Jumaat, Januari 21, 2011

Bukan Anak Kita Tetapi Anak Melayu

"Kesian awek tu, sanggup berembun, membonceng motosikal boyfriend, ke hulu ke hilir subuh subuh macam ini. Muka lawa, body cun, tak ada ke pilihan lain?"
 
Itu antara komen pernah saya dengar ketika berdiri di tepi Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur menyaksikan gelagat penunggang motosikal remaja 'menakluki' jalan terbabit.

Mereka menunggang secaa berkumpulan dan senario sama boleh dilihat bukan sahaja di Kuala Lumpur malah di pelbagai lokasi di negara kita. Lazimnya penunggang lelaki membawa 'penyeri' jarang menunjukkan aksi berbahaya di jalanraya.

Menariknya, majoriti gadis terbabit saya anggarkan berusia kurang 20 tahun.

Penat meronda bersama pasangan dan teman, mereka berhenti di tepi jalan, bersembang, bergurau dan bergelak ketawa. Sebahagian lagi memilih lokasi berbeza, duduk lebih selesa di kedai mamak atau di  gerai tepi jalan sambil minum, makan dan berborak.

Sebilangan gadis tidak teragak-agak berpakaian seksi, hanya bersinglet dan menyarungkan seluar jeans ketat. Mungkin mereka berasa selesa berpenampilan begitu dan jiwa melonjak seronok apabila tahu gelagat dan tubuh diperhatikan orang ramai.

Sewaktu membonceng, selalunya gadis memeluk erat pinggang si penunggang motosikal  barangkali bimbang jika mereka terjatuh. Kelibat gadis bertudung terbabit dalam kegiatan sama, tidak kurang hebatnya. Mungkin sebilangan mereka, pasangan mempunyai ikatan sah, peluklah rapat rapat, tiada salahnya tetapi jika dilihat mengikut mata kasar, majoriti mereka masih lagi remaja.

Apa signifikannya isu ini?

Kalau mereka ingin makan angin sehingga kembung perut sekali pun, mereka bukan anak kita. Biarkan sahaja kerana kegiatan itu tidak langsung berkait atau mengganggu kehidupan kita sebagai individu.

Ya, mereka bukan anak kita tetapi anak Melayu. 

Bukan bertujuan merendahkan bangsa sendiri, jauh sekali menghina mereka cuma sekadar berkongsi subjek kelihatan remeh di mata.

Cuba perhatikan, jarang benar kita melihat kelibat anak remaja Cina atau India berpasangan menunggang motosikal meronda mengelilingi bandaraya secara berkumpulan pada jam 3 pagi.

Mengapa? Di mana mereka?

Barangkali kita golongan dewasa tidak memahami sepenuhnya rencah jiwa remaja sebangsa?

16 ulasan:

  1. moga mereka diberi taufik dan hidayah..
    jiwa muda pelbagai ingin dicubanya..

    BalasPadam
  2. Lumrah jiwa remaja, ingin mencuba, ingin buat yang orang lain tak pernah buat atau yg orang lain selalu buat tanpa rasa bersalah...

    sungguh kesal dan sedih.
    Memang bukan anak kita, tapi ya.. anak bangsa kita.

    seriau saya, keseriauan saya ini kerana saya ada 4 orang anak perempuan.

    BalasPadam
  3. Hai Azie...

    Apa bezanya kanda...
    yang punya enam putera teruna...
    (oooppsss maaf TM, tumpang lalu..)

    BalasPadam
  4. Anak remaja keturunan bukan Melayu melepak di disko/pub sambil tuang arak berbotol-botol. Bila dah mabuk sakan, siap boleh tidur atas lantai yang kotor, penuh habuk dan puntung rokok dan mungkin juga muntah sendiri atau orang lain. Mereka tak mahu racing sebab setidak-tidaknya mereka masih menghargai nyawa sendiri.

    Anak keturunan Melayu pulak kononnya nak jadi pahlawan. Kononnya lebih adventurous. Pantang dicabar, takut dikata tak cukup jantan. Yang perempuan pulak, saham akan makin naik bila kain makin tak cukup nak cover tubuh badan. Kononnya terkenal dan glamor lah bila ada kekasih jagoan.

    Common objective? Keseronokan dan kononnya cuma masa remaja inilah boleh buat kerja gila macam tu. Kalau ada umur, bila dah makin tua, nanti tak larat nak bersuka-ria.

    BalasPadam
  5. Saya fikir, sebab mereka membesar dengan banyak "perintah larangan" tanpa sebarang penerangan terhadap sesuatu larangan yang dikenakan ke atas mereka. Ditambah dengan jiwa memberontak, di jalananlah mereka jadinya.

    BalasPadam
  6. ada yg tak cukup la tu..sebab tu mereka bersikap macam tu.

    jom kita kaji sama2.

    BalasPadam
  7. gejala sosial kian meruncing
    kene fikir bagaimana bukan kenapa..

    inilah generasi yg bakal memimpin negara kita pada masa akan dtg..

    wajib dibendung dgn pelbagai pendekatan yg menjadi tugas semua pihak..terutama dlm kalngn ibu bapa, media dan kerajaan..

    BalasPadam
  8. Di manakah ibu dan bapa anak2 itu? Tidak risaukah mereka anak tiada di rumah? Siapakah yang membelikan motosikal untuk ditunggang seawal usia remaja? Mungkin ada yang berkata remaja sekarang sukar dikawal. Namun saya melihat segelintir ibu bapa begitu 'kalah' dengan anak sendiri. (Harap tidak terkena batang hidung sendiri suatu hari nanti)

    BalasPadam
  9. Saya suka Mazidul spesifikkan frasa ANAK MELAYU itu..

    Ramai anak gadis Melayu kita sekarang ni sudah kurang rasa malu dalam bab berpakaian dan juga pergaulan dengan lelaki.

    Pakai tudung, tetapi tidak memelihara aurat sepenuhnya. Tudung dipadankan dengan T-Shirt paras pinggang dan seluar jeans sendat. Bentuk punggung mereka mudah dinikmati oleh mata-mata lelaki yang melihat..

    Jika mereka anak gadis BUKAN MELAYU tiada hal. Tetapi mereka ini ANAK GADIS MELAYU kita yang masing-masing beragama ISLAM pada IC..

    Saya pun setuju dengan persoalan Mazidul. " Tak ada lelaki lain ke nak pilih..?" Muka lawa, tetapi memilih lelaki hampeh sebagai teman..?

    .......
    ++KOMIK PEDIH++

    BalasPadam
  10. >>>Cuba perhatikan, jarang benar kita melihat kelibat anak remaja Cina atau India berpasangan menunggang motosikal meronda mengelilingi bandaraya secara berkumpulan pada jam 3 pagi<<<<<
    saya setuju sangat ayat ni kerana saya selalu keluarkan bila berbincang dengan kawan2 dan rakan politik..

    BalasPadam
  11. sedara mara sibuk cari maka dan berpolitik..kayuh sana sini

    BalasPadam
  12. risau tengok.... siapa nak memimpin negara, siapa nak mempertahankan negara di masa depan?

    BalasPadam
  13. Sejak saya bermotosikal chopper di zaman hippies semasa Woodstock festival di awal 70an sehingga ke berlumba di litar dan kemudian pada 80an dan 90an dgn superbike dalam mengadakan aktiviti ekspedisi, saya banyak bergaul dgn Mat-Mat motor kapcai. Mereka lebih kurang tersisih dan dgn cara merempit ataupun berkonvoi pada mlm minggu baik di KL mahupun bandar2 atau pekan kecil di seluruh negeri adalah satu hiburan yang tidak perlu keluar belanja. Hanya isi minyak motor aje! Pada akhir 80an membawa ke awal 90an semasa litar Batu Tiga masih wujud setiap mlm mingggu diadakan 'Saturday Nite Race' yang memberikan peluang berlumba. Ini memang mendapat sambutan hebat. Sehinggakan belia2 motosikal dari negeri2 berhampiran KL akan dtg untuk berlumba atau memberi sokongan kpd kawan2 yg berlumba. 'Hilangnya' litar Batu 3, mereka jadi hilang arah. Litar SIC bukan user friendly. Mereka perlu dibimbing. It takes a biker's to lead a biker's.

    BalasPadam
  14. bukan tidak cuba memahami jiwa mereka....tetapi ibu bapa lebih takut anak kecil hati dengan teguran mereka daripada takut kepada undang2 yg Allah sudah tetapkan.....ini adalah pengalaman saya..bila saya bertanya kepada saudara mara...kenapa dibiarkan anak berpakaian sebegitu...kenapa biarkan anak berkawan dgn golongan2 yg tidak menentu....alasan - takut nk tegur..nt dia merajuk...lari.....

    BalasPadam
  15. remaja sekarang susah nak di kawal..
    kena ajar dari kecil perlkara yang baik-baik

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.