Jumaat, Mei 31, 2013

TNB MASIH BELUM MENGELUARKAN KENYATAAN RASMI BERHUBUNG KOLAM MEMANCING IKAN BEROPERASI DI BAWAH KABEL BERVOLTAN TINGGI

Saya dan wartawan  Sinar Harian  masih  menunggu  emel  penjelasan TNB  berhubung  status kolam memancing  ikan   beroperasi di bawah  talian  bervoltan  tinggi  di Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor.

Gambar di bawah  saya rakamkan  pada 28 Mei 2013, sehari  sebelum  operasi  bersepadu dilaksanakan  oleh SYABAS,  TNB dan  MBPJ,  dibantu oleh polis Balai Damansara Utama.


Bendera PKR dan PAS  dikibarkan  biarpun  PRU 13 telah berakhir hampir  sebulan lalu.  Logik akal,  jika taukeh  kolam,  ahli UMNO,  pasti mereka tidak  akan mengizinkan  bendera terbabit  dipacakkan di situ.

Bagaimanapun   sehari  kemudian,  sewaktu operasi,  bendera itu ghaib.

Mungkin pada awalnya,  pengusaha berfikir,  pengibaran bendera PKR dan PAS  menjadikan   kolam  beroperasi tanpa lesen itu  KEBAL.


Saya dimaklumkan, hanya  pengusaha  tapak semaian dan operator parkir dibenarkan menjalankan kegiatan di bawah  talian bervoltan tinggi TNB. Itu pun mereka harus mematuhi prosedur  ditetapkan  oleh  pihak  berkuasa.

Kolam memancing ikan?

Tidak.

Justeru  itu  tentunya  saya  berasa  amat  pelik  apabila  dimaklumkan,  kolam  memancing  ikan  itu  telah  beroperasi  sejak  LAPAN  tahun  lalu. Barangkali  kerana  itu   amat sukar untuk TNB  memberikan  penjelasan  rasmi  secara  bertulis  berhubung  kes ini.


Adakah  TNB  Transmission  Division  terlepas  pandang   biarpun   kolam  ini  telah beroperasi sejak tahun 2005?  Jika   tidak  dibongkar  mungkin 80  tahun lagi  pengusaha  terus   meraih  hasil   tanpa  perlu  mematuhi undang-undang.

Klik di sini  untuk  membaca rayuan  saya kepada  Ketua Pegawai Eksekutif  TNB,  Tan Sri Azman Mohd  supaya  tindakan  segera dilaksanakan  agar tiada pemancing rentung. 


Pada masa  sama,  penguatkuasa  MBPJ   serta  Pejabat  Daerah dan  Tanah  Petaling  harus memastikan  operasi  kolam  memancing  ikan  ini  diberhentikan.  Semua  struktur  haram dibina  sewenang-wenangnya   juga  harus   dirobohkan.



Mungkin  Suruhanjaya  Pencegahan  Rasuah  Malaysia  perlu  campur  tangan dan  menyiasat kes ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.