Selasa, Januari 18, 2011

Sumpah Bang Aku Tak Mahu Datang Sini Lagi

Saya difahamkan pusat hiburan di Kota Kinabalu, Sabah harus ditutup pada jam 1 pagi setiap hari bekerja.

Bagaimana pun premis hiburan cukup dikenali di kalangan ‘kaki enjoy’ di ibu negeri Sabah itu dianggap hero dek sebilangan pengunjung.

“Biasanya dia tutup jam 4 pagi, selalu saya ambil customer di situ. Hairan, biar pun kerap melanggar peraturan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu berhubung masa beroperasi, masih ada juga orang mahu pergi ke situ,” ujar pemandu teksi.

Awal pagi tadi pusat hiburan sama diserbu 55 pegawai dan anggota Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Kota Kinabalu dan Ibu Pejabat Polis Kontijen Sabah.

Menghairankan, hampir 100 pengunjung berada di premis terbabit pada jam 2.40 pagi, hampir 2 jam selepas tempoh dibenarkan beroperasi tamat.

Teliti antara gambar saya rakamkan. 


Saya kemudian dihampiri lelaki bertubuh sasa, mendakwa bekerja di Water Front.

“Sumpah bang, lain kali aku tak mahu datang sini lagi, this would be my last time. Tempat ini dekat dengan IPD Kota Kinabalu dan biasa tutup lewat, ingatkan selamat”

Begitu ujarnya sebelum meneguk arak terus dari botol.

"Lagi pun tempat ini belongs to a very influential lawyer," tambahnya lagi.

Manakala 2 lelaki di bawah diberkas polis di tingkat atas premis hiburan terbabit sewaktu cuba menyembunyikan diri.


“Kami lari sebab di bawah umur,” kata mereka sewaktu ditemubual wartawan 999.

“Berapa umur kamu?,” soal Hazlin Hussain.

“Dua puluh satu,” jawab mereka.


Saya tertawa kecil memerhatikan gelagat remaja itu. Sejak bila 21 tahun dianggap usia di bawah umur?

Memang lawak, mereka ingat saya berusia 12 tahun, mudah dikelirukan?

Setelah menjalani ujian saringan air kencing mereka didapati positif dadah jenis Katemin, digari dan kemudian dibawa ke IPD Kota Kinabalu.


7 lagi lelaki lain berusia di antara 23 dan 27 tahun akan dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

3 ulasan:

  1. Memang tak serik-serik...

    yang berjanji tu dah serik betul ker?

    BalasPadam
  2. bg mereka itula keuntungan mereka..dan yang mendatang ni kdg tiada pemikiran..yang pelik ni yng muda belia tak cukup umur pon tah mcm mn boleh terlepas...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.