Selasa, Januari 04, 2011

Temubual Besama Teman Wanita Pengkid (Eksklusif)

"Bila kali terakhir awak bergaduh dengan dia?," soal saya.

"2 jam lepas," ujar gadis berusia 21 tahun itu selamba.

Pengkid temannya berusia 29 tahun,  berasal dari Kuala Lumpur dan mereka menjalin hubungan sejak setahun lalu. 

Dia anak tunggal perempuan dalam keluarganya.

"Apakah perbuatan awak dia paling cemburu?"

"Kalau saya keluar dengan kawan, lelaki, perempuan, lesbian, gay," jawabnya.

Jika berlaku krisis di antara mereka, pengkid terbabit dikatakan akan menghilangkan diri.

"Sakit hati, katanya tak nak layan saya," sambung gadis itu.

"Then how do you feel," soal saya.

"Like shit!," jawabnya.

"Apa satu faktor pendorong awak terpikat dengan pengkid?," soal saya lagi.

"Sexual orientation," katanya.

Sexual orientation maksudnya, nalurinya tertarik dengan kaum sejenis.

"Saya pilih pengkid 'jahat', means nakal. Pengkid hardcore umur less than 30 years old, colored hair, piercing dan saya memang tak suka pengkid jenis layan perempuan secara lembut"

Dia akur, dia menceburi perhubungan 'terlarang'.

"Saya ada kawan dah 15 tahun dengan pengkid, macam husband and wife tetapi bukan dari aspek seksual. Both sides of the family tak kisah anggap dia orang best friend"

Sehingga kini mereka didakwa melayari kehidupan 'rumahtangga' bahagia.

"So memang awak tak kan kahwin dengan lelaki?"

"Memang saya tak nak kahwin bang," ujarnya.

Berikut alasan dikemukakannya.

"Saya tak sanggup menerima risiko sekiranya perkahwinan hancur kerana kecurangan lelaki. Apa pun, pengkid sama, they cheated on us too"

Sambungnya ...

"Ada kawan saya gila sebab she has lost most of her memories due to severe brain damage, that pengkid beat her to death"

Rakannya itu dilaporkan meminum minyak tanah, semata-mata untuk dijadikan alasan to escape dari Hospital Bahagia di Tampoi, Johor.

"Seks pakai gadget ke?" tanya saya.

"Saya tak! Kawan-kawan saya ada pakai sex toys," celahnya spontan.

"Bernafsu tak kepada lelaki?"

"Tak ada," jawabnya.

Dia mendakwa kehiangan nafsu terhadap lelaki sejak menuntut di sekolah menengah.

"Saya cuba tetapi tak boleh lah. Macam mana nak cakap eh? Some of my ex-boyriends kata, saya tak ada perasaan terhadap dia orang. Pengalaman pahit, melihat kawan-kawan lelaki mencurangi girlfriends dia orang," jelasnya.

Lalu saya ajukan soalan terakhir ...

"Pernah tak rasa bersalah terbabit dengan hubungan songsang?"

"Bersalah tak ada tetapi menyesal ada. Saya nak keluar dari dunia ini tetapi tak nak jadi straight," jawabnya.

"Melayan diri sendiri sampai ketua lah ni?," soal saya.

Dia tertawa.

Entah mengapa, hati kecil saya berbisik, dia mampu berubah.

God, help her.

17 ulasan:

  1. Aminnnn..... moga doa dimakbulkan.

    Sungguh sedih mendengar/membaca anak bangsa kita menjadi sehingga ke tahap itu.

    Moral yang rosak, sungguh ngeri jika mengenang itu terjadi kepada anak, adik atau saudara mara kita sendiri..

    Kesian ibubapanya.

    BalasPadam
  2. insyaAllah boleh berubah, kuat dengan azam. tapi perlu juga kepada bimbingan orang sekeliling..

    semoga beliau mendapat sinar hidayah dan ada hero datang melamar. :)

    BalasPadam
  3. Sama2lah kita doakan agar dia kembali ke jalan yang benar.

    BalasPadam
  4. insyAllah, kalau usaha untuk berubah tu ada, insyAllah Allah akan bantu dia..

    semoga mendapat petunjuk..

    BalasPadam
  5. ishh.. dia mampu berubah, kalau ada orang yang boleh bimbing dia. dan orang macam tu dah tak ramai. Lebih ramai merosakkan dari membaiki keadaan.

    BalasPadam
  6. bila sudah insaf..
    menjadi aset berguna menarik kawan2 yang lain..

    BalasPadam
  7. perlu bimbingan, teguran serta doa keluarga

    semoga dibuka pintu hatinya untuk berubah, masih muda sayang hidup dipersiakan

    BalasPadam
  8. Insyaallah dia akan berubah...sama-sama kita doakan

    BalasPadam
  9. semoga gadis ini akan kembali ke jalan yang di namekan normal...
    yang penting hati dia ingin berrubah kan dirinye...

    BalasPadam
  10. Yang penting dah ada nawaitu... insyallah ada jalan nyer...

    BalasPadam
  11. kat sebelah opis sy..ada pusat pengajian tinggi swasta..yang gadis mau jadi lelaki..yang lelaki mau jadi gadis..xsemua..tp segelintir sahaja..membuat sy terfikir..apela nak jadi..sayang sekali krn mereka masih muda..moga mereka berubah ke arah yg lebih baik..:)

    BalasPadam
  12. dia cuma kecewa tak dapat kasih sayang sebenar. need a lot of attention. bukan mengada2 tapi kalau nak suruh dia berubuah orang yang bimbing dia perlu berperibadi mulia .
    semoga sedar.

    BalasPadam
  13. Ramalan abang Mazidul menjadi kenyataan. Hehe

    BalasPadam
  14. semoga hatinya terbuka untuk berubah ke attitude positif.

    BalasPadam
  15. Tlglah dedahkan isu ni di 999...terlalu bnyk sgt dah dalam Malaysia ni..baru2 ni akhbar harian metro pun dedahkan tentang Pengarah Syarikat yang baru tersedar setelah bertahun menjalinkan hubungan songsang ni...Kita boleh menangkap bila lelaki dan perempuan bukan muhrim tinggal serumah atau di hotel sebab nampak sngat maksiat TETAPI bila jenis mcm ni,mcm mana nak kenal..tolonglah dedahkan,bnyak suami,mak bapak dah merana di sebabkan ni...tanda2 akhir zaman...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.