Jam 3.46 petang semalam, saya merakamkan gambar Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, Sabah sementara menunggu wartawan bertugas mengeluarkan wang dari ATM Ibu Pejabat Maybank di bandaraya itu.
Entah mengapa hati tergerak menoleh ke arah pintu utama bank sama
sekaligus saya terpandang remaja ini ...
Dia sibuk mendekati pelanggan bank keluar masuk untuk menjual CD memuatkan 5 lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Pantas saya menghalakan kamera dan merakamkan gambarnya.
Dia terpandang saya dan mula kelihatan tidak selesa.
"Ambil lah gambar, masuk dalam surat khabar! Masuk dalam TV! Ambil! Ambil!," katanya mengejek saya dalam loghat Kedah.
Lalu saya menunaikan permintaan remaja mendakwa berusia 19 tahun itu dan mengekorinya.
Hairan, mengapa dia melarikan diri?
"Kamu belajar di sekolah mana? Sekolah mana mengajar kamu mengejek orang?," soal saya.
Namun dia terus berjalan sambil tersenyum sinis.
"Ambil lah gambar! Ambiiiiil!," katanya.
Sila klik gambar di bawah ini, lihat nama pusat pengajian diwakilinya, kemudian cuba Google. Mungkin sebilangan pembaca mengeahui isu kontroversi menyelubungi pusat terbabit sebelum ini.
Jauhnya membuat 'jualan amal', dari Kedah hingga ke Sabah?
Pusat Tahfiz terbabit beroperasi di Kedah dan mempunyai cawangan di Negeri Sembilan. Pelajar lelaki dan perempuan seawal usia 10 tahun dihantar antaranya ke stesyen minyak dan institusi perbankan di antara jam 9 pagi dan 7 malan untuk menjual pelbagai barangan, antaranya kalendar dan balm.
Benar. Ada beberapa pusat tahfiz yang mengeksploitasi (can I use that word?) pelajarnya untuk mencari dana.
BalasPadamDiharapkan tidak mencemarkan lain-lain pusat tahfiz yang bergerak aktif dengan cara yang benar dan tidak terlibat dengan cara sebegitu.
Mengejek sungguh menyakit hati, diejek lagi sakit hati...
jauhnya merantau mencari dana, habis bila masa mereka nak belajar
BalasPadampernah seorang kanak2 yang menjual vcd merayu minta kita membeli vcd jualannya, katanya jika tidak terjual dia akan dimarahi
di area kajang pun ramai yg datang ... siap ketuk rumah ke rumah dan menggunakan kanak-kanak serta remaja belasan tahun.. port mereka selalunya di stesen-stesen minyak..
BalasPadamsalam,
BalasPadameh kat sabah sekarang? bila boleh jumpa? banyak cerita sekarang ni... jumpa petang karang, tentukan saja di mana. ni no aku, 0138964008. Err, nak publish jugak ke komen aku ni?
kalau dr pagi sampi malam berjual..bila la masa diorang belajar??
BalasPadamHope, I can't answer your question tetapi kalau ditanya berhubung soalan sama, kata mereka ...
BalasPadam"Mak bapak kami tahu tentang apa kami buat dan mereka benarkan"
awat jauh depa merantau...huhuhhu..ade niat tersembunyi nie
BalasPadamJanganlah buat camtu. Mintalah yuran dengan ibu bapa pelajar. Ibu bapa yang nak hantar anak ke tahfiz kadang semata-mata kerana menguragkan kos pendidikan.
BalasPadamsebetulnya ada sebuah pusat perubatan yang anjur hal2 sebegini. bukan takat orang dewasa, budak2 pun dia orang pergunakan!
BalasPadamPernah jumpa jugak dekat stesen minyak hentian bukit merah. Bila cakap tak mau beli, dia cakap " takkan nak buat amal tuk jalan Allah pun tak mau"..saya yg malu alah, terus beli jugak....terkadang, kesian jugak kat diorang ni, nak belajar disuruh pula mintak derma..tapi sebagai orang awam, apa yang boleh kita buat, dimana nak buat aduan?, kalau buat aduan budak tu kena tangkap ke?...apa pihak berkuasa buat kat pentadbir sekolah?...persoalan yang tak terjawab..
BalasPadamPerkara semcam ini amat membosankan.
BalasPadamberselindung disebalik kerje amal tapi disebaliknya mencari keuntungan semata-mata pihak tertentu.
New Entry "Wabak Legionnaire di Bali."
jadi mereka ni aegn lah yang hantar?penipu ye?
BalasPadamhmm kesian mereka ye muda2 buat kerja mcm tuh..
rasanya klo nak cari dana pun pihak pengurusan yang patut laksanakan, bukan pelajar2 tersebut..aduhai kesian mereka..
BalasPadamTengok dari logo, sekolah yang sama yang saya pernah jumpa berkeliaran mintak derma. Mula-mula di Kelana Jaya. Lepas tu saya gerak balik ke JB, singgah di RnR Pagoh. Pun dari sekolah yang sama.
BalasPadamjangan buruk sangka.....tangan yang menberi lebih baih dari tangan yang menerima...
BalasPadamdalam alquran pun ada sebut orang miskin kalau meminta jangan di herdik..
wallahua'lam
Saya kalau berhadapan dengan budak-budak gini... Saya kesian. Saya bagi jer duit. Tapi niat tu kerana Allah. Dan saya tawakkal sebab saya tak tau apa sebenarnya yang patut saya buat. Lebih-lebih lagi kalau yang datang tu budak-budak yang innocent rupanya..
BalasPadamLexus, kita mencoret berdasarkan fakta.
BalasPadamKomen klise awak kekadang sekadar lontaran pandangan.
Cuba baca dahulu komen dan berita berhubung Sekolah Tahfiz.
Orang berilmu, dia membaca, berfikir dan kemudian berkongsi pengalaman bersama orang lain.
Siapa tidak tahu tangan di atas LEBIH mulia berbanding dengan tangan di atas?
Tetapi kekadang harus ditengok juga, tangan di bawah itu, tangan siapa?
Harap -harap bertaubat la manusia ni . Jangan la peralatkan kanak-kanak yang mentah dan tak tahu menahu..
BalasPadamTelah berzaman perkara ini berluasa kita temui; tak kira di stesen bas, stesen minyak gerai makan atau di mana saja... waima jika kita solat di masjid pun diekori manusia begini...
BalasPadamYang tak cantiknya kita gunakan agama untuk meminta simpati. Saya terfikir jujurkah mereka ini, seandainya tidak jujur apakah tak takut kut perbuatan begini akan berganda pula dosa yang bakal dibebani...
Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, itu bukan lagi urusan kita, kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang bertakwa. Pengemis/peminta/ fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah) ???
BalasPadam