Jam 5 petang tadi, saya, penerbit 999, Shahnun Hanif, wartawan petalih, Mohd Arashy Mohd Azim dan jurukamera meninjau deretan kedai di Sunway Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Melalui maklumat awam, kami difahamkan terdapat lebih 5 premis tetap didakwa memasarkan cakera optik cetak rompak di kawasan terbabit.
Kami menaiki kereta dipandu Arashy.
"Tu, kita turun sahaja kereta, dah nampak dia menjual VCD kat depan restoran," kata wartawan terbabit.
Benar, sebaik kami keluar dari kenderaan, penjual melarikan diri bak lipas kudung, menghilangkan diri di antara celah deretan kedai sambil dirakamkan jurukamera kami.
"Tadi dia minum Chinese Tea, letak bakul VCD di atas meja. Dia kemudian akan berjalan satu round menjual then datang balik ke sini. Saya pun tak kan nak halau sebab dia customer," jelas pekedai, wanita berbaju merah.
Kekadang saya berasa hairan, kami hanya wartawan bukan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan atau polis, bukan mempunyai kuasa menahan jauh sekali menyentuh mereka.
Kenapa melarikan diri?
Relakslah, sembang-sembang, gurau-gurau, apa salahnya? Kami pun manusia biasa.
Lima belas minit kemudian kami bergerak ke kedai di kawasan sama. Shahnun dan Arashy memasuki premis di bawah dan mundar-mandir meninjau cakera optik cetak rompak dipasarkan secara terbuka.
Kurang 20 minit, penjual cuba mengunci premis terbabit. Melihat saya merakamkan gambarnya, dia juga melarikan diri.
Rakaman paparan terbabit akan kami siarkan di penghujung rancangan 999 esok, jam 9 malam di TV3!
Orang kalu buat kerja betul, takkan nak lari. Tu sebab ada kerja yang tak lurus ler tu.
BalasPadamZaman sekarang, orang lebih takut pada kamera dari siren polis...
Aslkm
BalasPadamSaya dah booking resort tu, hehe cuma belum sahkan kehadiran.eN mAZIDUL dah booking ke?
Klu kat sabah, gerai tepi jalan takde org jaga mmg biasa ... tapi pembeli akan letak gak duit dlm jumlah yg betul dlm bekas yg disediakan coz common knowledge kat sabah ni, ada 'benda' yg jagakan tempat tu cuma tak nampak pd mata kasar jer..
BalasPadamSo agaknya, kat kedai tu pun sama la kut. Ada 'benda' jaga... so if nak beli, just tinggal je duit kat meja... hehehe, agaknye la...
Mungkin dia dah cam abang Mazidul la ni.
BalasPadamAzie, entahlah, tak sempat nak bertanya lurus ke tidak.
BalasPadamBila kami dekati, penjaga berkata ...
"Mau tutup sekarang, saya mau pergi tempat lain"
Mama Ju, kena tengok respon dahulu, if tak ramai, saya akan batalkan.
Inmy, barangkali di Kota Damansara, kedai pun ada 'penjaga'. Eeeeee .... takutnya, takutnya, takutnya!
Rose, dia perasan wartawan saya yang handsome tu kut. Saya masa tu duduk dalam kereta, merakam gambar.
BalasPadamTentang gathering, nanti saya jawab di blog saya....
BalasPadamAssalamualaikum En. Mazidul,
BalasPadamsaya pelajar USM, Penang. Pertama kali sy menjejakkan kaki sebagai mahasiswa di Penang, sy agak terkejut dgn lambakan penjual DVD cetak rompak ini. Kualiti - mmg hebat! Sy akui, sy juga membeli DVD tersebut kerana harganya sgt murah serendah RM5 bg sekeping DVD dgn jaminan gambar berkualiti. Namun yg mnjadi isu adalah DVD terbabit dijual secara terbuka, di kaki lima kedai, di pasar malam dan juga di premis dalam 'shopping complex'! -Bukit Jambul misalnya, DVD dijual secara terbuka. tetapi jika ada pemeriksaan dr pihak berwajib, mereka bagai dapat menghidu kedatangan pihak tersebut. Persoalan sy, tuluskah pihak tersebut yg hanya dtg membuat pemeriksaan (tetapi kedai ditutup, pihak tersebut tahu kegiatan premis) tetapi tidak membuat rampasan dan dakwaan. Perkara ini tidak akan selesai selagi pihak berwajib tidak menjalankan tugas dgn efisien. Sy sbg rakyat, juga semua warganegara, mmg inginkan produk yg MURAH DAN BERKUALITI..selagi ada kedai-kedai seperti ini, selagi itulah ada pembelinya..
-AZRINA, USM Penang-
Siapa yang dah mahir muat turun filem dari laman sesawang rasanya makin kurang membeli DVD cetak rompak ini...
BalasPadamKami sekeluarga pun makin tak berminat dengan DVD cetak rompak ini; lebih puas menonton wayang di pawagam... Astro pun cepat amat menayangkan filem yang baru...
Satu hari kegiatan ini boleh dikurangkan dengan kesedaran kita pun minat kita yang beralih ke dunia nyata... kembali suka menonton wayang di pawagam & suka bahan yang asli atas sebab nilai seni yang lebij tulen & dapat memuaskan satapan jiwa...
ada orang tak buat kerja ni
BalasPadamDi tempat saya VCD / DVD cetak rompak pun dijual secara terang-terangan... dalam satu premis. Cuma... silap saya... saya sendiri pun tidak buat laporan... Sebab pada fikiran saya... tak kanlah KPDNKK di tempat saya tidak nampak benda ni... Lokasinya cukup popular juga di sini.
BalasPadamBro Dol, degil betul mereka ni ye.
BalasPadam