Rabu, Januari 12, 2011

MBPJ 'Mengamuk' Demi Keselesaan Awam

Jam 1.20 tengahari tadi, Pengarah Penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ, Mohd Fauzi Maarop menghubungi saya melalui telefon dengan nada suara ceria.

"Tindakan kita dah ambil. Semua ramps di depan bengkel kereta pun kita tanggalkan sebab menghalang parkir," ujar beliau.

Saya kemudian bergegas ke lokasi untuk menyaksikan sendiri tindakan MBPJ, respon  komplen di tampalan sebelum ini berhubung sikap pengusaha beberapa restoran  di PJU5, Sunway Damansara menggunakan ruang parkir untuk meletakkan kerusi dan meja.

Berikut antara gambar saya rakamkan.



Saya percaya tindakan once for all ini akan membersihkan nama penguatkuasa MBPJ daripada pelbagai tanggapan negatif masyarakat di sekeliling.

Pada masa sama, saya percaya pengusaha restoran terbabit masih mampu menjalankan bisnes mereka seperti peniaga lain sekaligus mematuhi peraturan ditetapkan pihak berkuasa tempatan.

Kepada MBPJ dan khususnya Fauzi, terima kasih di atas tindakan telus dilaksanakan.

Paparan berhubung masalah timbul sebelum ini dan tindakan dilaksana bakal disiarkan di 999 Khamis ini jam 9 malam.

6 ulasan:

  1. Tahniah atas usaha MBPJ buat yg terbaik utk org awam...


    ~tice su~

    BalasPadam
  2. bahgianya hidup kalau semua ikut peraturan.

    majlis bandaraya yang lain ada berani ke?

    BalasPadam
  3. Tahniah kepada MBPJ. Tunjukan yang MBPJ betul betul tegas. Dan kepada Tukang Lapor dan Tukang ambil berat - Bro Mazidul. Tabik 300 kali.

    BalasPadam
  4. Tahniah MBPJ.. tapi kena buat pemantauan berterusan. Salah satu kedai yang menjadi mangsa telah pun menambah semula railing yang dijahanamkan oleh MPBJ keesokkan hari nye. Hmmm... macam biskut..

    BalasPadam
  5. Bro, pagi tadi sampai ke kawasan tu.... ramps telah di bina semula dlm masa tak sampai 12 jam.. operasi tamat lebih kurang pukul 6-7 petang...7 pagi turapan baru telah dilakukan semula... akan saya email gambar

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.