Khamis, Januari 27, 2011

Otak Dalam Kaburator

Mereka mencuri motosikal diparkir di kawasan masjid.

Mereka mencuri motosikal diparkir di pusat membeli-belah.

Ya! Di masjid, pemilik kenderaan sembahyang, di pusat membeli-belah, pemilik sibuk shopping.  Ruang dan peluang wujud untuk mereka melakukan kegiatan jenayah.

Nama kumpulan mereka, 'Geng Piramid'. Barangkali  nama itu sinonim dengan cita-cita tinggi tertanam di jiwa mereka. Dipercayai geng sama terbabit  dalam 15 kes mencuri motosikal di Pahang dan Selangor.

Tup! Tap! Tup! Tap!

9 ahli Geng Piramid berusia di antara 18 dan 26 tahun diberkas polis.

Wow! Wow! Wow! Masakan semudah itu mereka ditumpaskan?

Ya! Semudah itu, kerana 4 daripada ahli geng terbabit berusia 18 tahun bertindak bodoh. Bukan bodoh sedikit, bodoh pada tahap gaban.

Mereka dilaporkan cuba mencuri motosikal di Perumahan Kakitangan Polis Temerloh Jaya, Pahang. Menyedari kejadian itu, polis memberkas kesemua suspek di lokasi.

Hasil soal siasat, 5 lagi lagi suspek lain ditahan dan mereka kemudian membawa pasukan polis ke Tasik Bukit Kebok. Dibantu penyelam Pasukan Gerakan Marin, 18 rangka motosikal, 3 enjin dan 2 ekzos dibuang mereka sebelum tangkapan, ditemui.

Orang lain menjadi penjenayah, mereka juga ingin menjadi penjenayah tetapi mengapakah terlalu dungu cuba mencuri motosikal di kawasan perumahan polis?

Hoi! Tolonglah! Mungkin otak mereka diletakkan di dalam kaburator motosikal.

Tergelak, membaca kes jenayah remaja Melayu, seriously.

10 ulasan:

  1. "Bukan bodoh sedikit, bodoh pada tahap gaban"

    Hehehe... saya suka ayat ni...

    Itulah remaja Melayu..hmmm...

    BalasPadam
  2. Bukan setakat bodoh jer, tapi sudah macam mencabar polis.

    Kalu mereka berjaya bolos? Bukankah mereka akan bangga pula kerana, kawasan polis pun depa leh curik.

    adeh laa..

    BalasPadam
  3. ingat lagi tak kereta rasmi Proton Perdana ketua polis selangor dicuri di Shah Alam tidak lama dahulu yang kemudiannya dipulangkan...?

    apa yang diorang fikir ialah apa yang diorang akan dapat, bukan kesan yang diorang bakal terima...

    BalasPadam
  4. diorang nak uji tahap kepakaran tu...samada setanding dgn filem Mission Imposible....

    BalasPadam
  5. ni pengaruh filem2 luar la ni, scene penjenayah pecah masuk balai..curik kereta polis dan lain2..

    BalasPadam
  6. Nasib baik la dapat kat Polis...klu kantoi kat kawasan rumah aku...mungkin nasib budak2 tu mcm 3 org peragut yg kene lanyak ramai2 hari tu..

    Syarat melanyak: jgn pukul kepala @ leher, patahkan tangan & kaki...baru dorg dapat "mark" seumur hidup...

    LAWAT SETEMPAT.COM

    BalasPadam
  7. pernah pada tahun 1998 ada kejadian mencuri kereta..dekat 9 pemuda warga india di tahan serentak di lokasi tersebut..
    ya mereka di tahan di dalam perkarangan Balai Polis Klang ketika sedang mencuri kereta yang telah di sita...memang lawak kejadian tersebut..saya saksikan depan mata yang mereka di tangkap dengan cara paling terhormat...ekkekekekekkek

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.