Banyak paparan menarik bakal disiarkan 999 malam ini. Justeru pastikan pembaca menonton rancangan terbabit.
Antaranya, kes penderaan ibu tiri terhadap 3 beradik di Johor. Saya kongsikan bersama pembaca skrip asli dihantar wartawan kami Zulhazri Abu Bakar.
'Mangsa, Nur Diana Qistina Nurafizan, 3 tahun meninggal dunia dengan 73 kesan kecederaan di badannya dipercayai akibat didera.
Bapa mangsa, Nurafizan Ludin, 30, mendakwa dia menerima panggilan daripada ibu tiri Nur Dania mengatakan mangsa tidak sedarkan diri selepas lemas di dalam baldi di rumah mereka pada jam 8.30 pagi Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata bapa mangsa pekerja kilang di Pasir Gudang kemudian membawa Nur Dania ke Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru.
Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira sejam kemudian.
Hasil bedah siasat mendapati kesan penderaan fizikal pada tubuh mangsa dan dia disahkan mati akibat pendarahan paru-paru.
Jenazah dikebumikan di kampungnya di Tanah Perkuburan Islam Felda Tenggaroh 6, Mersing kira-kira jam 4.30 petang Isnin lalu.
Dalam pada itu, ibu mangsa, Nur Aquilla Razali gagal ditemuramah ketika ditemui di Hospital Sultanah Aminah semalam kerana masih berada dalam keadaan terkejut.
Nur Dania dan adik lelakinya berusia setahun serta kakaknya, 5 tahun dipercayai menjadi mangsa dera ibu tiri mereka di Kampung Sungai Tiram sejak 3 bulan lalu.
Mereka kini dirawat di hospital sama.
Berikutan itu, bapa dan ibu tiri mangsa, 25 tahun kini ditahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mendera'
Masih ada lagi kes yg macam ni...sedih dan kesian tengok budak2 tu....Teringat kat anak2.....
BalasPadambagus dorang dikenakan tindakan yg sewajarnya....agak2 didera juga dipenjara....tp jadi psoalan...napa ibu kandung tak jaga?
BalasPadamsedih baca cerita mcm ni..membayangkan anak sendiri kena dera dgn mak tiri dia...ya allah jauhkan lah kita dgn benda2 mcm..harap selamat lah anak sy nak jauhkan diaorg dari babah diaorg...susah jugak..bila perceraian terjadi beginlah akibatnya ...
BalasPadamarghhhhhhhhhhhhh!!!
BalasPadamkenape kejam sgt..apelah dosa anak kecil tu..
haih...
bersyukur sgt sbb sy ade ibu tiri yg sgt baik......
ingatkan cinderella dan snow white saja mangsa dera, zaman skrg pon masih ada ibu tiri berhati binatang camni..
BalasPadamtadi tgk kat TV3...apala dosa budak2 kecil ni...tahukah diorang dosa membunuh orang walaupun secara perlahan2 barula mangsa mati...eeee geramnya...
BalasPadamKenapalah tergamak mendera kanak-kanak yang masih memerlukan perlindungan kita yg dewasa ni. Tak kesian kah tengok dorang? Sampai tahap membunuh lagi...
BalasPadamKesian pada budak2 tu. Bila tgk lame2 gambo kt newpaper bru sy perasan yg Nur Aquilla tu merupakan senior saya ms sek men dulu.
BalasPadamMak tiri yg gila..
BalasPadamSaya pun mak tiri gak..tp tak pnah lak ada perasaan begitu..
kalau nak mengajar bukan mcm tu..
masih ada ibu tiri yang kejam di zaman ni..menyedihkan betul..
BalasPadam