Lihat gambar berikut, dia tersenyum gembira.
2 jam kemudian wajahnya berubah, begini.
Mengapa?
Jika ditarik telinga, bakal janggal kelihatannya kerana lelaki warga India terbabit berusia 25 tahun. Malangnya tanpa tindakan dia berdegil, terus menipu pengguna biarpun saya pernah memberi amaran kepada dia dan majikannya sebelum ini, baca di sini.
2 minggu lalu kumpulannya diterjah 999 dan mereka memberhentikan operasi mengutip bayaran parkir secara haram buat seketika.
Hari ini sebaik tiba di pekarangan Cova Square, Kota Damansara, tingkap kereta saya diketuk bertalu-talu, pantas saya membuka pintu.
"Parking bayar, 2 ringgit," arahnya.
"Saya tak nak bayar, awak nak buat apa? Ada lesen kutip parking?," soal saya.
Dengan bangga dia mengeluarkan salinan didakwanya lesen dikeluarkan MBPJ.
Bertujuan memastikan kesahihan dakwaannya, saya menghubungi pegawai penguatkuasa MBPJ.
'Penguatkuasa on the way ke lokasi', pesanan ringkas dihantar kepada saya. Jam 8.15 malam, 6 penguatkuasa diketui Mohd Kashfi Isa tiba di lokasi dan menjalankan soal siasat.
"Ini salinan lesen parking di basement bukan di kawasan ini," jelas Kashfi.
Hah! Ternyata kumpulan sama cuba menggunakan muslihat berbeza bagi mengelirukan pengguna namun kali ini muslihat terbabit memakan diri mereka.
"Dulu masuk Malaysia guna permit apa?," soal saya kepada pekerja.
"Ladang kerja, 1 bulan saya berhenti," jawabnya.
Jelas dia menyalahgunakan permit kerja sekaligus bercanggah dengan Akta Imigresen 1959/63. Lantas penguatkuasa mengeluarkan saman buat kali ketiga, menyita papan tanda serta kaunter di kawasan sama dan menghubungi pihak polis.
Tepat jam 9 malam, 2 anggota polis menaiki kereta peronda tiba di lokasi dan menahan lelaki terbabit.

Salam ... tak habis2 ... nak mencari rezeki boleh tapi ikutlah syarat diberikan. Bila dah salahguna begini, rezeki yang halal dan jadi tak. Aduhai ... kenapalah tidak mahu bersyukur?
BalasPadamRamai mamat buat suka kutip kat parkir .... pandai kutip duit .tp tak buat keja ....
BalasPadamini macam punya orang pun ada ka?
BalasPadamHarap cik Mazidul teruskan berjuang! Terasa macam makin selamat rasanya
BalasPadammesti tokey dia ckp "alamak lu mat, lu salah ketuk tingkap keretalah..yg lu ketuk tingkap mazidul buat apa"...hik hik,...
BalasPadamBagus, moga lebih ramai rakyat Malaysia bersikap macam ni, termasuk saya sendiri. Sokong.
BalasPadamSyabas! Saya rasa Saudara Mazidul ini satu2 nya rakyat Malaysia yang mempunyai keistimewaan atau 'aura' yang dihormati sebagai pencetus atau pemangkin kepada tindakan pihak penguatkuasaan undang2 / pihak berkuasa tempatan. Tiada orang lain yang begitu prihatin dan berani seperti saudara.
BalasPadamCuba kita fikirkan banyak tindakan dapat digerakkan akibat dari sikap prihatin saudara Mazidul, walaupun agak 'kasar' sedikit terhadap seseorang 'pesalah' terutamanya warga asing, tetapi amat berbaloi.
Teruskan usaha murni saudara, walaupun 'dibenci' kerana usaha anda amat terpuji dan saya bagi mewakili semua rakyat Malaysia amat memandang tinggi usaha2 itu dengan penuh keikhlasan hati.
Bro. DOl, memang best bro buat 'pembersihan' di kawasan sendiri. Tahniah dan tabik 300 kali. Hari tu masa di sebuah Kopitiam, ada jugak terdengar begini " itu 999 punya orang kalau mari, itu gumuk botak punya orang maa..., lu orang cepat cepat bukak itu t-shirt sama name tag kuluar kedai pigi jalan -jalan, handphone talak tinggal, dia suda pigi saya contact awak mari balik kerja...".
BalasPadamP/s - ingat tahun ni nak calonkan Bro jadi YB Kota Damansara lah... amacam? Boleh sita restoran macam di Penang dan di Ampang.
The Red Rambutan, kalau bukan awak memuji siapa lagi eh? Ramai, bila kita buat menyenangkan hidup dia orang pun, masih mengecam tetapi bila disuruh membuat laporan pun kecut segalanya.
BalasPadamsaya rase bangga sbb saudara lantang dan menggunakan hak sewajarnya utk mempertahakan rakyat Malaysia dari ditindas dan ditipu oleh golongan2 ini...biasanya kalo saye kene camnih saye pergi cari parking lain..nak bertekak bini kat sebelah kang kene pape susah plak...kene calar keta pon lagi ssh..last2 pegi tempat laen ajer sng..syabas bro mazidul
BalasPadamtumpang tanya, macam mana rak report? kawasan tanah lapang yang sepatutnya parking percuma digunakan oleh entah sesiapa siap buat pondok lagi, sekali masuk rm3.
BalasPadamkawasan seksyen 14, Shah Alam. sebelah Maybank, Bank Islam.