri Hadi Awang mendakwa Parti Sosialis Malaysia, PSM, parti berideologi komunis.

2. Tidak semua penyokong PKR mengundi Nasir kerana, PSM,  bukan parti mereka.

3. PAS meluat dengan Nasir, tambahan pula apabila dia mengundang Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ke Kota Damansara untuk mendesak HANYA dia mewakili PKR bertanding di DUN N39.

4. Nasir lebih mementingkan kehijauan alam sekitar berbanding meluangkan masa bertemu penduduk Kota Damansara.

5. Sejak awal Februari saya mengajukan 5 soalan, sehingga tersungkur, gagal dijawab oleh Nasir, klik di sini.



Nasir tewas dengan hanya kira-kira 800 undi sahaja dengan calon BN. Jika ahli PAS Kota Damansara  mengundi dia,  Nasir pasti menang.

Sebelum PRU 13,  dia mendakwa PAS parti menceroboh. 

Kerana mulut,  keinginan untuk menjadi  Wakil Rakyat hanya sekadar impian.

Tahniah Halimaton Saadiah  Bohan, Wakil Rakyat  terkini saya.  Selamat bertugas dan sentiasa dekati rakyat dan dengar luahan hati mereka.


3 ulasan:

  1. SMTI-bagus dia kalah, semuga PSM berkubur. Mangkuk ni nana je Melayu, tapi selalundatang kenduri di Masjid masa makan je. Surau surau masjid masjid tak pernah bertandang. Fahaman sosialist yang mementingkan orang Cina kafir. Tak pernah pandang orang Melayu dan masalah Melayu pun. Bagus!!! Kita doakan dia berjaya dalam PRU di Vietnam pula. He he

    BalasPadam
  2. Sedih , Walau bb menang tp tdk dgn Bangganya.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.. Kalah jua Dr Nasir ni. Even aku suka BN, aku tetap rasa terkilan sebab Haron Din kalah.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.