Sabtu, Januari 22, 2011

Mati Memegang Botol Chivas

Jam 2.16 pagi tadi, saya rakamkan gambar berikut ketika menaiki kenderaan dipandu rakan, 'longkai', berusia 35 tahun, Baretta.


Longkai, istilah digunakan merujuk kepada individu bertugas menunda kenderaan terbabit dalam kemalangan jalanraya.

"Sebelum ini ramai nampak ada benda duduk di tepi jalan, melambai-lambai dan setiap kali itu kenderaan dipandu terbabas di corner ni," jelas Baretta.

Saya terpegun mendengar dia berkongsi pengalaman menjadi longkai sejak 15 tahun lalu.

"Kejap lagi kita lalu di jalan, kami, longkai panggil 16 palang 1. Tahun lepas, kereta BMW terbabas, 3 mangsa berjaya ditarik keluar, seorang lagi terbakar dengan kereta dia sekali. Dia anak datuk dan masa jumpa mayat,  dia tengah pegang botol arak, Chivas," ujarnya lagi.


Kami meneruskan perjalanan, kurang 1 kilometer, Baretta berkongsi satu lagi pengalamannya.

"Di sini, 5 tahun lalu, lelaki berketurunan sikh tercampak keluar ikut cermin depan. Kereta dia terbabas ke kiri jalan. Bila saya tengok mayat dia, terus saya muntah," katanya.

"Mengapa?," soal saya.

"Kepala dia terputus dekat rahang mulut. Dia mabuk masa kejadian berlaku," jawabnya.

"Itulah, setiap kali polis trafik membuat operasi tengah malam, especially pada hujung minggu, anggota selalunya akan memasukkan sikit kepala dia ke dalam kereta nak mencium samada ada bau arak atau tidak. Kalau ada, pemandu akan diarah meniup mesin breath analyser untuk mengesan kadar alkohol dalam badan," tambah saya.

Baretta mengiyakan kenyataan itu.

Dari Petaling Jaya, Selangor kami menuju ke Sunway Mentari Business Center. Tiada kemalangan jalanraya di lokasi terbabit. 

"Jom kita usik," cadang saya.

"Jom," kata Baretta.

Lalu kami membuat lintas hormat di celah deretan kereta diparkir pengunjung pusat hiburan. Saya mengeluarkan kamera Canon G9, menjadi sahabat saya sekian lama dan merakamkan gambar di bawah.


"Nyah! Nyah! Toleh ke belakang, botak tu nak ambil gambar kita!," jerit 'gadis' berpakaian seksi dan seksa serba putih.

Lalu didengari rakan setugasnya ini.


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kawasan sama dijadikan port kelompok mak nyah atau pondan mencari makan. Mereka mundar-mandir berjalan menghampiri pelanggan pusat beronggeng.

Saya yakin kegiatan pondan itu diketahui masyarakat setempat tetapi barangkali sukar untuk mereka bangun pada jam 3 pagi untuk mendekati sekaligus menasihatkan pondan memberhentikan kegiatan terbabit.

Sebentar tadi saya menghubungi penerbit 999.

"Jom!," ujar Shahnun Hanif.

Apa tindakan anda ingin kami lakukan kepada mereka?

Tolong cadangkan.

15 ulasan:

  1. Cadangan?

    ajak beroggeng laaarrr...!
    hahahaha gurau je. Abaikan.

    Mungkin tangkap, tengok MyKad. Jika rakyat asing, tengok permit. Tugas biasa la agaknya ni, kan?

    Or, interview dari hati ke hati. Tanya cemana leh terjebak.
    Or biar dia luahkan isi hati samada dia benar-benar bahagia dgn kerja dia sekarang...

    Sekadar cadangan.

    BalasPadam
  2. Aslkm

    Saya ada juga terjumpa mereka ni, tapi kenapa saya yg takut? Lemahkan saya ni...pendpt Azie tu cantik...

    BalasPadam
  3. mati pegang botol arak... minta dijauhkan tuhan!

    BalasPadam
  4. tak reti nak mberi cadangan.. tp sebu perut baca pasal accident tu... huhuuu.. takut..

    BalasPadam
  5. Azie, kami tidak memiliki kuasa menangkap. JAIS? Kalau hendak mengambil tindakan, pasti sudah lama dilakukan.

    Kami cuma ada, kamera, cordless microfon dan beberapa wartawan berani menempuh cabaran.

    Part interview dia orang, saya amat bersetuju tetapi pastinya tanpa mereka sedarikan?

    Kalau saya keluar dari kereta dan menyapa mereka, apa bakal berlaku?

    Nak tengok? Hasilnya akan disiarkan di ending credit program 999, minggu hadapan? Boleh?

    BalasPadam
  6. diorng ni suka tak kalau diajak berbincang pasal mekap, baju, kasut, handbag.

    atau pasal botox, susuk, plastic surgery untuk memantapkan diri?

    teringin juga nak tahu kerja mereka di waktu siang, background di zaman kanak-kanak, background family dan macam-macam lagi.

    tapi, boleh ke kalau kite nak tau?

    BalasPadam
  7. kalau dah mabuk tu mesti memandu dengan laju, dia mati sensorang takpe tapi jgn melibatkan orang lain yang tak mabuk ni..

    mesti gempak kalau MAS berurusan dengan si nyah tu

    BalasPadam
  8. Bro Mazidul,

    U guys boleh pergi ke sana, sambil membawa risalah/pamplet tentang penyakit bawaan seks rambang(STD, dan sebarkan kepada mereka.Ini lebih kpd tindakan mendidik.

    Tiba masanya u guys gegarkan JAIS, local police, persatuan penduduk berhampiran,majlis perbandaran and any NGO(yang melambak di Malaysia ni), sama sama buat operasi bersepadu, secara istiqomah.
    Ini pula tindakan penguatkuasaan. Kalau selalu kena serbu, dan majlis bandaraya setempat pasang lampu terang2 disitu, mungkin aktiviti mereka boleh diminimumkan .

    BalasPadam
  9. tuan mazidul kalau nak berdahwah dan sedarkan org kena banyak bersabar,sbb benda ni makan masa yang lama lainla kalau hukuman berat dikenakan kepada mereka,baru mereka takut.tambahla pula sekarang ni barang mahal,org dh tk pikir panjang lagi nk dapat duit secara mudah bagi yang tak de iman.

    BalasPadam
  10. Tuan Man, majoriti kita gemar melihat dan berlalu.

    Tujuan kami di 999 hanya untuk memberhentikan kegiatan itu daripada berleluasa.

    Jika pihak berkuasa menjalankan tugas mereka secara konsisten, saya percaya tidak lah pondan terbabit secara terang-terangan boleh 'bersidai' setiap malam.

    Jabatan agama hanya boleh menuduh mereka di mahkamah syariah kerana berpakaian tidak senonoh, itu sahaja dan tiada tindakan lebih tegas.

    BalasPadam
  11. kadg2 kesian tgk diaorg..

    ada gak nampak pondan2 yg da tua..kesian gak..

    tp pucuk pangkal ati diaorg..samada nak berubah atau x..

    BalasPadam
  12. semakin di tangkap semakin ramai macam gak gro dari negara luar..hairan macam mana mereka senang sangat di benarkan masuk ke negara ini

    BalasPadam
  13. kepada mereka yang duit banyk,masa banyak dan tiada kerja boleh buat kerja ini...


    kelaur pagi2 buta.
    nasihat dan bagi kauseling.

    sebagaimana kerja orang Tablihgg..yang keluar negara mendakwah orang..

    jihad juga kan?

    BalasPadam
  14. hurm ngerinya...harap mati dalam iman.
    tentang nyah tu saya takde idea tp saya percaya your team can do!

    BalasPadam
  15. slm,bagi sy penguatkuassaan yang berterusan,kesedaran dan cakna di kalangan masyarakat setempat, menyebabkan golongan ini tak dpt cari makan dan kemudian mereka akan mencari alternatif lain untuk hidup...paling penting penguatkuasaan yang konsisten dan aduan orang ramai dapat mengenal kawasan operasi yang baru, pelanggan pulak akan pikir seribu kali sebelum pergi, sebab risiko tinggi..seperti kes mat rempit dengan penguatkuasaan yang berterusan lama-lama kegiatan tersebut akan hilang..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.