Khamis, Januari 27, 2011

Transformer Marah Saya


Saya terlihat lori diparkir di tengah jalan.


Melalui tulisan tercatat di dinding, lori terbabit milik syarikat pembekal makanan beku beralamat di Puchong, Selangor. Saya tidak bertujuan mengambil alih tugas polis trafik tetapi berasa tindakan pemandu lori itu agak keterlaluan dan menyusahkan pemandu lain.

Saya kemudian menunggu kurang 5 minit berhampiran lori sebelum pemandu datang menghampiri kenderaannya.

"Ane, janganlah susahkan orang lain. Parking lori baik baik lah," tegur saya.

Lelaki itu berhenti dan merenung wajah saya buat seketika. Saya perhatikan, ketinggiannya tidak mencecah 5 kaki tetapi bertubuh gempal.

"Sorry lah!," balasnya dan pantas masuk ke lori.

"Alamak ane! Jangan marah lah, saya cuma bagi tahu, kalau parking, jangan susahkan orang lain, itu sahaja," celah saya.

Tiba-tiba dia turun kembali dan berdiri di hadapan saya, kelihatan tidak berpuas hati. 

"Saya sudah cakap, sorry, sudah lah!!," tengkingnya.

Saya anggarkan usia pemandu berseluar pendek itu lebih 45 tahun.

"Lu mau ambil gambar, ambil lah!!," ujarnya marah.

Kalau dilepuk saya pasti dia rebah tetapi mungkin semangatnya tinggi. Lihat sahaja logo dicetak di bahagian hadapan lori ini.


Saya terus berdiri di sebelah lori manakala pemandu kelihatan bercakap menggunakan telefon bimbit. Saya syak dia cuba menghubungi rakan-rakannya.

"Aduuuuuuh! You gangster mana ni?," soal saya.

"Puchong. Marilah Puchong," katanya sambil naik ke lori.

Dia kemudian memandu laju. Pantas saya berjalan ke kedai berhampiran, premis makanan beku dihantar.

"Bang, tolong saya sikit. Tolong call owner itu syarikat, bagi tahu dia, saya takut sebab dia punya driver gangster Puchong," kata saya kepada pemilik kedai.

"Tarak apa lah bang," balasnya.

Saya kemudian beredar.

Lima belas minit kemudian, saya terlihat 2 missed calls di skrin telefon bimbit dan menghubungi nombor terbabit.

"Hello, saya Mazidul, encik ada call saya?"

"Bang, sorry fasal saya punya pekerja. Dia cakap dia gangster Puchong sama abang ke? Bukanlah bang, dia kalau tak ada kerja, tak ada makan punya orang. Dia mahu lawan sama abang ke?," soal pemilik syarikat.

"Bukan lawan, saya tegur dia sebab parking lori tengah jalan. Dia marah," jelas saya kepadanya.

"Saya sudah call sama dia bang, saya cakap kita cari makan, sebab apa buat itu macam? Esok saya jumpa dia, kalau ada problem, saya kasi buang dia kerja," balasnya.

"Bang, jangan buang dia kerja. Dia mungkin tak ada wang, anak ramai, nanti dia susah lagi. Abang cakap sama dia, jangan marah lah. Saya cakap baik baik, bukan sergah sama dia," ujar saya.

"Bang, saya tahu dia tarak kenal sama abang, sorry lah bang," katanya.

"Tak kenal pun tak apa, saya biasa punya orang. Bang, kerja buat bisnes tak salah tetapi jangan kasi susah orang lain, itu saja. Sorry bang, kacau sama you"

Itu kenyataan terakhir saya sebelum dia menyambut salam saya hulurkan.

13 ulasan:

  1. Nasib baik dia tak bertul2 'bertukarrrrrr....' hehehe....

    Tapi itulah, ramai yang hanya tahu memkirkan kesenanangan sendiri tanpa memikirkan akibatnya kepada orang lain...

    InsyaAllah, siang nanti kakick akan letakkan satu gambar tentang bagaimanakah agaknya pemikiran jiran kakcik ini?? :(

    BalasPadam
  2. Nasib baik dalam marah-marah tu, dia tak tukar jadi 'Autobot' betul..hehe..

    Nota :: Tapi logo tu Bumblebee..Transformer baik tu.. Agaknya dia tak sonok pasal tukar jadi lori la.. tak sporty macam Chevy Camaro..hik hik hik.. :)

    BalasPadam
  3. Saya ingat itu Aney naik lori mau angkat kayu pukul sama abang...


    Ayo bang... saya banyak tabik sama abang. :)

    BalasPadam
  4. Tu la kita, orang tegur baik2 pun nak marah. Apa salahnya cakap maaf?Pendek dan cepat abis cerita.Payah sangat ke orang kita nak matang? Sigh..

    BalasPadam
  5. macam tu la...dah la buat salah, marahkan org pulak bila org tegur..tu yg membuatkan org ramai malas atau takut tuk bersuara....kalu polis bagi saman buleh pulak cakap baik2...

    BalasPadam
  6. autobot.....let's roll out!!

    hehe....susah jugak kalau kita tegur cara baik ni ada yang sentap habis...

    BalasPadam
  7. Bro DOl - Nasib baik dia tak cakap AUTOBOT TRANSFORM! he he

    BalasPadam
  8. Tabik spring lah utk abg, saya dah banyak kali rase2 nak nasihat, tapi apakan daya blom sampai tahap berani. so horn jer lah jawabnye.

    kadang-kadang bukan saje lori, bas pun ikut suke hati die jer mane nak brenti walaupun dah ada space bahu jalan untuk dierorg berenti, masih lagi suka brenti tengah jalan.

    BalasPadam
  9. nasib baik takde kejadian yg tak di ingini berlaku..
    Mujurlah dia beri respon yg baik.

    BalasPadam
  10. kalau dia betul-betul bertukar jadi transfomer, apa en mazidul buat eh???

    BalasPadam
  11. Azween, kalau dia bertukar menjadi transformer, saya bertukar menjadi film director.

    Cut!

    Biarlah dia berguling-guling dan bertukar sekali pun, peduli apa.

    BalasPadam
  12. ada seseorang pernah bgtau sy...

    Gangster paling besar di Malaysia adalah..

    "Polis di Raja Malaysia"

    sbb semua samseng Polis tu selamba aje tahan dalam lokap

    kekekekek

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.