Rabu, Januari 05, 2011

Blogger Tidak Bertelur

          
Blogger tanpa tampalan, umno totok 98 menghantar komen berikut.
 
"mazidul ni memang jenis lebih sudu dari kuah, dia kalau interview mamat / minah yang ditangkap dalam operasi cegah jenayah yg dia sertai bersama sebagai wartawan, dia tanya macam CID interrogate penjenayah, nampak macam dia ikhlas dan sesal je atas kesilapan orang lain tapi aku berpendapat dlm hati kecil dia, dia ni tumpang seronok juga ambil tahu kesalahan orang dan mungkin teruja dan enjoy dalam diam dapat menyaksikan aksi2 18sx yg terhidang, sambil menyelam minum ayer la, lu acted mcm lu mamat sufi la mazidul mat keriau, rasa2nya lu lepaskan tak komen gua ni?" 
 
Hemat saya, dia blogger tidak bertelur! Sebilangan spesisnya juga pernah menerjah blog ini. Mana tidaknya, dia jelas gentar memaparkan identiti sebenar. Jenis haprak, baling batu sembunyi tangan.
 
Seperkara lagi andai dia diberikan peluang menemubual pelacur atau penagih dadah, belum tentu suaranya terkeluar.
 
Katanya "sambil menyelam minum ayer la".
 
'Ayer' ya?  Air apa? Entah-entah kalau disuruh menyertai operasi 28 jam, terkeluar 'ayer' kencingnya, menggigil.
Setelah 10 tahun menjalankan tugas sama, tiada keterujaan tersemat di dalam hati melihat segala kejadian sewaktu membuat liputan.
 
Tolong lah, tidak perlu menggunakan nama UMNO.

22 ulasan:

  1. Hikhikhik! tumpang nak tergelak baca komen cenggitu. Alahaiiii...

    BalasPadam
  2. Orang jenis mcm ni mmg hanya tahu bercakap je. Bila suruh buat baru tau langit tu tinggi atau rendah. Tak kena batang hidung sendiri boleh la. Tu pun kalau ada hidung. Agaknya mamat bernama "umno totok 98" juga ketandusan kasih sayang. Minta dibelai agaknya. Sudah la, kalau nak tolong tagak kan keadilan takpe, ini keje merendah dan memfitnah org. Terer la ko. Bomoh siam pun x terer macam ko. Ada telur tunjuk muka la kalau berani. Rumusan nya org2 mcm ni boleh dilabel sebagai "BACUL JALANAN"

    BalasPadam
  3. gelak je baca kat entri sebelumnya. sebab dia musykil sama ada komen dia tu akan disiarkan atau tak. huhuhu~

    BalasPadam
  4. tergelak baca komen tu...

    saya rasa dia yg lebih sudu dari kuah...pandai menyalak je disebalik keyboard...cuba tengok dia berani tak join bro pergi rush tempat2 panas tu...hehe

    BalasPadam
  5. alahai..
    kalau adanya pengundi hantu
    yg tu boleh dikelaskan sbgai pengomen hantu agaknya

    BalasPadam
  6. disiarkan dlm entry nok...hihii...

    org mcm ni mmg sentiasa ada dlm dunia ni

    BalasPadam
  7. umno totok 98? wah, aktiviti melacurkan nama parti politik memang sudah lama berlaku. biarlah, kambing takkan bisa menyalak melainkan hanya mampu mengembek-ngembek... :)

    BalasPadam
  8. kalau dia berani, mesti dia guna nama sendiri daripada bersembunyi dek nama lain~~

    BalasPadam
  9. haa..ha...ada gak orang macam ni...berani2 takut tu...

    BalasPadam
  10. Bro Dol, budak mentah lagi tu kot? umur mungkin dah tua, sebab cara ejaan dia mengikut ejaan -zaman Tun Razak jadi PM. Tapi itulah dia katak bawah tempurung, dia cuma menulis mengikut apa yang dilihat dalam tempurung. Jika dia seorang yang 'bertelor', bersemuka dengan Encik Mazidul dan cakap serta luahkan segala rasa 'tidak puas hati'. Bukannya baling bom sembunyi tangan. Harus diingat, zaman ICT sekarang, kita boleh menjejaki tempat anda berada, walau dalam kelambu sekali pun.

    Saya pun guna nama samaran (nama manja sebenarnya), tetapi sekurang kurangnya, Red Rambutan dan Encik Mazidul sudah beberapa kali bersuamuka bertepuk bertampar dan bergelak ketawa he he

    'Ayam laga' memang tidak bertelor, menang sorak pun tahi bertaburan

    BalasPadam
  11. mungkin dia tak ikut seorang umno berhaluan kiri
    kadang2 bile tengok mat2 rempit n minah2 pelacur atau Pati yang ditangkap tu...memang patut pon abg mazidul cakap macamtu kt diorang...

    kalau saya yg yang berada ditemat kejadian, mungkin saya akan bertindak lebih kasar lagi....geram...

    tak habis2 menyusahkan orang...(nasib baik saya bukan mazidul)

    BalasPadam
  12. penakut..siap guna nickname umno tu yang tak tahan...hadoyai..tah2 dia punteringin nak join serbuan tapi tak berkesempatan...

    BalasPadam
  13. Kalau mengikut kehendak dia ...

    "Sayang, jangan melacur lagi, tak elok tahu, rosak tubuh badan. Nanti kena HIV, punah segalanya"

    (sambil tersenyum)

    Ternganga-nganga gadis warga China.

    Barangkali dia tidak tahu sewaktu menyertai operasi, sebilangan penagih juga menghunuskan jarum sambil berkata ..

    "Aku HIV, datanglah dekat kalau engkau nak mati!"

    Kemudian reaksi saya ...

    "Brother, please, please. Jangan main jarum, nanti tercucuk jari, berdarah. Kena pergi hospital tahu?"

    BalasPadam
  14. http://fazzlies.blogspot.com/2010/12/profile-facebook-aku-kena-duplicate.html

    BalasPadam
  15. Biar ler dia meluahkan isi hati dia.... Negara demokrasikan... Pendapat memasing... Mungkin pada penilaian dia, abang mazidul macam tuh... but pada orang lain tak macam tuhh. Pada abang mazidul, usah biarkan pendapat orang lain mengubah cara kerja abang. Jadikan komen itu sebagai pendorong untuk lebih maju. Tak semua orang suka kat kita. Dan kita pun tak bole nak paksa orang suka kat kita kan?

    BalasPadam
  16. nah ambik hehe....bkn publish kt komen tp terus publish kt entry....biasa la spesies mcm ni diaorg tak pernah senang dgn kelebihan org lain..

    BalasPadam
  17. Ini mesti kes jeles. Sbb budak "BWB" tu mesti jenis yg layan GRO, layan PELACUR. Kalau tak, takkan dia nak marah org yang cuba nak kekang/banteras jenayag mcm tu???

    Visit Pondok Online

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.