Ahad, Januari 30, 2011

LINE Tidak CLEAR!

Pagi tadi, saya berjalan kaki ke Penang Road, Georgetown, Pulau Pinang dari City Bay View Hotel.

Jam 11.51, saya singgah di kedai menyajikan nasi kandar antara premis terkenal di Pulau Mutiara, Line Clear. Waktu itu ramai pelanggan beratur menunggu giliran memilih makanan disajikan.


Makanan? Memang sedap. Nasi putih, ayam goreng dan sayur, kombinasi asas tetapi enak dijadikan juadah makanan tengahari.

Lebih setengah jam duduk di premis itu, saya kemudian didatangi share holder Line Clear, Zainul Alam Abdul Kadir, 33 tahun.

"Saya tengok abang buat cerita kat dalam TV," ujarnya sebelum memperkenalkan diri.

Saya senyum.

"Tempat ini kita buka 24 jam, siang ok tetapi kekadang malam, budak balik dari kelab buat kecoh," jelasnya.

Teringat pagi tadi, sewaktu dalam perjalanan pulang ke hotel, kelihatan 2 kumpulan remaja Cina bergaduh di luar pusat hiburan. Maklumlah, apabila berada di bawah pengaruh alkohol, ramai berasa diri mereka hero.

"Saya tak pernah singgah di sini tetapi tahu tempat ini famous," celah saya.

Alam berkata, datuknya berasal dari India membuka perniagaan menjual nasih kandar lebih 30 tahun lalu. 

Jam 12.30, Inspektor Shamsul Abdullah (berbaju hijau) dari Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Ibu Pejabat Polis Kontingen Pulau Pinang datang ke premis sama dan kami menunggu krew 999 tiba dari Tol Juru kerana membuat liputan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan.

Mereka tiba sejam kemudian.


Sebelum itu, saya merakamkan gambar anak kecil warga Rohingya meminta sedekah dari meja ke meja, sama seperti kegiatan di Padang Kota Lama, saya rakamkan semalam.


Selepas menjamu selera, saya dan Shamsul memesan cendol, memang sedap. Sewaktu mangkuk ke dua cendol dihantar ke meja saya, pekerja berkata ...

"Ini dia cendol express," ujarnya.


Mungkin terliur, Hazlin Hussain kemudian memesan minuman sama. 

"Ini dia cendol istimewa," katanya sambil tersenyum.

Ha! Ha! Ha! Gadis manis memang selalu dilayan istimewa, detak hati saya. Golongan tua, biasa dipinggirkan. I am just kidding ok! Memang pekerja dan saudara mara Alam, baik budi pekerti.

Apa pun terima kasih kepada Alam kerana sudi membelanja kami semua makan tengahari. Dalam kesibukan melayan ratusan pelanggan tidak putus putus berkunjung ke premis terbabit, Alam sempat meluangkan sedikit masa bergambar bersama saya.

"Satu Malaysia!," jeritnya.


 Thanks again Line Clear!

Ketika beredar menuju ke kereta, tiba-tiba kereta Kancil menciluk di hadapan saya. 

"Hey! Line tak clear," ujar saya kepada pemandu wanita terbabit.


Kenapa tidak clear? Kenderaan dilarang memotong di garis berkembar, double line tetapi mungkin sewaktu mengambil lesen, pemandu wanita itu tidak dimaklumkan berhubung undang-undang terbabit.

... atau dia hanya bersifat kiasu? Mementingkan diri sendiri?

15 ulasan:

  1. Wahhh.... mai Penang mana bleh tak pekena Nasi Kandaq. Saya jer kalu ke sana jarang makan, sebab macam dah jemu...

    BRO, ramai tahu Penang tu macam syurga makanan. Itu memang tarikannya.

    Jika nak beli buahtangan utk orang rumah, elok borong jeruk di Chowrasta...:)

    BalasPadam
  2. dia tdo masa ceramah nak amik lesen memandu 2 kot... menyusahkan org btl... nnt bila dh "terlanggar" kita jugak yg disalahkan nye... aishhhh~

    BalasPadam
  3. Tiba2 terasa nak terbang ke Penang pekena Nasi Kandar.

    BalasPadam
  4. ni semua punca2 yg mengundang kpd kemalangan....sedikit je cuai pasti membawa bencana pd org lain!

    perlu kesedaran sivik lagi wanita tersebut...

    BalasPadam
  5. Kakcik melihat satu senyuman yang sangat 'cantik' yang jarang sekali dilihat dalam gambar2 MAS.... :)

    BalasPadam
  6. seronok nak mengomen pasal part "line tak clear". kadang-kadang dierorg ni pun bang guna prinsip, gua senang orang lain susah lantak pi lah.
    sebab tu ada yang tanpa segan silu potong que. sakura, mungkin juga dia ambil lesen 'terbang' dulu kan pernah heboh. betul ke ada lesen 'terbang'?

    BalasPadam
  7. mak oiiii makin berisi sedara aku kat penang ni. bro kim salam kat shamsul. lama sungguh tak jumpa dia. jangan nakal nakal kat penang tu.

    BalasPadam
  8. Sempoi punya duk ada...

    Line Clear !!

    Teringat suatu ketika dulu, tengah enak menjamu selera tetiba ada motosikal melintas di belakang kita.. hehe.. perasan tak yang LINE CLEAR tu sebenarnya duk atas jalan (lorong belakang).. apa2 pun, memang sempoi lah...

    BalasPadam
  9. Suspen juga kata perbuatan dijadikan nama kedai.

    BalasPadam
  10. satu-
    memang banyak 'line tak clear' di sini.

    dua-
    dalam seluruh malaysia, pemandu-pemandu di penang ni lah yang paling kurang ajar. tak percaya?..

    anda boleh pindah tinggal di sini. :)

    oppss!
    orang penang yang lain, jangan 'melatah' ok?..ha ha...

    BalasPadam
  11. e s c a p e d;

    Satu- LINE clear tu nama kedai Nasi Kandar. Yang lain2 'tak clear' apa maksud anda :)

    Dua- Saya bukan orang Penang, tapi membesar dan menetap di Penang.
    Memang sikap 'kiasu' sudah menjadi lumrah kepada pemandu dan penunggang di Penang.
    Bezanya, kami sudah 'mangli' dengan keadaan itu. Mungkin bagi sesiapa yang sesekali atau baru berada di Penang, akan merasa janggal dengan suasana kelam kabut ini.
    Pernah terdengar ungkapan ; Kalau sesiapa boleh memandu atau menunggang di Penang dengan selesa, dia tidak akan kekok untuk memandu di mana-mana bandar dalam Malaysia.

    BalasPadam
  12. nasib baik bro mazidul tak terserempak tikus besau2..kat dlm lineclear tu...terus clear nasik dlm perut he

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.