Ahad, Januari 09, 2011

Arahan MBPJ Diperlekehkan?

28 Disember lalu, saya menulis tampalan Saya Bercuti

Malam sama, saya difahamkan penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya. MBPJ diarahkan Pengarah Penguatkuasa, Mohd Fauzi Maarop untuk mengambil tindakan seperti fakta saya coretkan di tampalan MBPJ Mengambil Tindakan.

Jam 1.40 pagi tadi saya kembali semula ke lokasi dan merakamkan gambar berikut.


Jelas pengusaha 3 restoran terbabit berdegil. Tindakan menyita barangan dan pengeluaran saman dilaksanakan MBPJ kelihatan tidak menjadi kudis bagi mereka.

Fakta, arahan MBPJ hanya dipatuhi 12 hari sahaja.

Saya percaya jika seorang penguatkuasa MBPJ berseragam diarahkan memantau kawasan terbabit, pasti pengusaha akan mengakuri undang-undang ditetapkan.

Saman RM500? Ha! Ha! Ha! Barangkali begitulah pengusaha  restoran mentertawakan penguatkuasa MBPJ. Mereka taukeh besar, saman berjumlah sebegitu hanya dianggap 'celah gigi' sahaja.

Itu saya faham.

Jadi, berikut cadangan saya. 

Memandangkan berpendapatan banyak dan mereka kaya raya, saman pengusaha terbabit setiap hari mereka melanggar peraturan.

7 hari seminggu, RM500x7 bersamaan saman berjumlah RM3,500 seminggu. Jika mereka masih berdegil saman mereka sebulan, RM500x30 bersamaan RM15,000.

Nama 'penguatkuasa', justeru usah kelihatan tidak kuat dan tidak berkuasa.

Jika tindakan itu tidak dilaksanakanm, sampai bila MBPJ akan kelihatan membenarkan mereka berterusan memperlekehkan pihak berkuasa tempatan?

... atau MBPJ memang sanggup diperlekehkan?

Saya tidak hirau jika mereka berniaga, itu punca rezeki. Tetapi  apakah kelebihan mereka sehinggakan kelihatan mengatasi kuasa pihak berkuasa?

There is no one above the law.

Tetapi mereka ... 

Langgar! Langgar! Langgar!

Ya! Sedang mereka sewenang-wenangnya melanggar undang-undang atau peraturan di hadapan mata kita semua, majoriti peniaga Melayu beroperasi tanpa lesen, menjual pisang goreng, nasi lemak dan kuh-muih di tepi jalan, kecut perut.

Saya pernah melihat gerai penjual burger berbangsa Melayu di tepi kedai mamak di sita, kerusi dan meja diangkut menggunakan lori.

Hello! Untung dia kurang RM50 semalam! Mak Cik penjual nasi lemak, pisang goreng dan kuih-muih bukan meraih pendapatan ribuan ringgit sehari!

Saya tidak menyokong kelompok tidak mematuhi undang-undang tetapi biarlah tindakan dilaksanakan itu sekata.

Barangkali majoriti penguatkuasa MBPJ sudah lali dengan komen dilontarkan masyarakat setempat ...

"Melayu miskin mencari makan kau hentam,  orang lain, kaya raya melanggar undang-undang ok pula"

Percayalah, setiap tindakan penguatkuasa terbabit sentiasa diperhatikan dan dinilai dek masyarakat sekeliling

Saya akur dan berterima kasih kerana selama ini tindakan memang dilaksanakan penguatkuasa MBPJ tetapi kadar keseriusan tindakan terbabit boleh dipertikaikan.

Jika tidak masakan kerusi dan meja restoran masih diletakkan di ruang parkir sepatutnya digunakan orang ramai untuk meletakkan kenderaan mereka.

Saya hanya akan senyap, jika MBPJ mengeluarkan arahan ruang parkir boleh disewakan kepada peniaga.  

... Terfikir, kalau kamera 999 dipacakkan di kawasan terbabit, apa reaksi peniaga?

Tertawakah mereka?

10 ulasan:

  1. tuan, bukan MBPJ saja begitu sikapnya terhadap melayu tetapi semua pihak berkuasa tempatan sangat berani pada peniaga yang sekulit dengan mereka.

    BalasPadam
  2. BRO, sorry to say, adakah kita boleh sebut, terdapatnya unsur-unsur rasuah di sini?

    BalasPadam
  3. degil...

    tu je la satu perkataan paling tepat utk peniaga2 yg ingkar dgn arahan MBPJ ni...


    ~tice su@cikgu su~

    BalasPadam
  4. Saya sokong apa yg saudara coretkan seperti diatas.Semoga bukan majlis bangaraya Petaling Jaya sahaja malah semua majlis bandaran di seluruh negara pun sepatutnya macam itu.Kesian penjual burger , nasi lemak..sedangkan "tauke basat" ketawa dgn tindakan mereka.

    BalasPadam
  5. Salam..

    Kadang2 penguatkuasaan utk tujuan menutup mulut pengadu je.. lepas tu on balik..

    mungkin kena tgk unsur2 lain gak spt rasuah..

    disebabkan rasuah, PATI bleh selamba berniaga kat tepi jalan masjid jamek, tp peniaga melayu berlari2 dikejar penguatkuasa..

    BalasPadam
  6. Apabila mata TERtutup, apabila peraturan & undang-undang di atas kertas sering diperolokkan, apabila ringgit & sen menguasai?

    BalasPadam
  7. cerita dah basi...
    orang melayu jual jambu potong erea klana jaya mereka saman...(dulu angkut).
    bukan ganggu lalu lintas pun...bukan kaya pun..cukup untuk sara anak bini jer.
    restoran FARIZ MAJU yang letak meja kerusi atas petak letak kereta mereka biarkan.
    yang letak meja atas jalan berpuluh buah mereka BUAT2 tak nampak.
    alah takat saman...sebut jer rm500...
    betul ker rm500?
    masak sangat dengan sikap dan kerja pihat penguatkuasa di malaysia ni...
    tak kira dimana saja pihak berkuasa tempatan...
    irama dan lagunya tetap sama.
    bila ada yang melapor..mereka mula bertindak...habis semua penjaja2 kecil disaman atas alasan ada aduan..
    tokeh besar pun disaman....betul ke...wayang saja kot..
    akhirnya.. penjaja melayu dan india juga jadi korban...penjaja pisang goreng,nasi lemak,burger,buaha2an potong,nasi campor,rojak pasembor,cendol, terjejas pendapatan mereka.
    satu lagi...ada bekas2 kakitangan kerajaan sendiri memiliki permit/lesen sementara tapi disewa kepada pendatang asing indonesia.
    bila ada penguarkuasa datang,cepat2 si indon ini telepon pemilik lesen(permit).
    mengakulah si mamat ni yang perniagaan dia punya.
    padahal disewa lesen dan tapak.
    dijalan 6/3 klana jaya depan maybank terang2 pemilik lesen menyewa gerai nasi ayam/goreng pisang kepada pendatang yang pernah ditangkap kerana memilik mykad milik orang lain.
    apa nak pelik...ini malaysia...
    kena tangkap,lepas tu bolih meniaga,memandu kereta dalam masa tak berapa bulan.
    guna dokuman apa?..pembantu rumah?..memandu kenderaan guna lesen apa?...antarabangsa?...
    bila kita sebut benda2 macam nih...ada lah yang bersuara...alah dengki lah tu,ada bukti ke?.
    nak melapor...tak pasal2 kita pula yang terpaksa jadi orang salah terlebih dahulu.
    periksalah pekerja tukang cuci dibangunan ANGKASA klana jaya...bukan saja tak ada permit kerja...malah pasport pun belum tentu.
    dalam bangunan jabatan kerajaan sendiri..beribu pekerja warga asing(cleaner lelaki/perempuan) bekerja tanpa permit dan tanpa dokuman.
    tak perlulah hendak memburu mereka sampai ketengah laut..atau keladang2 kelapa sawit ditengah hutan.
    dalam pejabat penguatkuasa sendiri bersepah pendatang tanpa izin.
    bila ada yang bersuara..pertanyaan yang kita harus jawab ialah...ada bukti ke?..
    dah macam kes rogol dan khalwat pula...mesti ada 4 saksi.
    kalau dah ada 4 saksi..lebih baik 4 orang tadi sama2 ambil bahagian.
    semuanya ini kerana apa?.
    sendiri mau ingat lah.....

    BalasPadam
  8. Undang-undang patut dirombak semula berkaitan hal ini..

    BalasPadam
  9. Adakah undang2 negara ini terlampau longgar...? Tak tahu serik langsung ekk?

    BalasPadam
  10. Betullah pihak PBT seakan tak cukup kakitangan atau tiada taring langsung dalam menangani isu sedemikian. Mana2 pun seakan sama saja.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.