Selasa, Mei 14, 2013

UBOH! UBOH! UBOH!

Premis mesin judi berkomputer  dan pusat urut masih terus bercambah di SELANGOR.

Di  Sungai Buloh,  Damansara Damai,  Damansara,  Kota Damansara,  Klang,  semua ada. Melalui  pengamatan saya,  pihak berkuasa setakat ini belum lagi berjaya mengekang masalah itu secara total.

Ya, premis terbabit telah wujud sejak Barisan Nasional, BN  berkuasa. Namun sejak Pakatan Rakyat, memerintah memasuki  penggal ke dua,  keadaan masih tidak berubah. 

Usahlah terkinja-kinja menjerit di jalanan  ... 

Ubah! Ubah! Ubah! Sedangkan keadaan sebenar masih di takuk lama malah saya difahamkan,  bilangan kedai judi dan urut di Selangor semakin bertambah.

Adakah penduduk negeri  Selangor mengharapkan  DAP  untuk  menbanteras gejala semakin menular itu?  Tentunya  tidak,  kerana majoriti pemilik kedai mesin judi dan pusat urut, berbangsa Cina, bukan siak berkopiah ahli PAS.

Oleh itu,  harapan  masyarakat Melayu  di SELANGOR kini  disandarkan kepada pemimpin PAS dan BN.

Hari ini Tan Sri Khalid Ibrahim dilaporkan akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua.

Ubah! Ubah! Ubah!

Sebagai pemimpin  beragama Islam,  Khalid harus  menunjukkan kepada penduduk Selangor, dia mampu membawa perubahan menangani kegiatan perjudian dan maksiat di Selangor secara LEBIH serius.

"Di kawasan saya tinggal,  terdapat kedai judi," adu seorang daripada iman masjid di Selangor.

"Ustaz, selepas Isyak,  ajak jemaah masjid ( ahli PAS, BN dan PKR) untuk pergi berdiri di hadapan kedai judi. Tidak perlu menjerit atau marah, hanya berdiri beramai-ramai sambil berborak dalam lima belas minit. Saya percaya, dalam tempoh kurang lima minit, semua pelanggan, majoriti berbangsa Melayu bakal lari bertaburan, kedai pula akan ditutup. Jika tindakan itu dilakukan tiga kali seminggu, In shaa Allah, masalah kewujudan kedai judi akan selesai," saran saya.

Barangkali cadangan  itu sudah terkubur dan dinesankan tetapi sekurang-kurangnya telah saya lontarkan. 

Sejak kecil, saya disogokkan dengan kenyataan, kemungkaran  boleh dihapuskan  melalui perbuatan mahupun  niat. Namun setakat ini ramai golongan cerdik pandai agama hanya cenderung  bercakap di pentas ceramah sahaja.

Terbayang, kalau ustaz Azhar Idrus menaiki Ferrari berwarna merah dan tanpa dijangka berhenti di sekitar  kedai judi atau rumah urut di Selangor ...



Kejadian itu pasti menggemparkan sekaligus menarik perhatian awam. Ustaz Azhar tidak perlu  berceramah  di lokasi itu.  Sebaik dikerumuni ramai,  cukup   jika  beliau keluar dari kenderaan mewah itu, berdiri dan kemudian memandang tepat  ke arah  kedai judi  bercermin gelap atau  rumah urut berlampu samar,  sambil  berkata ...

"Sebagai ketua negeri, molek sungguh  kalu  Kholid Ibrohing sesekali turung padang. Uboh! Uboh! Uboh! 

Masuk kembali ke kenderaan, pakai tali pinggang keledar,  senyum kepada semua berada di sekitar,  lambaikan tangan,  tekan minyak dan beredar.

Rasanya wartawan dan juru gambar Harakah Daily, Harian Metro, Utusan Malaysia, Sinar Harian dan Keadilan Daily  tiada masalah untuk membuat liputan.

14 ulasan:

  1. Kawan saya penyokong pas...tapi main mesin judi kat sg buloh...tak boleh cakap ape...kalau bercakap pasal agama islam dia lah hebat dia lah hero...duit gaji manjang cepat habis..dompet pnuh dgn tiket toto..magnum..kuda..dalam bilik dia pulak bersepah kertas cai nombor..bkn nk salah kan parti pas...ape guna pangkah pas tapi perangai mcm hampas..buat malu islam je..bg nasihat pun tetap mcm tu jgk..bile duduk semeja dgn orang pas wahhhhh tak hbs2 kutuk sana kutuk sini..haram haram haram..tau pulak haram..dah yang kau berjudi tu tak haram ke..ape boleh buat trima ke lah..busuk busuk pn kawan jugak...

    BalasPadam
  2. Yang ni aku setuju dengan ko. PAS perlu menjadi tulang belakang PKR dan menekan PKR supaya menutup semua pusat URUT di KLANG. Pusat Judi di Petaling dan semua kedai minum ARAK dilarang keras dibuat secara terbuka. Teruskan tekanan bro!

    BalasPadam
  3. Bernas sekali saranan brader kita ni..saya dapati ianya penuh hikmah selari dengan sunnah Rasulullah SAW dan pastinya inilah caranya Islam yg suci lagu syumul...ayuh saudaraku sekalian..tinggalkan penyakit kemunafikan bersatulah kita atas nama Umat Muhammad SAW! saya nak tanyalah apa pandangan ustaz azhar,ustaz kazim dan ustaz2 yg lain ttg cadangan brader mazidul bagi antara cara2 perlaksanaan nak selamatkan umat di era zaman fitnah ini..hehe..

    BalasPadam
  4. ustaz ni hidup mewoh hasil ceramoh agama. zaman sekarang ni tok soh kalau ceramah tak minta duit. dok ngate org lain pandai.

    BalasPadam
  5. SMTI - cadangan yg bernas..insyaAllah bleh dilaksanakan klu kita semua berganding bahu utk membenteras maksiat

    BalasPadam
  6. Insya Allah... kami orang islam akan tentang berterusan... cuma usaha perlu dibuat oleh pemimpin islam setempat dgn bantuan pemeimpin tertinggi negeri...

    BalasPadam
  7. kan aku dah cakap sebelum ni, parti mana pun yang memerintah, sama je keadaannya. yang membezakan hanya janji2 sebelum election. Berani ke puak2 penyokong PAS nak bersuara?...takut kot...nanti ilang kuasa. segala tagline tu stakat janji pelesu je!

    BalasPadam
  8. Kawan aku org UMNO Gombak.. selalu main no ekor.. anak dah 2.. bkn sahaja main judi tikam no.. tangkal pon ada pakai.. konon untuk melindungi diri.. ini lah jadinya bila kerajaan pusat keluarkan lesen pada peniaga no ekor.. terima kasih kerajaan 1 Malaysia..

    BalasPadam
  9. aku kenai sapa kawan hang tu. kita memang dah tau UMNO tu ngoks, bila kita dah tukaq penggal lepas, penggal ni pun kita KEKAL kan lagi...takkan la PR pun sama NGOKS NGEKS dgn kerajaan pusat. Hapuskan la kedai nomot ekoq kat SELANGOR, ada bran???????...kita tunjukkan kelainan PR. tu pun kalau memang lain la...kalau x, hurmmmm memang sama la...hak tui gak

    BalasPadam
  10. BN ke PR ke..
    situasi masih sama. Seperti di Labuan, pusat hiburan semakin banyak. sama juga dengan GRO. bertambah pusat hiburan, bertambah GRO. :(

    Tak kira siapa pun memerintah.

    BalasPadam
  11. dah sepenggal PKR memerintah selangor untuk makluman semua...saya tnggal di meru DUN PAS yg menang masuk ini sudah dau penggal..tp yg peliknya menjadi tnda tnya di kawasan Klang Sentral mesin judi bertambah bnyak,tak ckup dgn meis judi rumah urut juga betambah,ditambah lagi dgn sarang pelacuran yg jelas dan nyata tp kenapa PR dan adun Meru PAS DR Rani mendiamkan diri...?sedangkan Klang Sentral dibawah jajahan ADUN PASS menyedihkan lagi hanya lbih kurang 10km perjalanan mengambil masa 5 mnit dari Klang Sentral ke rumah DR Rani...kesiankanlah anak2 melayu yg akan rosak akhlak kerana menhabiskan masa di situ...jgn terlalu tunduk dgn pengusaha perjudian haram...yg rata2nya adalah org bukan islam...sekian terima kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Org xpaham... kuasa penuh bwh KDN & Kastam.. Mpk stakat sita & kompoun. Esok dia buka lg. TNB pun tarik tali bila suruh potong letrik. Lesen sejak 2008 Mpk x keluarkan. Pdrm pun xtegas. Semua bwh siapa? KDN. Err agaknya siapa yg suka pergi tempat haram cam tuh? Umno ker Pas?

      Padam
    2. Orang pas pun ada...kalau nak tgk sendiri saya boleh tunjuk kan..umno..pas..pkr..dap smua ada..malam nie jgk saya tunjuk kan..

      Padam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.