Selasa, Januari 04, 2011

Budak Tiga Line

"Dia bouncer pusat hiburan di kawasan The Zon, Johor Bahru, Johor"

Siapa dia?

Budak Tiga line.

"Saya dapat maklumat sekumpulan lelaki masuk ke rumah urut, lepas itu blah macam itu sahaja, tak bayar"

Siapa dia?

Budak Tiga line.

"Dia datang mengamuk di pejabat wakil TV3 di Johor Bahru, tendang kereta sampai kemek dan konon mendakwa girlfriend nya diculik"

Siapa dia?

Budak Tiga line.

"Dia ambil kereta saya sebab tak berbayar 3 bulan tetapi bukan hantar ke stor, dia pergi jual kepada orang lain, jadi kereta piang"

Siapa dia?

Budak Tiga line.

... antara kenyataan pernah saya dengar sebelum ini di lokasi berbeza.

Saya dimaklumkan Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia, Pekida BUKAN Tiga line. Bezanya, Pekida pertubuhan bukan kerajaan berdaftar manakala Tiga line tidak.

Pekida dikenali dengan cogan kata 'Amal makruf nahi mungkar'.

Jadi Tiga line itu apa?

49 ulasan:

  1. collector barang adidas la tu bang.. keh keh keh..

    BalasPadam
  2. 3 line ni pencacai bang. slogan diorang adalah 'SAYA GANGSTER, SAYA SUKA PUKUL ORANG, SAYA BANYAK KABEL'.

    BalasPadam
  3. Antara budak 3 line..
    ..ngan budak TV3
    ..yg mana satu lebih menggerunkan bagi tokey/pelanggan/pekerja rumah urut?

    BalasPadam
  4. 3 line = sekumpulan anak muda tidak matang yg berlagak matang tanpa mengetahui fakta bahawa kematangan itu diukur dgn ketundukan mereka pada perintah Allah. Bukan diukur dengan seberapa banyak orang yang dia mampu tundukkan.

    BalasPadam
  5. geng tiga line adalah mereka yg nak masuk Pekida tapi tak di iktiraf.. last2 buat pertubuhan baru. tapi x de bezanya Pekida dan Tiga Line.. kata nak jaga kebajikan. tapi yg orang nampak, hanya pandai tunjuk samseng.. sikit2 nak pukul orang.kaum sendiri pulak tu. kadang2 malu dengan kewujudan mereka ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ke bro? lu tau ke? pekida ngan 3 line ade beze ke?

      Padam
  6. Benda sama je.. berdaftar ke x.. sama ja dua2 tu..

    BalasPadam
  7. emm...tiga line ye...p kenapa diaorg begitu ganas?

    BalasPadam
  8. 3line kdg2 ni takde pelajaran pon,tapi berlagak mcm takkan mati smpai bila2..

    BalasPadam
  9. Saya pun selalu dengar orang cakap pasal Tiga Line. Macam gangster jer bunyi gaya? Dolu saya ingat itu polis yang pangkat Sarjan. hahahaha naif saya ni.

    BalasPadam
  10. kat sabah tak pernah dengar tiga line ni..
    bila saya mula kerja kat semenanjung ni baru dengar pasal tiga line... konon kat semenanjung ni budak tiga line yg pegang.. betul ke?

    BalasPadam
  11. Adan, pegang apa?

    Azie, dengarnya polis pun join 3 line.

    BalasPadam
  12. frankly, tak penah dengar.

    nampaknya pergaulan saya sangat sempit. kene diluaskan lagi.

    BalasPadam
  13. Kalau 3 line tu, siapa lagi kalau bukan pertubuhan haram - Pekida.
    Memang sudah selalu kita dengar kegiatan serpihan Pekida ni - yang selalu berkelakuan gangster atau perangai macam samseng untuk bebas memukul dan membuli orang lain.
    Diorang anggap pertubuhan Pekida sebagai lesen untuk buat kacau bilau atau mengganggu sesiapa yang menghalang atau menyusahkan kuncu-kuncu walaupun kebanyakannya selalunya diorang yang mula2 dahulu yang cari pasal dengan orang lain.
    Sepatutnya pihak berkuasa ambil tindakan segera dan kita tak mahu ia akan menjadi geng kongsi gelap Melayu yang memalukan bangsa Melayu kita.

    BalasPadam
  14. malam tadi crita pendekar bujang lapok...semua penjahat di jeti pakai tshirt ada 3 line...hihi

    BalasPadam
  15. Entah laa.. banyak sangat nombor sampai kekadang saya sendirik naik kompius..

    semuanya main nombor..30, 36, 77, 303, 707 dan 3 palang merah...

    baca sini utk tgk mcmana luahan hati org : http://www.topix.com/forum/world/malaysia/TPTD1CJV37B0U5N58

    BalasPadam
  16. Salam Mazidul,
    Ada satu kes kawan sendiri dan saya menjadi pembonceng masa itu.
    Pada kunci motosikalnya ada key-chain PEKIDA. Sedang kami minum di sebuah warong ada 3 orang lelaki menghampiri dan bertanya..
    "Mana dapat key-chain ni.."
    Kawan saya jawab "Tak tahu, ni motor abang saya.."
    "Mana boleh pakai key-chain ni. Awak tak layak, suka-suka pakai lambang ni!!" cabar member 3 orang lelaki tidak dikenali.
    Wah!! Memang macam samsng.
    Datang tak bagi salam lepas tu nak hamun orang pulak.
    Lepas tu saya mencelah dan bertanya :"Saudara ni siapa?"

    "Kami budak 3 line....."

    BalasPadam
  17. Fuck Off budak tiga line...samseng la kunon, samseng taik kucing..

    BalasPadam
  18. 3 line tu budak bodoh yang GEDEBE dan terasa die tu TUHAN...saya cukup menyampah...3 line..tak 3 line ke... kalau buat hal dgn saya...saya PEDULIK APA!

    (eh..tiba2 emosi pulak...sipu2..)

    BalasPadam
  19. pertubuhan tu dikatakan menolong Melayu.,.
    tp byk disalahgunakan oleh ahli2 tiga line (merah kuning hijau)

    BalasPadam
  20. sama sahaja.
    berjuang atas nama melayu kononnya.
    tapi tunjuk samseng dengan bangsa sendiri juga.

    3 line = pekida

    BalasPadam
  21. nyiahahahahaha~~...benarkan aku bergelak tawa...

    apa takut?? mati itu pasti teman. Mereka-mereka ini hanya berani bila ramai. Tapi bak lirik lagu tentang-tentang by Butterfingers = "bila ramai

    BalasPadam
  22. pekida yang tersalah objektif.. HAHAHA..kesian diorg ni..attention seeker!

    BalasPadam
  23. bukan tiga line sebenarnya tu..

    diorang tu patut digelar Tiga suku...

    nak tunjuk gedebe tak tentu pasal..

    berani bila ramai...

    berani dengan bangsa sendiri je..

    berani tak bertempat...

    BalasPadam
  24. podddddddaahh!!!...3 line kunun...ceh...
    pekida...matlamat ok...tp bile bdk2 mude yg kpale otak dah disemai dgn "pekida-lesen besar utk tibai org n bleh wt ape sj sbb kabel byk (kununnye)" join...sme jd tunggang langgang...matlamat n tujuan asal penubuhan dah lari menyimpang jauh...tah pape...cube tgk bangsa lain...ade jgk pertubuhan ngo...tujuan sama cam pekida jgk...nk membangun bangsa sendiri...nk membantu bangsa sendiri...siap ade pertubuhan keturunan lg...takde nk tunjuk samseng pun (or mungkin sy tk nampak...takde nak pukul2 org pun...tkde sibok nak letak stiker or whatsoever kt kenderaan pon...tp tujuan mereka tercapai...matlamat terlaksana...klu ade antara mereka yg dalam kesusahan...akan dibantu sewajarnya...bagus...sbb tuh mereka maju n tak takut nak berkampung tak kira kat mana pun berada kat malaysia nih (even dunia)...cuba melayu nk pergi duduk kt tempat yg sme nye bangsa lain...tkde org melayu...berani ke?mungkin ade yg berani tp kebanyakannye tak...mesti takut...mcm2 perasaan yg wujud...kn?tp melayu??...always salahguna kuasa yg ade...untuk kepentingan diri sendiri...saya cakap utk kesedaran diri sendiri juga...takde niat menyinggung mana2 pihak...tp sp makan cili api dia la terase pedasnye...supaya melayu tak terus layu dan dilayukan di bumi sendiri...peace...no war...!!!

    BalasPadam
  25. 3 line .. 3 line pun
    Kalau satu dengn satu, xpasti boleh muncul ke tidak ke gengsteran dalam diri tu
    Harap ramai2 brani lah
    Kot sorang2, terkontang kanting

    BalasPadam
  26. seingat sya 3 line jika menurut presiden pekida malaysia,adalah tiada relation..tapi apa yg sebenarnya kita nampak,adalah di bawah payung yang sama,tidak boleh lari.cuma perkataan 3 line itu lebih kepada menjurus unsur2 lebih ditakuti.begitu juga unsur2 bernombor lain spt sdr lilitserban cakap itu.
    sebenarnya,tidak semua ahli2 pertubuhan mcm pekida ini serong perjalanan mereka.tapi bila sudah berpesatuan,besar pulak tu di dalam malaysia sbb keahlian cukup ramai,tidak boleh tidak,ramai jugak yang menyalahgunakan..sama mcm kita main bola,bila satu team,kita main mcm 1 team.sama juga mcm tentera,polis etc..berpasukan.mkin faktor terlalu ramainya ahli yang direkrut,menjadi penyebab,segelintir menjadi liar,hilang pedoman,demoralized etc.
    utk pengetahuan,ramai jugak ahli2 pertubuhan ini yang sebenarnya 'liar' ,'ganas' sebelum mereka menyertai pertubuhan ini lagi..maksud saya,sebelum direkrut,dibaiah,sudah berkarakter ganas,jahat dsb.
    tiada pemantauan dari pihak atasan pertubuhan,tiada ajaran pemutihan dibuat dr pihak2 senior,menyebabkan kegiatan ahli mula tidak terkawal.tidak berdisiplin.tidak seperti tentera,mempunyai CO(kapten) dan hirarki mereka yg lain,btanggungjawab mengawalselia ahli hingga ke peringkat prebet.
    maka dgn ilmu2 yang cetek,singkat,tidak matang,menyebabkan ramai ahli hanyut,menjadi apa seperti sdr mazidul ceritakan di atas.salahkan dr akar umbi,yg spatut menjadi pemantau pembmbing,bukan hanya lepas tangan dan hanya mementingkan kepentinagn2 spt kewangan,pangkat,darjat,kuasa,plitik dsb semata2..jika haluan sudah 'melanggar' spt apa yang dijanjikan sewaktu awal,maka ditimpakan 'bala' juga oleh Alllah swt...
    begitulah pandangan saya,spt apa yg sya tahu secara dalaman..

    BalasPadam
  27. Jangan takut dengan 3 line, hanya takut pada Allah SWT

    BalasPadam
  28. Okaylah tu kan, biar balance sikit kekuatan samseng-samseng kat Malaysia ni. Kalau asyik samseng Cina dan samseng India yang tunjuk kuasa mana adil. Samseng Cina lagilah tak terkawal. Ha cuba tanya aku. Aku dari Sarawak tempat samseng Cina bermaharajalela. Kita tak boleh nak kawan dengan pompuan Cina kat sini nanti tak pasal2 kena penumbuk. Lepas tu pulak bila diaorang nak kan pompuan Iban, Kayan, Kelabit atau pompuan Melayu kat sini kita kena bagi jalan pada Cina. Kalau tak awak kena pukul sampai separuh nyawa. Banyak kes dah aku dengar. Kita tak boleh pun nak protes bila diaorang masuk tanah pusaka kita buat projek kat kawasan kita... nanti diaorang hantar samseng-samseng Cina untuk gertak kita balik. Kes berbunuh di Batu Niah satu tauladan.

    On a serious note, we've got to understand the thing about human relations. If you'd learn the Malaysia social history you can see that the Malays are behaving the way they're today because of some bad incidents in the past between them the non-Malays. In summary I can bravely say, "No, devils and gentlemen, the Malays didn't start the fire." Thanks God they have Pekida 3-Line now.

    BalasPadam
  29. Dear Four Horsemen,

    It is sad that you think this way. Do you think the Chinese gangsters are respected and liked by the normal Chinese people? Normal Chinese people have no respect and considers them as the rubbish of society. That's why education is important. So that normal chinamen don't end up like those rubbish gangsters.

    Don't misunderstand. Those gangsters beat up Malays, Indians and also Chinese. Stupid people don't discriminate.

    I just hope you don't let your judgement be clouded by a segment of a community which does not represent the majority.

    Trust me, doesn't matter if you Chinese, Indians or Malay, samseng tetap samseng and they will gertak anyone tak kira bangsa, agama dan negara.

    Instead of fighting among each other, we should fight all these bad negative influences and kick the rubbish out of our society.

    Be cool, don't lose focus and get too emotional. No point being racist because Malaysia is a country of many races and being racist only cause stress for yourself.

    We are all Malaysians in the end. Remember that.

    BalasPadam
  30. Semalam kereta saya kena langgar. Tuan yang langgar mula2 gelabah, mengaku kesalahan and tanya kalau2 ada workshop yang saya familiar untuk baiki. Bila call nak jumpa dah x jawab, pergi umah buat muka bengang, pastu cakap yang dia ni kenal ngan orang 3 line...tu yang saya search nak tau apa maksud 3 line ni...orang ni pun cakap macam x betul, risau saya kalau mentalnya pon actually terganggu, so saya x berani lagi nak pergi or call. Malas nak report polis pon. Hmm..memang samseng.

    BalasPadam
  31. Jangan d sebabkan nila setitik rosak susu sebelanga...kalau d ikut kan dulu waktu d tubuhkan persatuan pekida ni tujuan nya untuk melindungi bangsa melayu kita...tetapi skarang dah lain jadinya d sebabkan segelintir kuman2 perosak ni...pertubuhan ni d tubuhkan untuk lindungi bangsa melayu dari d pijak oleh kaum lain..ada juga jasa pekida ni pada rakyat malaysia,contoh nya d port klang..tiap2 malam jumaat diorang ada buat majlis tuk ibu2 tunggal,sedekah kepada anak2 yatim,membaikimasjid...bukan semua nya perangai mcm bangsat..kita yg bukan orang pekida ni ada ke nak buat amal jariah mcm tu?belum tentu.semua tu ikut bimbingam ayahnda dan abang long mereka...kalau ayahnda n abg long x betul mana adik2 nak betul...mcm peribahasa melayu yg berbunyi..ketam nak ajar anak dia jalan lurus sedangkan dia sendiri jalan menyenget...ibarat mcm keluarga kita lah,x kan semunya baik,mesti ada gak sorang yang agak nakal..tapi x kan kita nak tuduh 1 keluarga dia jahat...so renung2 kan lah...

    BalasPadam
  32. betui betui.... semua orang hanya nampak kesalahan orang tanpa melihat kebaikan orang

    BalasPadam
  33. Presiden NGO pro-Melayu Jalur Tiga Datuk Hasan Ali - petikan (http://www.malaysiakini.com/news/211628)

    BalasPadam
  34. nak sindir 3 line agak2 laa.comment pun pakai gambar fake.cakap 3 line jahat?tak semua.tapi at least tak kacau hidup korang jugak kan?berfikir sebelum bercakap.jangan ikut sebab mulut.sebab mulut badan binasa.

    BalasPadam
  35. Terima kasih kepada Kerajaan Malaysia,KDN dan Pihak Polis,perangi habis-habisan orang yang buat Malaysia macam pekan koboi,bagi mereka mengaji,kepada yang senantiasa mengamalkan yang makruf kekalkan....Tuhan Senantiasa Bersama Kamu Sekalian.Wasalam.

    BalasPadam
  36. Ramai nye yang acah2 pandai kaat sini..meh sini abg long nk ckp sikit,pekida tu BUKAN utk melayu,TAPI ISLAM. Ada paham?

    BalasPadam
  37. http://www.youtube.com/watch?v=yjvytJpK7qA

    Dengar la sendiri.. Pekida pon Kerajaan jaga, 3 line pon sebenarnya kerajaan jaga. Tu yang tayang kat berita semua wayang jer. alasan untuk tangkap geng yg menentang mereka. yang budak tiga line kena tangkap pon besok besok lepas jugak. ntah btol ade tangkap ke tak diorg jer yg tau.

    Mmg ada orang pekida yg masuk buat baik dan niat baik tapi ahli yg baik itu digunakan oleh kepala untuk menutup kegiatan jahat. kalau betul kepala diorg baik camne ada banyak sangat gengster pekida yg berani buli orang awam. kalau betol ada keputihan, pasti ramai yang tak berani nak buat ikut suka hati dia. masalah nya mmg ada ramai yg samseng!

    BalasPadam
  38. Aq tak tau lah macam mana tentang 3 line...karna bagi aq geng 3 line tu geng pondan......

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.