Majoriti daripada kita pembaca akbar pastinya pernah melihat gambar berikut.
Gambar di atas berhubung kejayaan Pasukan Khas Laut, Paskal Tentera Laut Diraja Malaysia, TLDM menggunakan kapal Auxiliary (bantuan dan tugas khas), Bunga Mas 5, menyelamatkan 23 krew kapal dagang, MT Bunga Laurel dirampas lanun Somalia di perairan Teluk Aden jam 11.40 malam, 20 Januari lalu.
Lokasi kejadian, 300 batu nautika (555 kilometer) di Timur Oman.
Paskal dilaporkan menggempur 7 lanun berada di geladak MT Bunga Laurel pada jam 1.20 pagi, berbalas tembakan dan kemudian berjaya menawan kesemua lanun terbabit, 3 daripada mereka tercedera.
Menariknya, Ops Fajar dilaksanakan tidak membabitkan kemalangan jiwa biar pun lanun antaranya menggunakan senjata AK-47 dan pistol.
Pasukan elit TLDM terbabit mendapat latihan antaranya di Indonesia (Komando Pasukan Katak), United Kingdom (Royal Marine Commando British dan Coronadodan), Amerika Syarikat (US Navy SEALs), mula beroperasi pada 1 Oktober 1980, baca fakta berhubung Paskal di sini.
Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar bakal muncul secara langsung di dalam program Hujah, jam 10.30 malam ini di TV9 membincangkan tajuk 'Kejayaan TLDM di Teluk Aden'.
Mendengar fakta berhubung detik cemas dan cabaran ditempuh pegawai dan anggota Paskal dalam Ops Fajar terbabit secara verbal pastinya lebih menarik berbanding membaca kisah sama di akhbar.
Terima kasih kepada pemilik blog Two Plus One And More, Pegawai Perhubungan Awam Markas Tentera Laut, Lt Kdr Masliza Maaris kerana membantu.
Jangan lupa bersama saya, live jam 10.30 malam, Hujah di TV9.
tahniah pasukan TLDM. ini membuktikan bahawanegara kita memang punya pasukan pertahanan bertaraf antarabangsa.
BalasPadamsaya bangga.
Tahniah.
BalasPadamPerjuangang yang wajar sekali didedahkan, bukan saja untuk dibanggakan bersama tetapi juga menjadi semangat dan pendorong kepada generasi akan datang...
Tahniah sekali lagi.
tapi kenapa membawa balik lanun-lanun ni ke Malaysia?
BalasPadamperaturan mana nak diguna nanti?
baik humbankan saja ke laut.
tahniah khidmat untuk negara..
BalasPadamsalam
BalasPadamsaya dah membacanya di blogger shah di blognya blog militaryofmalaysia pada 22Jan yang lalu dan berminat nak tau lebih lanjut. mesti tengok malam karang
masa baca di akhbar.. all i can say is..
BalasPadam"damn i am so proud!!"
live pukul 1030 malam?kena tengok ni.
BalasPadammesti tengok malam ni...komando negara kita memang tak kurang hebatnya..cuma kita yg slalu menidakkan keupayaan diorang
BalasPadam