Siapa tidak mengenali Low Yat Plaza di Kuala Lumpur, syurga pelbagai perkakasan dan perisian komputer dan juga telefon bimbit.
Samada semua barangan dipasarkan asli atau sebaliknya, anda harus teliti sendiri.
Sewaktu ke plaza terbabit tengahari semalam, saya ditegur lelaki pekerja di gerai menjual peralatan teknologi maklumat, Fiedacom Technology.
"Abang orang Kuantan kan?," soal Nik Ubaidillah.
"Tak," jawab saya.
"Orang Kuantan, kan ...," ujarnya lagi.
"Tak," balas saya.
Ya! Saya pernah menuntut di Kuantan, Pahang tetapi bukan orang negeri terbabit.
Akhirnya, dia akur.
"Bang, ini satu satunya syarikat 100% milik bumiputra," celahnya.
Berikut gambar Nik bersama rakan setugasnya.
Sabil, rakan saya di sebelah kiri sekali dan Nik berdiri di kanan sekali.
Terus-terang, saya berasa amat berbangga apabila mengetahui kewujudan syarikat milik bumiputra bersaing bersama peniaga bangsa lain.
Sebelum singgah di gerai mereka, saya secara rawak menemui lelaki warga asing duduk di satu daripada gerai di tingkat 2.
"If you don't mind, I have a question to ask. What type of visa are you using while working here?," soal saya.
"Oh! I am just visting, a student," jawabnya.
"Ada apa saya boleh tolong?," celah lelaki lebih tua duduk di bahagian belakang.
"Tak ada apa, saya tanya dia," kata saya.
Ketika berada di gerai Nik, pekerja gerai bersebelahan juga warga sama, Pakistan lalu saya menghampirinya.
"I am a final year college student, working part time only," jelasnya.
2 kali saya mengulangi soalan itu namun pekerja berusia 23 tahun terbabit gagal menjawab. Dia juga dilaporkan tidak pernah menghadiri sebarang sesi kuliah sejak bekerja di gerai terbabit sejak setahun lalu.
Hampir 2 jam berlegar-legar di plaza terbabit, saya berkunjung dari satu gerai ke gerai lain.
"Di sini ada orang Melayu buatkan visa pelajar untuk dia orang bang, RM7,000 satu. Orang dalam juga buatkan," dakwa pekerja lelaki tidak saya kenali.
Jika dakwaan itu benar, tidak hairanlah mengapa ramai warga Pakistan bekerja di plaza terbabit.
"Kalau Jabatan Imigresen nak serbu, buat operasi di tingkat dua, tiga dan empat," tambahnya lagi.
Saya kemudian meneruskan perjalanan.
"Bang, lelaki Pakistan tua tadi tu bising-bising," ujar pekerja lain.
Pantas saya bergerak menghampirinya.
"Saya tahu you dah jadi penduduk tetap, so apa masalah? Salah ke saya tanya tadi?," soal saya.
Lelaki berjalan di tengah itu dikatakan antara 'taiko' Pakistan di Plaza Low Yat, itu maklumat disampaikan kepada saya.
"Kalau you rasa saya salah, bagi tahulah apa salah saya. Saya lahir di Malaysia, berstatus warganegara," kata saya.
Pantas dia menghulurkan tangan memohon maaf.
Fikiran saya sudah semak setiap kali bertemu warga asing berstatus penduduk tetap, ego mereka berhubung status itu terlalu tinggi, kononnya menganggap Malaysia ini negara tumpah darah mereka.
Berikut antara gambar pekerja Pakistan kini membanjiri plaza sama.
Saya berharap penguatkuasa Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menjalankan operasi memeriksa dokumen perjalanan pekerja asing terbabit dengan kadar segera.
Beberapa minit kemudian saya dihampiri, pengawal keselamatan wanita. Dia mengajak saya menemui pegawainya di tingkat atas plaza sama.
"Di dalam kawasan ini, tak boleh ambil gambar. Nanti kalau pemilik bangunan dari Singapura dapat tahu, saya kena marah," ujar beliau mesra.
Pegawai keselamatan terbabit mendakwa bekas pegawai polis.
"Tuan, membawa kamera dan merakamkan gambar, dua perbuatan berbeza," balas saya.
Dia terus meleteri saya.
"Saya takutlah, keluar dulu ya," celah saya.
Saya melangkah keluar dari pejabat beliau selamba.
Sorry Tuan!
Isu lambakan pekerja asing dari Pakistan menggunakan dokumen mengelirukan, satu isu berpanjangan. Jika tidak saya cungkil, adakah sesiapa sanggup membongkar?
Sebab itu, I have been doing the dirty job biarpun usaha itu kadangkala dikecam dan dikutuk pelbagai pihak.
Malangnya, pihak sama hanya berani bercakap di belakang sahaja.
"Kalau bro tak buat macam itu, siapa lagi?," soal Sabil sewaktu dalam perjalanan balik ke Petaling Jaya.
Ya! Siapa lagi? Kalau tugas wartawan dihalang, bagaimana masyarakat mampu memperolehi berita sebenar?
kat lowyat rata2 semua pekerja bangla...
BalasPadamklu sudi jom baca entri terbaru saya.. "bertudung tapi berbogel"
http://adan-akudandiriku.blogspot.com/2011/01/bertudung-tapi-berbogel.html
Salam, tahniah tuan atas usaha tuan membongkar isu ini...Saya tidak fikir ianya kerja yang mudah. Tuan berdepan dengan pelbagai risiko terutama sekali keselamatan diri...tp saya tengok tuan nie berani la... ada ilmu mempertahankan diri kut... apa pun tahniah dan teruskan usaha :-)...
BalasPadamSecara peribadi saya kagum dgn saudara. Berani membongkarkan segala kejadian. Tak ramai yang mempunyai sikap seperti saudara...(berisiko tinggi) Semoga niat murni saudara merungkai segala kejadian seterusnya akan sentiasa di lindungi oleh Allah s.w.t.
BalasPadamLambakan diorg nih betul2 membimbangkan semua...
BalasPadam**en. mazidul dgn tersenarainya sy di dlm list blog en. mazidul, ramai yg dtg jenguk ke blog sy! ihik2! terima kasih x terhingga sy ucapkan pd en. mazidul :)
~tice su@cikgu su~
salam
BalasPadamsaya dah lama follow blog bro mazidul..dan saya tertarik dengan isu ini!
2 tahun lepas..saya pernah ke plaza low yat..dan saya perhatikan..majoriti peniaga di sana adalah cina..saya x kisah itu semua..sebab malaysia..
namun tahun lepas..bile saja jejak plaza itu lagi setelah 2 tahun..saya dapati keadaan sangat berbeza..malah saya terkejut bila saya lihat rata2 peniaga di sana adalah warga asing!!malah ada dikalangan orang melayu yang bekerja dengan warga asing yang mana warga asing tersebut adalah empunya kedai di plaza tersebut!
saya menyokong 150% jida bro boleh kupas itu ini dan bawa isu ini ke perhatian pihak berwajib.
tidak cukupkah usahawan warga tempatan sehingga terlalu ramai warga asing yang dibenarkan sewenang2nya berniaga di plaza terbabit?????
Member saya pun ada je kedai kat situ M3tech, melayu juga. Apa2 pun teruskan mendedahkan semua ni. Semoga Allah bersama tuan.
BalasPadamteruskan abg mazidul...
BalasPadamberani kerana benar..:)
Assalamualaikum
BalasPadamSaya setuju bang!! urge Penguatkuasa supaya buat spot check kt diaorang ni! cari rezeki kat malaysia, tetapi, sangat2 berlagak dan tak tahu malu menumpang di negara orang! I am sick of it!SYABAS untuk kupas isu ini
saya sokong!
BalasPadamOrang Dalam? Ya, Ringgit & Sen mengaburi mata...
BalasPadamCongrat..Akhirnya tersurat juga apa yg tersirat sebelum ni..Bab taiko tu yang best..Haha.
BalasPadamSaya sokong ape yg en mazidul cube dedahkan ini..negara kite skrg ni dah jadi tak selamat.pergi kemana2 je ade warga asing..keselesaan n keselamatan diri betul2 rase terancam..saya pun pernah beli leptop kat low yat baru2 ni tp saye juga telah ditipu.saya beli leptop baru tp rupenye saye diberi leptop second hand..betul2 emosi...huhuhuhuhuhu..En.Mazidul tolong la buka mata pemimpin kite mengenai lambakkan warga asing ni..saya memang hangin dengan warga asing yg berlagak dgn kerakyatan tetap ni..mmg tak sedar diri la diorg ni..
BalasPadamTeruskan perjuangan abang mazidul... Usah gentar dengan ujian yang sedikit. Walaupun ada yang mengecam abang mazidul, tetapi ramai yang menyokong abang mazidul dibelakang.. So, teruskan pembongkaran...
BalasPadamTahniah EN Mazidul, biar banyak pihak buka mata...jangan nanti kita merempat ditanah air sendiri..teruskan usaha anda itu..
BalasPadamTahniah En Mazidul. "Orang dalam" yang dimaksudkan itu patut dicari. merekalah pengkhianat negara.
BalasPadamNaik semak pemikiran kita dengan kebolosan pihak imigresen Malaysia hingga mengakibatkan kebanjiran warga asing sejak akhir2 ini - macam tiada kawalan langsung.
BalasPadamSaya rasa pihak imigresen ni memang tak buat kerja atau mungkin suka makan gaji buta kot?
BRO, saya kerja hampir area itu lebih 9 tahun. Itu pemandangan biasa (kerana saya tiap bulan ke situ utk bayar bil).
BalasPadamMemang agak muak dgn karenah berlagak segelintir orang2 Pakistan nih.
Isu tangkap gambar?
Saya sendiri pernah kena, semasa nak snap gambar tarian singa dlm bangunan itu. Security tu warning saya. Adehhh... geram sebab saya bukan warga asing.
Cuma harus juga dipuji, di Low Yat, segala jenis gadget, dari besar sehingga sekecil-kecil, banyak pilihan di sini dan boleh tawar menawar. Itu kelebihan Low Yatt yang sentiasa menjadi tumpuan.
BalasPadamSatu lagi pembongkaran..
BalasPadamtahniah utk team dan bro mazidul khususnya..keep it up, dont let the outsiders 'comfortable' the truth is there
Tahniah! Pembongkaran of the year! Minta2 pihak Imigresen segera rush kat Low Yat!
BalasPadamBetul.. memang ramai bangsa ni yang berniaga kat situ.
BalasPadamSaudara MAS
BalasPadamboleh la berharap untuk Jabatan Imigresen nak buat serbuan...
Imigresen nie tunggu orang repot, baru nak tindak...itu pun kalau perlu...ada ketika, bila direpot, tiada tindakan..
Jabatan Imigresen nie tak ada unit risikan...ada serbuan ja, tak risik, camana nak serbu!!!
kat ampang tu, dah berkoyan repot ramai warga uzbekistan ka apa stan tah la siap bawak anak cucu cicit atuk nenek, tak kan semua pelajar kolej kejururawatan kot...
NTAH la...
yang mencemuh pulak tu bangsa sendiri, amat menyedihkan...
BalasPadamsaya rimas nak pegi loyat sebab ramai pekerja warga asing macam diorang la. kadang2 tengok orang macam nak makan. tampar kang!
BalasPadamteruskan usaha ini tuan. jangan kita jadi asing di bumi sendiri.
BalasPadamhidup mazidul dan karam singh.
Megahnya warga asing d negara kita..
BalasPadamsakit mata..
sakit hati..
sakit jiwa..
tgok lagak diorang nie
Saya pernah beli laptops dengan warga Pakistan yang berniaga disini.
BalasPadamMereka tak sombong macam kaum yang monopoli kat Low Yatt.Ilmu mereka tentang ICT memang hebat.
Dulu Low Yatt tempat software cetak rompak.Sekarang dah bersih.
saya tidak seberani saudara mazidul, tp da terlanjur baca entry ni saya nak tahu adakah warga asing (pakistan) contohnya bole jadi seorang pemandu teksi di KL?
BalasPadamBulan February 2010, saya telah ikuti training di KL dan berulang alik dari Hotel Chorus ke Hotel De Palma di Ampang selama 2 hari. kedua2 hari tersebut saya telah ditakdirkan untuk menggunakan khidmat teksi yg dipandu oleh warga pakistan.
saya cuma ingin tahu saja, jika saudara mazidul bole membantu. terima kasih
saya tidak seberani sdr mazidul, tapi saya ingin tahu adakah warga asing (contohnya pakistan) bole menjadi seorang pemandu teksi di KL?
BalasPadamFebruari 2010 yg lepas saya berkursus di KL dan perlu berulang alik antara Hotel Chorus dan Hotel D'Palma di Ampang. Secara kebetulan saya menggunakan khidmat teksi yg dipandu oleh pemandu warga pakistan sepanjang kursus 2 hari tersebut. Dia tak tahu berbahasa melayu, kami berbual guna bahasa Inggeris.
Tak faham juga... kenapa negara kita kebanjiran warga asing? Kita terlalu longgar ka? Tak baguslah macam ni... nanti lama-lama kita akan jadi golongan minoriti... errkkk..!
BalasPadamBro,
BalasPadamBukan dekat Low Yat je bersepah warga asing... Dulu sewaktu tahun 80an warga asing takut bila tersempak dengan polis...sekarang dia orang buat selamba je... Ada sesuatu yang tak kena dengan jabatan atau pihak yang berkenaan dinegara kita ini... Mereka kena buat sesuatu sebelum terlambat.....tapi sayangnya resam kita dah terantuk baru tengadah..
selalu kesana dah jd seolah kita kat banglades dah huhuhu...
BalasPadamteruskan kerja dan usaha dlm bidang utk membuka mata pihak berkuasa
Sambal Hitam Pujaan Hati Ku
setuju bro...kadang-kadang malas dah nak jejak ke lowyat tu sbb penuh dgn org bangla dan pakistan je...rimas...
BalasPadamkena buat serbuan berkala kat situ..kalau tak makin naik lemak diorang tu
sekiranya pergi lowyat, saya akan beli barang2 dari penduduk tempatan. tak kira bangsa apa yang penting dia warganegara. ok next time saya singgah kedai orang Melayu tu.
BalasPadamdulu diorang ramai kat Jln TAR, jd shop assistant and duk promo tudung.
BalasPadamlast year masa i balik Mesia, tengok dah berhijrah pergi LowYat pulak. Cepat betul!
dah terang lagi bersuluh..lepas ni harap-harap ada la pihak yang berkenaan mengambil tindakan
BalasPadamsalam,baik ada buruk pun ade.buruk nye yg mcm sekarg ni lah yg sedang kite bincangkn tp ada segelintir yg ok n jujur dgn customer..kdg2 melayu kita pon tipu jugak..repair laptop kat pakistan cas 150rm melayu cas 400-500rm gile ke?problem yg sama..tp mmg pun semak tgk diorg banyak sgt.setuju dgn gadis bunga diorg kalo tgk pompuan mmg macam nk makan?!tp org melayu kita pun nak keje malas mcmana?siapa kata takde job kat plaza tu org kite pon sape2 yg takde job tu try2 lah cr kat situ lg2 lps ni bnyk job kosong coz everything reveal ready kan?bukan nak ckp@support mana2 pihak of coz sy sokong bangsa sendiri tp maaf kata org melayu bila keje datang lambat gaji nak besar rm1200-1500 pasal IT PLAZA tp nak duduk saje org pakistan gaji murah rm800 boleh keje dr pukul 10-10mlm.kalo melayu nak masuk 11-balik 9pm dah start kemas nak cabut(mc pun kuat)..lepas tu bila kene buang kecoh ini itu..abis mcmana?barang pun pakistan jual murah dr cina dan melayu..tp kene survey betul2 xkurang juga yg ambik kesempatan kalo nak cr kene survey dr bawah sampai atas.papehal sume tu terletak pd kita sendiri mana lebih baik..
BalasPadambang selokar jer kow yat tu...tak kira la owner nyer sapa..kalo cakap satu malaysia tapi bangsa kita ajer takpa ramai2 keje dalam tu..india china,khadazan,mukah,asli,rawit ini rakyat luar pulak kejer kat situ...
BalasPadamorang melayu kita ni kalo pergi lowyat support 100% layan jer bangla2 tu...kononnyer kita ni bersopan santun la...berbudi bahasa..orang asing datang kita kena senyum lagi...buat2 takper...
kalo ramai2 orang melayu datang herdik mamat2 ni..macam tak matang pulak...
by the way saya mengunjungi lowyat seawal tahun 2003...masa tu tidak ramai bangsa2 ni..perkakasan it pun xbanyak di sini...so tak hairan la...skarang ni kal pergi saya tengking2 ajer derang ni sikit..biar dia tahu ade rakyat malaysia yang lebih pakar IT dari dia macam saya..kita nak barang lain dia nak jual barang lain pulak....
Lepas ni pegi sergah kat Masjid India Pulak. Saya pernah duduk semeja dengan warga Pakistan. Dia kata dia ada 15 kedai dekat area Masjid India. Banyak tuuu.......
BalasPadamsaya bukan nye nak berpihak di mana2... cuba difikir2 kan balik apa kah punca nya kebanjiran warga asing di sini... kelemahan siapa? ... well bukan semua warga asing tu teruk malah ade yg baik dari pengalaman saya....
BalasPadam