Khamis, Mei 30, 2013

MOHON BANTUAN CEO TNB TAN SRI AZMAN MOHD : JANGAN BIARKAN PEMANCING RENTUNG


Dalam  operasi  semalam,  SYABAS   mengeluarkan  notis 14 hari   kepada  pengusaha kolam memancing  di  Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor. MBPJ pula  mengeluarkan notis 7 hari kepada  pengusaha  sama. Manakala kakitangan TNB Distribution  memotong sambungan  haram  elektrik  dari  rumah  berhampiran.

Klik di sini

Terima  kasih  kepada  semua  individu  terbabit.

Bagaimanapun  demi  mempraktikkan  kaedah  laporan  beretika, saya  kemudian melayari laman web  TNB,  klik di sini


Berulang  kali saya  menghubungi 3 nombor di atas  untuk bercakap dengan wakil  MEDIA RELATIONS TNB  di antara jam 2 dan 2.30  petang tadi.  Malangnya   panggilan  langsung  tidak  berjawab,  hanya deringan kedengaran.

Jika nada  deringan,  lagu  Datuk  Siti  Nurhaliza,  lunak juga didengari.

Kepada TNB,  lebih  molek  jika  informasi   di atas  tidak  dikongsikan  dengan pelayar  laman sesawang,   khuatir  kelak  ramai berasa kecewa.

Tiba-tiba saya  teringat   kepada  sebahagian daripada  lirik lagi kumpulan Search,  Mentari merah di ufuk timur ...

'Ada yang  tertinggal  setelah  terbenam mentari ...'

Ya, benar,  ada  'kerja' masih tertinggal,  belum disempurnakan  oleh  TNB  dalam operasi semalam. Barangkali kerana  itu  akhbar  Sinar Harian online,   memaparkan tajuk  'Kolam Pancing Maut',  klik di sini.


Saya juga  banyak  memaparkan  gambar lebih kurang  sama di dua entri saya nukilkan sebelum ini.  

GAMBAR  KOLAM  MEMANCING  IKAN  BEROPERASI   DI  BAWAH  KABEL  BERVOLTAN TINGGI  TNB.  

Klik di sini dan  di sini.

Adakah, TNB tidak  menyedari  kejadian ini? 

Menurut pekerja warga asing BEPENYAKIT  kencing manis (tetapi baru sahaja memperbaharui PERMIT kerja)  saya  temu  bual  semalam,  kolam   terbabit  telah  beroperasi  selama  kira-kira  LAPAN  tahun.

L ... A ... P ... A ... N  (8)  tahun!



"Ada  kebarangkalian,  jika  kabel  besar   di atas kolam  dipanah  dek  petir,  biasan tenaga itu terkena  kepada  air bertakung  kolam dan  membahayakan nyawa  pelanggan  kolam pancing HARAM itu," ujar kenalan saya.



Oleh itu,  saya dengan ini,  memohon  Ketua  Pegawai Eksekutif, CEO  TNB, Tan Sri  Azman Mohd mengarahkan  kakitangan  beliau  untuk mengambil  tindakan  dengan kadar segera.


Sepatah perkataan dilontarkan oleh Tan Sri ...

"Selesaikan!"

...  mampu mengubah keadaan terkini, In Sha Allah.

Kita  TIDAK  perlu  menunggu   sehingga  pelanggan  kolam  memancing   dibina  secara tidak sah  itu  rentung  dan  kemudian  kita  pula berasa sayu  melihat  keluarga  mereka  menangis teresak-esak   membelek  mayat hitam  legam  akibat  terbakar.

Teringin   benar  saya  melaporkan   kes ini  secara   terus  kepada  Tan Sri  Azman  tetapi  dijangkakan   pasti  sukar.   Yalah,   untuk  bercakap  dengan   wakil   korporat komunikasi TNB  sudah  terbukti  bukan senang,  inikan pula  berhubung dengan CEO.

Ring! Ring! Ring! Ring!

Angkatlah ...


SILA HEBAHKAN

Semoga  kandungan  entri  ini  disampaikan kepada Tan Sri Azman


6 ulasan:

  1. Salam..Pada pendpt saya,adalah lebih baik bro e-mailkan aduan terus ke CEO Azman..Pd pengetahuan saya,beliau sentiasa berhubung sesama anggota kerja melalui e-mail..Beliau juga dikenali amat tegas & sentiasa mengambil serius setiap aduan melibatkan TNB..

    BalasPadam
  2. Ojay, kakitangan beliau ramai dan saya yakin sebilagan daripada mereka membaca entri ini.

    I can't do everything.

    Let them email their boss.

    BalasPadam
  3. Salam abg mazidul, saya arziril yang baru call tadi. Maaf di atas segala kesulitan kerana tidak dapat bercakap dengan kami. Seperti perbualan, kami berada di luar bilik bagi persiapan mesyuarat. Esok insyallah kita jumpa ya.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum. Maaf mggu Dato. Sy amat berbesar hati atas kerjasama dari dato agar dpt membantu. Pd 14 sept sy ada buat aduan di talian 15454 ttg lampu jalan tidak menyala lbih kurang 8 btg tiang. Malangna pd 15 sept jam 10 pg pihak kontraktor ada mbuat rondaan ttpi pd jam 7 mlm sy lihat semua tiang lampu tnb dan majlis perbandaran pasir gudang tidak menyala. Dgn itu sy mbuat pggilan lg di talian 15454 hgga jam 11 mlm pun tdk dpt bekalan lg. Sy mahu thu bagaimana nk dpt bekalan lampu jalan dgn cara secepatnya. Dan bagaimana mahu mengatasinya. Sy kira aduan sy telah melepasi masa 24 jam dr semalam. Sy minta maaf. Takut-2 kejadian tk di ingini berlaku di kawasan tempat sy. Sekali lg sy mohon maaf sekiranya mggu tugas-2 tnb. Ini sekadar ingin tahu sahaja. Assalamualaikum.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.