Isnin, Januari 17, 2011

Kelambu Di Bawah Rumah

Malam semalam saya dan krew 999 menyertai serbuan di kawasan perumahan, majoriti dihuni warga Filipina.

"Kalau nampak kelambu di bawah rumah, jangan jolok," bisik pegawai polis di sebelah saya.
Sekadar ingin mengetahui ...

"Kenapa?," soal saya.

"Tempat hantu raya tidur," balasnya.

Menurut pegawai sama, beliau pernah melihat warga seberang memberikan makanan kepada hantu terbabit.

"Nampak apa?," tanya saya.

"Just bayangan hitam. Dia orang gunakan hantu raya untuk menjaga ladang," tambah beliau.

Sebaik terlihat kelambu di bawah rumah sekaligus saya merakamkan gambar.


18 ulasan:

  1. hantu pun tidur pakai kelambu. takut nyamuk rupanya. :))

    BalasPadam
  2. assalamualaikum, ya kadang2 itu kepercayaan yg mereka bawa dr kampung. Ada pula sesetengah memakai tangkal, azimat dan pelbagai lagi. kononnya sebagai pelindung dan kebal mempengaruhi kaum muda.. dan ada yg terpengaruh dgn kumpulan ni..

    BalasPadam
  3. Namapak macam ada dua orang sedang duduk membelakang pulak... ish!

    BalasPadam
  4. Hantu pun pakai kelambu?..Hmm, mesti takut kena demam denggi nih...

    BalasPadam
  5. Menarik.. barangkali saudara Mazidul perlu mencari peluang untuk menemubual mereka yang membela..sekurang-kurangnya kita boleh mengambil pengajaran..

    P/S: Dulu-dulu memang terkenal cerita macam ni, tak sangka zaman sekarang pun masih ada lagi???? Lebih baik menggunakan anjing...

    BalasPadam
  6. Amboiiii.... Hantu raya memang dok dalam kelambu ker? Bukan atas pokok?

    lucu pula...

    BalasPadam
  7. Antu takut kener denggi berdarah..spital tak terima so dia ambil langkah pencegahan awal hahaha

    BalasPadam
  8. 1st time dengar antu raye tido bwh rumah...siap berkelambu lg...

    thanks berkongsi gambar

    BalasPadam
  9. tak faham tengok gmbr ni..
    apa kt dlm kelambu tu?

    BalasPadam
  10. hee, dulu masa kecil2 sebelum rumah kena renovate, bawah rumah ada buai. malam2 boleh dengar dia bergoyang sendiri..ngeriii..dahla lantai papan kami ada yang jarang..ngeri.....hiiiiiii....angin je kot..sedapkan hati...
    tapi tak pernah nampak. yag pasti kg saya banyak kubur tentera jepun.

    BalasPadam
  11. Jangan jadi macam hantu raya dah sudah tidur malas nak gulung kelambu

    BalasPadam
  12. ish ish ish.. dasat gak kepercayaan diorg ye..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.