Rabu, Januari 12, 2011

Degil? Tengok MBPJ Piat Telinga

Jam 12.45 tengahari tadi saya dihubungi kenalan, pemandu teksi berbangsa India.

"Abang, ini Cova Square, dia orang lagi kutip parking," katanya.

Jam 1 tengahari saya tiba di lokasi terbabit dan berikut gambar saya rakamkan.


Warga India menyalahgunakan permit kerja ini rupanya kembali semula setelah melarikan diri sewaktu operasi dijalankan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ petang semalam.

Penguatkuasa MBPJ saya hubungi tiba serentak bersama semua krew 999 termasuk penerbit, Shahnun Hanif dan pengacara, Hazlin Hussain.

Mereka merakamkan visual lelaki warga tempatan, penjaga kawasan parkir disoal siasat penguatkuasa.


Lelaki ini bagaimana pun mendakwa tidak mengetahui status sebenar kegiatan pengutipan bayaran parkir di kawasan sama.


 'Auta' nya saya perhatikan.

Barangkali dia tidak menyedari gambarnya saya rakamkan sewaktu operasi pada jam 9 malam semalam.


 Aduuuuuuuuh! Jelas benar kelentongnya.

Cuma kali ini nasibnya malang kerana lebih ramai penguatkuasa hadir di lokasi, pegawai Bahagian Perlesenan, Undang-Undang dan Aduan MBPJ.


"Kita akan bawa kes ini dalam mesyuarat pada hari Rabu minggu hadapan," ujar Iskandar.

Zey Iskandar, berbaju biru, Pembantu Pegawai Aduan, diperhatikan Pembantu Pegawai Undang-Undang MBPJ, Mohd Yusof Che Aziz.  Saya harap tindakan lanjut mereka akan mampu membanteras sindiket mengutip bayaran parkir secara tidak sah terbabit secara total.

Iskandar dan Yusof, on my behalf, tolong piatkan telinga bos kepada pekerja parkir terbabit, dia terlalu degil.

Sebelum itu, 2 lelaki warga India, bekas pekerja ladang memegang visa berstatus pertanian berikut diperiksa penguatkuasa dan barangan jajan, ais krim dan kenderaan mereka disita berhampiran Sekolah Sri KDU.


"Itu orang aaa .. student beli barang 50 sen, bagi wang 1 ringgit, balance pun talak kasi balik," adu pemandu van sekolah berbangsa Cina.

Bebas benar warga asing berniaga sesuka hati di negara kita, itu kesimpulannya.

Oh! Penguatkuasa Jabatan Imigresen barangkali tidak perasan.

What a nice excuse!

7 ulasan:

  1. ye... tersangat bebas, nampaknya MBPJ kena buat operasi setiap hari

    BalasPadam
  2. kenapa asyik tunjuk kawasan cina atau india... x kan mereka jer buat salah..bangsa kita pun sama gak... kat cova orang melayu pun ada jual kat tepi jalan gunakan lori..kenapa mbpj x tangkap mereka..cuba lah tengok kat seksyen 6/19 kota damansara...kedai2 haram begitu banyak macam cendawan tumbuh...mereka gunakan tempat parking kete... kenapa x tangkap mereka... kenapa nak double standard... kenapa asyik tunjuk orang cina berniaga kat tepi jalan kat dataran sunway... cuba lah open mind... jangan membeza kan setiap agama... cubalah ambil tindakan peniaga kat seksyen 6... yg kotor...sampai tikus bermaharajalela...

    BalasPadam
  3. Firdaus, awak banyak songel kan? Cuba awak buat pula tengok.

    Sebagai individu apa tindakan awak? Cuba hubungi MBPJ dan buat aduan.

    Kalau setakat hendak meluahkan ketidakpuasan hati terhadap apa saya lakukan, saya sudah mula meluat dengan sikap sebegitu.

    Jangan bersikap tin kosong, bunyi di blog ini punyalah kuat tetapi bila disepak, diangkat kembali, tengok di dalam empty.

    Cuba awak tulis di blog awak, tindakan awak sendiri. Lepas itu bagi saya komen pula?

    Boleh? Ada berani?

    BalasPadam
  4. Also to Firdaus, saya check your so called blog, as empty as your comment.

    Blogger tanpa identiti dan entry, like you? Sorry, next time I will consider whatever you send as a SPAM, NOT more than that.

    BalasPadam
  5. Sampai nak jadi negara diorang dah ,bebas nak buat apa2 pun...salahnya orang malaysia jugak yg jadi gunting dalam lipatan...

    BalasPadam
  6. mungkin firdaus ni ejen yang bawa pendatang asing berniaga secara haram kut...
    sebab tu lain mcm jer comment dia..
    harap abg dapat siasat si firdaus nie

    BalasPadam
  7. June 2012 - Sindiket ni masih beroperasi. Bayaran RM3 untuk meletak kereta pada hari Sabtu 16/6/12 - pada tiket terdapat cop Give & Take Enterprise. Aduan telah dikemukakan kepada MBPJ 30/7/2012. Masih menunggu maklum balas..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.