Jumaat, Januari 21, 2011

Toyol Dalam Botol

Sebilangan manusia mendakwa mampu menangkap toyol. Pembaca mungkin biasa mendengar kenyataan  berhubung kebolehan itu.

"Toyol tu ada dalam botol," ujar kenalan.

"Kalau nampak di mata, nak ambil gambar," pinta saya.

Dia kemudian memaklumkan saya, toyol terbabit tidak dapat dilihat  dek mata kasar.  Terlintas di fikiran,  justeru bagaimanakah kita tahu toyol itu berjaya ditangkap dan dimasukkan ke dalam botol?

Mungkin pembaca berpengalaman dalam dunia mistik boleh menjelaskan hal ini.

2 tahun lalu, saya bertemu pakar perubatan tradisional  berketurunan Indonesia  di Cheras, Kuala Lumpur. Ketika itu saya dan kenalan membawa wanita kurus kering dikatakan dirasuk jin. Sebelum dibawa bertemunya, 3 lelaki menekan tubuh wanita terbabit ke lantai kerana meronta keterlaluan, selamba diangkat pesakit di hadapan mata saya.

"Jin selalu masuk ke dalam tubuh manusia melalu celah jari kaki dan tangan. Kita boleh pujuk dia dan masukkan ke dalam botol air mineral," ujar wak terbabit. 

Sambil bersila, saya khusyuk mendengar setiap patah penjelasannya.

"Dulu dulu, wak masukkan ke dalam botol kicap tetapi jin tu komplen," tambahnya lagi.

"Komplen?," soal saya.

"Ya! Sebab dia orang kata botol keras dan gelap," katanya.

20 ulasan:

  1. Wahh terer ek WAK tu? Boleh plak bercakap dengan toyol tu..?

    BalasPadam
  2. kira percaya je lah cakap wak tu. melawan nanti disantaunya pulak.

    haha

    BalasPadam
  3. banyak plak demand .. sebbaik tak botol budu ataupun cencalok haha

    BalasPadam
  4. sirah pernah menunjukkan, manusia khlifah menguasai jin..sirah nabi sulaiman a.s.

    BalasPadam
  5. Jgn Wak tu jadi seperti tikus membaiki labu udah leeee...

    BalasPadam
  6. jin pun pandai memilih botol... x lama lagi nak botol ribena plak.

    BalasPadam
  7. haha.. boleh pulak toyol tu komplen..pandai bebeno

    BalasPadam
  8. Ha ha ha.
    Okelah tu gelap.
    Tak payah pasang tint dah.

    BalasPadam
  9. JIn pun pandai komplen tak nak duduk dalam gelap!

    BalasPadam
  10. nasib baik jin dengar kata, andai jin degil tak ke parah.ada jin lawan tokey..minta daging ayam lagu mana.


    buat apa berbaik dengan JIN,sebaik2 jin ..sejahat manusia..
    rugi nampak toyol susah buat projek asyik nampak JIN/toyol senyum jeer

    BalasPadam
  11. hahahahahahhaha...
    ikut diri sendiri..
    klu kite percaya pun ape salahnye..
    tp jgn terlalu taksub plak..
    klu xnk percaye pun xpr..
    itu ikut kemahuan sendiri..

    BalasPadam
  12. kenapa mesti botol? tak boleh ke masukkan dalam tin milo ke?

    BalasPadam
  13. hahahaa!!! lawak hari sabtu!

    tak pernah terfikir jin pun memilih nak dok dlm botol mana. memang lawak!

    BalasPadam
  14. Daddy, kalau pakai botol, senang nak tekup mulut botol dengan tangan, proses cepat dan mudah.

    Tin Milo? Hmmmm ...

    Lagi pun mungkin ada pula menyanyi di dalam tin ... Minum Milo anda jadi sihat dan kuat!

    BalasPadam
  15. DADDY:
    baik terus masukkan dalam tin biskut yang besar mcm tin minyak tanah tuh. Sebelah dinding kaca, leh gak kita tengok toyol tu berjoget-joget di dalamnya..


    hahahahah! saya dok bayangkan!

    BalasPadam
  16. Makhluk Jin sebenar bebas keluar masuk dalam tempat yang berbentuk fizikal.Jin dijadikan dari api (bukan fizikal). Kuasa api ialah kuasa cahaya yang boleh melepasi dinding sekukuh konkrit.Apalah sangat dibandingkan dengan kaca apalagi botol plastik.Kalau ada dakwaan boleh kurung jin dalam botol atau sebagai itu semua karut marut sahaja.Kepercayaan akibat cerita Alladin,jin terkurung dalam lampu.

    BalasPadam
  17. Semua benda boleh masukkan dalam botol. Hantu raya pun boleh, kalau pandai isi la.

    Mengikut jenis spirit yang ditangkap la, sesetengahnya ada isi tanah, tutup dengan lilin dan sebagainya.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.