Isnin, Januari 10, 2011

Hairan Sangat Ke Melihat Gambar Fasha Berbikini?

Gambar Fasha Sandha berbikini menjadi paparan akhbar Kosmo! hari ini. 

Tidak perlu saya memuatkan gambar pelakon terbabit di blog ini kerana yakin ramai pembaca mampu membayangkannya, Fasha memakai bikini.

Ya! Ya! Memang nampak 'lurah dendam', cleavage  but so what? Bukan ke kita semua sudah puas melihat cleavage di televisyen dan majalah?

Oh! Ok! Jangan marah! Cuma kali ini cleavage Fasha, kan? Itu bezanya.

Apa pun secara jujur, gambar dan berita pada awalnya dimuatkan di banyak blog terbabit tidak langsung mengejutkan saya. Dia bukan Datuk Siti Nurhaliza! Jika gambar Datuk Siti berbikini dipaparkan, saya pasti akan teruja. Fasha? 

Tidak.

Beberapa gambar dia bersama rakannya dikata dirakamkan di Pulau Bali, Indonesia.

Mari bersama kita analisa berita ini.

Fasha bersama rakannya dilaporkan menyambut tahun baru di pulau tersohor itu. Pastinya  pelakon itu  tahu rakannya membawa kamera.

Ya! Kamera, alat merakamkan gambar.

Saya juga 100% yakin, Fasha redha gambarnya diabadikan ketika berada di Bali kerana semuanya bukan dirakamkan secara tersembunyi menggunakan spy camera seperti digunakan krew 999 untuk merakamkan gambar pelacur.

Jadi, saya percaya Fasha juga sekaligus mampu menjangkakan gambar terbabit berkebarangkalian tersebar di Malaysia. 

Mungkin sewaktu di Bali, Fasha berpesan kepada rakan-rakannya ...

"You all baik-baik ya, gambar I jangan 'terlepas' pula"

Jika rakannya mematuhi permintaan itu sekali pun, wujud kebarangkalian lain bagaimana gambar tersebar. Mungkin sewaktu memory card kamera dihantar ke kedai untuk diproses, ada pihak membuat salinan tambahan, extra copies.

... atau satu daripada kamera digunakan di Bali hilang sekaligus jatuh ke tangan pihak gemar mendedahkan gambar peribadi orang lain untuk tatapan awam. 

Ya lah! Dia cantik molek, muda dan pelakon berbakat maka pastinya mempunyai jutaan peminat.

Saya bukan peminat drama Melayu justeru jarang benar menonton biar pun saya bekerja di syarikat penyiaran.  Gossip berhubung artis? Sama sekali saya tidak membazirkan ruang ingatan untuk mengabadikan kisah mereka.

Jika menonton drama sekali pun, saya meminati lakonan bukan pelakon.

Kembali kepada tajuk utama.

Hairan sangat ke melihat gambar Fasha berbikini? Adakah lelaki menatap gambar Fasha akan menggigit jari sampai putus? ... atau terkulai, berdarah, memercika ke muka dan mangsa terpaksa diusung ke hospital? Sehinggakan akhbar Kosmo menjadikan kisah itu berita utama.

Oh! Ya! Sebab nama dia Fasha Sandha, BUKAN Acu, Azieazah, TcRain, Anntaj, Anastasyea, Cikgu Zara, Kak Cik Seroja, Ibu Intan, Kujie, Eri-Chan, Mama Yatie, Dr Singa, Kak Intan atau Liza Mahmood, kan?

Yooooooooooooo! Biul aku ni!

Mereka pakai bikini ke? Kalau ingin tahu, jom bersama menyertai Perhimpunan Blogger tahun 2011 di SINI.

46 ulasan:

  1. Nak tengok kakcik berbikini? Wakakakaka... nanti semua blogger boleh ambil gambar dan letak tajuk 'KETERUJAAN MELIHAT KAKCIKSEROJA BERBIKINI'. Fuhhhh... rasanya ir kolam pun akan kering kontang!!! Wakakaeheh....

    BalasPadam
  2. walau siapa pun kita hidup ini ada peraturan yang ditetapkan illhi.

    BalasPadam
  3. Kakcik lupa nak ucapkan terima kasih (kakcik mudah lupa) kepada Sdr. yang telah memberi peluang kapada 'kami' untuk makan percuma di Bawal Power dan Ice Room semalam. Terima kasih banyak2 - memang kenyang sungguh.

    Bila tarikhnya gathering itu? Acu dan Azie cadangkan seminggu selepas CNY. Kalau jadi, kakcik nak tempah bilik yang berharga RM150 semalam itu. :)

    BalasPadam
  4. Hehehe....

    Tak heran langsung dgn FS tu.. Dan tak minat nak tengok lakonan dia.. Masih ramai lagi pelakon berbakat yang tau adab sopan dan etika berpakaian...

    Say NO to FS...!!!

    BalasPadam
  5. BROOOOOOOO...! Yooooooo...

    jangan buat pasal.
    Kok ya pun kekami ni tak pakai bikini pun, lum tentu ramai yang redha diambil gambar sembarangan...:) > goyang jari.

    Tapi kalu pose yang mesra, ceria gumbira, no hal. Sila siarkan.

    Take and give kata orang.

    *Pssstttt I pun ada bikini tauuu, cuma dah tak muat nak pakey! Ahaks!

    BalasPadam
  6. xkisah dan xpelik pn..dh nama dunia glamor artis, semua yg hot akan cpt tersebar, kita tgk jer la karenh2 mereka...

    BalasPadam
  7. Malaikat Izrail (Maut) melawat manusia setiap 21 minit dalam sehari. Jika seseorang itu didapati sedang bergelak ketawa, Maka berkata Izrail:

    'Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa': Hadis riwayat Abdullah b Abbas r.a.

    Peringatan untuk diri saya sendiri dan rakan-rakan yang disayangi. Jangan ikut perangai orang Islam yang lupa pada agamanya. Salah satunya tutuplah aurat dengan cara yang sepatutnya.

    BalasPadam
  8. kalau lah ada anugerah artis paling dibenci, si minah ni la calon yang paling mula aku cadangkan.. nyampah!! apa la perasaan mak bapak minah ni tgk anak dia camtu..?

    BalasPadam
  9. haha..tak luak pun tengok die pakai bikini..memang die seksi kan..so tak heran langsung..kalau yg pakai baju cover seluruh badan then tetibe terdedah pakai coli je harus la terkejut kot..hoho..

    BalasPadam
  10. Kalau Acu, Azieazah, TcRain, Anntaj, Anastasyea, Cikgu Zara, Kak Cik Seroja, Ibu Intan, Kujie, Eri-Chan, Mama Yatie, Dr Singa, Kak Intan atau Liza Mahmood, Yang berbikini? aaaaaa no komen. he he he

    BalasPadam
  11. hehehe.. takdenyer sapa kisah kut..

    saya ni selalu jugak tgk wayang citer melayu, tp kalau citer Fasha Sanda ni berlakun mmg saya ban awal2 dah.... berlakon baik tp dot dot

    BalasPadam
  12. humang ai...!!!!
    terkojut den nama den di sobut dlm nie...aduih!!!! gajah pun larik tengok acu berbikini...muahahahaa

    ala abang dul..yg orang kecoh2 sangat tu sebab dia janji 2011 nie dia dah tak mau seksi...tu je sebab nye...

    BalasPadam
  13. hehehehe...artis kan..gitulah gamaknya hehehhe

    BalasPadam
  14. saja nak mensensasikan cite mcm tu...selama ni pun seksi jugak si fasha tu...cuma kali ni lebih seksi dari biasa..so what?lain la kalu dia pakai hijab,tutup satu badan nampak mata je,hehehe...

    lumrah artis bergelar pelakon...ntah apa yg benar dlm kehidupan dia pun tak pasti...semua pun lakonan je...

    BalasPadam
  15. Derang hairan sebab Fasha Sandha ckp tak super bikin. kata takmo seksi meksi dah..ni ape cer plak? hehe :)

    BalasPadam
  16. saya kurang arif agama..fahaman saya.. berpakaian mendedahkan aurat adalah haram. Tapi gambar seksi dah selalu masuk majalah.. masuk surat khabar .. masuk tv.. kita semua seolah merelakan.

    BalasPadam
  17. Biaq pi lah. Kalau dah jadi artis tu, mesti lah ada yang nampak. Kalau bukan dari kamera FS &friends, dari kamera wartawan tak bergaji pun ramai kat Bali tu.

    BalasPadam
  18. FS ni mesti nk create cerita sensasi! bg laku lagi...biasa la awal tahun huhu

    BalasPadam
  19. Dol...
    tolong mention2 kat Aman , pasal gathering tuu, Dol.. :)
    kalau saya yang ajak.. mesti dia tak mauuuu...
    .
    izat

    BalasPadam
  20. tak hairan..

    yg hairan nape yg gini jadi budaya dan ikutan org kita sekarang

    BalasPadam
  21. ucapan maaf dari Fasha, ambil dari twitter

    Salam utk peminat yang saya kasihi.Ya, memang benar ini gambar saya yg memakai bikini dan kain pario berwarna hijau. Dengan rasa rendah diri, saya ingin memohon maaf kerana berpakain begini bersama 3 sahabat wanita di tepi pantai Tanjung Benua Bali pada 30 Dec lalu. Gambar ini telah tersebar luar dalam blog2 internet dan menjadi isu selepas sahabat saya Syazwani meletakkan di laman facebook miliknya.Saya amat kesal dengan perbuatan saya. Saya tidak sempurna dan tidak lepas dari melakukan kesilapan.Pls accept my apology.Thank You.

    macam tak ikhlas jer... who care?

    BalasPadam
  22. So what? KOSMO memang saja carik publisiti murahan dgn letak gambar fasha tu kat front page? Lantak dia lah nak berbikini ke, nak bogel ke kat Bali tu..dia dah cukup tua bangka utk tahu halal haram, syurga neraka. Macamlah selama ni artis Malaysia di bumi Malaysia sendiri SENONOH sgt berpakain...prrrfftghhhh

    BalasPadam
  23. Respons kpd komen sW33tdARLiNG:
    Owh... dah tersebar dalam Facebook barulah rasa bersalah???? Aik... mana otak pi sebelum tu?? Pelik tol minah ni.

    Memang setuju sgt kata Mazidul... sebelum dia buat keputusan utk pakai gitu dia patut tau gambarnya ada kemungkinan besar akan 'terlepas'. Dia juga beragama Islam... so... napa tunggu sampai orang sebarkan gambar barulah tau diri bersalah?

    BalasPadam
  24. Kosmo adalah akhbar picisan. sbb tu citer camtu pun dia keluarkan.

    and fasha mmg dah semua org tau dia tu camna. dia tak peduli pun apa org nak cakap. kalo dia minta maaf pun, nanti2 dia pakai balik dedah2. sama mcm tak payah je.

    BalasPadam
  25. kalau berbogel dan berblue pun..tak terKEJUZ langsungg..
    tada kes teruja..

    BalasPadam
  26. moga2 iNSAN itu tobat sebelum datang..IZRAIL bertanya khabar..

    BalasPadam
  27. Kelab Malam disko dia pergi mabuk
    Party Haloween dia join sekali
    Krismas dia pun ada
    Hisap rokok berkotak-kotak
    Lidah dia bertindik
    New Year Party dia pun sibuk jugak
    Tak salah kalau cara pakai sama macam orang Barat yang bukan Islam, betul tak semua?

    BalasPadam
  28. Kecoh sebab dulu dia penah kata takmo dah pakai stail tak cukup kain (seksi).

    BalasPadam
  29. Tak hairan dan tak terkejut..sebab dia artis atau lebih tepat, sebab dia FS. Setuju dengan bro maz..kalau Dato' Siti, mungkinlah..terkejut, hairan bin ajaib dan sebagai nya lah..hihi.

    BalasPadam
  30. bro Mazidul, weh...nak buka tudung takkan berlaku ini pulak nak berbikini...ish38x.

    kami perempuan maruah tinggi kan...

    FS kan boleh je buat friends only, so takdela sape2 nak cilok gambar dia..janganla bengap IT sangat.

    BalasPadam
  31. Patutler kak intan tersedak tadi....!

    BalasPadam
  32. SERIUS..mmg kalo Fasha..biasa saja. Dh muak tgok dia dgn pakaian menjolok mato! errmm...Org tgok pic pun x jd bahan sensasi kat Opis.

    BalasPadam
  33. Dah jemu lah tengok Fasha pakai bikini, sebab selalu sangat tengok dia pakai seksi! Dah tak ada thrill lah! Tak ada yang istimewa! Cuma teringin pulak nak tengok Fasha tak pakai apa-apa langsung! Baru hot!

    BalasPadam
  34. dah takde cerita lain yg boleh dimanfaatkan agaknya. artis pake bikini pn nk jadi berita hangat.akak gojes pake bikini ok je, takde sapa heran..hahahahaha...

    cheers..

    BalasPadam
  35. sambil baca entri ni, tangan dok tutup badan ala ala gedik

    hahaha....


    dah lagi best, gambar bikini keluar waktu AJL - motif?

    BalasPadam
  36. memang hairan sbb ramai umat islam sekarang tak dapat bezakan pahala dan dosa.

    BalasPadam
  37. mungkin sebab dia artis..

    sedangkan org bukan artis..

    kat Bali tu mcm2 boleh lihat..

    org mandi berkemban,ramai2 dalam kolam tak ada pulak orang jadi issue..

    betul kata Abang Mazidul sbb Fasha Sandha

    BalasPadam
  38. stuju sgt2...
    alah setakat fasha pakai bikini...semua bleh jangka...dia kan seksi...pakai bikini utk dia dah biasa maybe...

    so kepada para peminat fasha tu...pilihlah org yg sesuai utk anda minat ye...dan fikir balik kenapa anda minat dia.

    kepada fasha...beringatla ye...kte org islam ade pegangan...kte org melayu ade adat...jgn bila dh salah baru nak minta maaf...minta maaf pada manusia tiada guna...minta pada yg berhak ok

    BalasPadam
  39. hanya kerana die artis..klau setakat minah kilang aje..ade sesape kisah?? kerana die melayu?? ramai lagi melayu kt luar sana yg lagi hancur dr die...ade sesape kisah??

    BalasPadam
  40. ntah la.ape yg kecoh sgt pasal dia berbikini..surat khabar memg nk untung je..tapi aku xkisah la,drama2 dia aku layan gak.hal peribadi dia tu tolak tepi je lah.arap2 ade yg membimbing dia ke jalan yg waras...

    BalasPadam
  41. Dunia yang sudah senja.

    Tiada lagi akhlak Islam yang sebenar.

    Mata terus-terus menatap segenap tubuh wanita yang bukan mahram. Tubuh pinjaman dari Allah pula dibiarkan menjadi tatapan orang begitu sahaja.

    Kita bukan berpijak di bumi kita. Tetapi kita berpijak di bumi Pencipta.

    Jemput ke laman saya pada artikel "Mahkota Paling Berharga."

    islami98.blogspot.com

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.