Sabtu, Januari 08, 2011

Apa Kata Kita Mandi Laut Dan Makan Kacang Goreng?

Apa kata selepas subuh kita berkumpul selepas Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur. Biasalah lazimnya kita datang lebih awal dijangkakan akan menunggu ketibaan rakan bloggers lain sedikit terlewat.

Tetapi tidak mengapa, itu lumrah.

Selepas semua tiba menaiki kenderaan masing-masing kita akan bertolak bersama, convoy.

Ke mana?

Kejap lah! Nanti saya beri tahu.

Bersama ahli keluarga atau rakan kita memandu lebih kurang 150 minit menuju ke destinasi, chalet bajet di tepi pantai. Pemiliknya amat peramah biarpun bergelar Datuk. 

Setibanya di lokasi, anak-anak boleh mandi laut, terhampar kurang 100 meter dari pintu chalet bakal kita huni buat semalaman. Manakala bloggers wanita tidak-sesuai-memakai-bikini boleh  berehat memerhati kan telatah anak-anak sambil berborak dan makan kacang goreng.

Bloggers lelaki memakai swimming trunk, boleh bermandi-manda sambil melambai-lambai isteri.

Apabila anak berasa sejuk dan lapar, makan tengahari sudah terhidang bergantung kepada pesanan. Jika bloggers bersetuju membawa juadah tengahari secara pot luck, lebih bagus dan meriah. Berikutan pertemuan terdahulu, saya amat yakin dengan bakat memasak dimiliki majoriti rakan di alam maya.

Malam, kita buat B-B-Q. Berganti mengipas ayam dan daging untuk dimakan bersama, kita tengok mata siapa bakal merah dan berair terkena asap.

Tarikh, BUKAN pada Tahun Baru Cina. Jalan sesak, fikiran semak dan pastinya apa sahaja bakal berlangsung tidak begitu menggembirakan.

Jadi saya memerlukan caangan tarikh sesuai di bulan Februari.

... macam lirik lagu Raja Pop Malaysia, Jamal Abdillah ... di bulan Februari.

Oh! Destinasi tujuan?


22 ulasan:

  1. Betullah BRO, jangan pilih musim cuti CNY, saya kena berkumpul di kampung waktu itu.

    Mungkin boleh dipilih Sabtu 29 Jan atau Sabtu 12 Feb.

    Berkelah di mana tu? Kalu nak buat Feb, harus buat tempahan awal tu.

    Kacang goreng jangan banyak bang, berminyak.
    Kita tambah dengan Kacang Kuda Rebus (sama daun kari). Amacam? Perhhhh!

    BalasPadam
  2. murahnya bilik....!wow bestnya :)

    tapi saya balik bulan april nanti cuti 2 minggu.tak dapek nak ikut jang :(

    BalasPadam
  3. en mazidul kena BOLD ayat 'disini' sebab ramai yg tak prasan tu.eh awat zara tak nmpk lain la kalau azie sebab dia kena pakai teropong hehe.. :p

    BalasPadam
  4. macam menarik je....hehehe.. bagan lalang ok gak..tak pernah pergi ni..

    BalasPadam
  5. Melaka, ya? Ok juga tu. Kakcik tunggu perkembangan selanjutnya. :)

    BalasPadam
  6. harap ada la kelapangan masa nak join nanti...

    dah lama x mandi laut :)

    BalasPadam
  7. Abang Dul

    Seperti yg dicadangkan kak Azie..acu setuju sabtu 12hb...kalau 29hb acu tak dpt nak join...dan harap2 nya tak terlebih sampai bulan Mac la sebab awal Mac acu tak ada di Malaysia..

    BalasPadam
  8. Putra Sayang Resort, Melaka.

    I nak yg Standard Room tu ok dahhhh....!

    BalasPadam
  9. kak z,

    lokasi cadangan abang dul tu kat Masjid Tanah, Melaka...

    BalasPadam
  10. Salam bro Mazidul,

    Cadangan baik jugak tuu! Dah lama tak ke pantai. Balik hari atau tido sana?

    BalasPadam
  11. Confirmed, kita tidak akan pergi pada musim cuti.

    Bermalam di sana.

    Lokasi Putra Sayang Resort, chalet bajet, sial rujuk laman web saya sertakan.

    BalasPadam
  12. Acu, BUKAN Masjid Tanah, it's in Pengkalan Balak.

    BalasPadam
  13. macam menarik..:D
    lama dah tak jumpa kawan-kawan blogger sejak hutan komanwel haritu..

    BalasPadam
  14. teman suke pengkalan balak!
    will try my best to join2.. :)

    BalasPadam
  15. resort ni belakang rumah mak mentua hehehe..kalau kena tarikh saya akan join sama,insyaAllah..harap sudi jumpa dengan saya ya...:D

    BalasPadam
  16. hurm~ nak join.....

    tapi takde transport la plak kan... hohoho

    BalasPadam
  17. sgt menarik neh, bang dul... sy sokong ajer memana date coz so far takder per2 dlm takwim tuh.. tp dah confirm date tuh kener awal2 lah dr hari kejadiannyer... mcm biasalah wahai bang dul weh.. juz waitin' 4 the next progress...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.