Pelbagai nickname digunakan bloggers di alam maya.
Biar pun begitu, mereka tidak teragak-agak sekurang-kurangnya memperkenalkan identiti diri di ruang profil.
Top political blogger, Rocky's Bru juga kita tahu identitinya. Beliau editor akhbar The Malay Mail, Datuk Ahirudin Attan. Blog Rocky setakat ini dilawati lebih 14 juta pembaca.
Lalu tulisan beliau dibaca jutaan peminat sehingga sebilangan tampalan Rocky mampu menggegarkan beberapa pemimpin negara.
Namun kekadang kita diterjah segelintir blogger-tanpa-tampalan (blogger-without-balls), BWB, tanpa identiti. Jika menulis pun, barangkali blog mereka hanya dimuatkan berapa tampalan tanpa kredibiliti.
Adakalanya kita terdengar, haiwan antaranya kambing, kucing serta arnab (haiwan bertelur, memilik testicle) turut diberikan nama dek manusia dan diketahui jantina, jantan atau betina. Malangnya sebilangan bloggers, melontarkan komen berapi-api, berdegar-degar tetapi bermartabat rendah berbanding kambing, kucing dan arnab.
Mereka saya gelar, bloggers tanpa telur (khususnya lelaki).
Sikap mereka teramat buruk, penakut dan pengecut, hanya sekadar berani mencoretkan komen tetapi tidak berani memperkenalkan identiti.
Majoriti kita mampu dikritik dan menerima komen tetapi bukan daripada blogger BWB dayus!
Majoriti kita mampu dikritik dan menerima komen tetapi bukan daripada blogger BWB dayus!
Ammar Yasir ni nama sebenar saya... tidak guna nama lain. Mak ayah bagi nama ni cantik2 buat apa nak letak nama lain... betul tak Mazidul?
BalasPadamBRO, sebelum menceburkan diri dalam dunia blog, (ketika itu FB pun lum wujud), saya aktif dalam 2,3 forum dan laman sosial yg rata-rata saya tak kenal langsung mereka..
BalasPadamtapi saya pernah difitnah paling kejam dan paling hina (hingga dituduh skandal), dan memang sungguh pengecut orang itu. Tidak tahu apa motif. Syukur terbukti juga bila pengakuan dia menfitnah atas suruhan orang.
Tapi tidak mustahil mereka ini adalah orang yang cari kerja (mcm takda kerja lain). Juga tidak mustahil ada PROKSI di belakang mereka.!
mungkin mereka takut dilempar dengan telur busuk bila berjalan di luar kot....
BalasPadammacam cerita ali setan tu...
Yang macam tu hanya jadi bahan untuk aku delete2~
BalasPadamtak layak masuk ke ruang komen bila komentar lebih hina dari haiwan yang tiada akal~
tu takut nak menghadapi realiti,
BalasPadampatut rebus je telur tu hahahah
apa pendapat anda
Apa Maksud **** dan Lembunyerr
sokong en mazidul
BalasPadamtau sentap tapi xbrani lak nak tunjuk muka
huh
Macam mana nak kenal BWB ni?
BalasPadamTalian Nur
Stuju sangat dengan abang maizidul!!!
BalasPadamJom sini,
Back To School oyeah!
Salam Bro,
BalasPadamUsah layan sangat dengan org yg digelar BWB tue... buang karan je...
P/S: Semenjak 2 ni sukar masuk blog bro... kalau guna explorer 8 hang terus blog... ni tengah guna chrome... tapi tersekat2... hanya saya yg mengalami? Kawan2 lain bagaimana? sila feedback... tq...
amirul...combi pun sama jugak hang.adedeh :(
BalasPadamAgaknya telur mereka sudah tersangkut dan tertarik kedalam mungkin..
BalasPadamAmirul: Saya pakai firefox okay jer..
betul betul betul....! mereka itu sungguh memalukan diri sendiri. berlagak berani hakikatnya mereka benar-benar dayus! Mereka berani mencaci, berkata-kata kesat, konon pandai tapi tidak bermaruah!
BalasPadamhaha. agaknya diorg hanya pandai baling batu sorok tangan.
BalasPadamsekarang ni guna nama sebanar, affan ruslan, senang. kalau nak guna nickname tak salah, tapi jangan sampai tujuan tu nak buat fitnah kat orang lain sudah
walau nama saya 'alien'
BalasPadamsaya bukanlah alien yg datang dari angkasaraya
Bro Dol, BWB memang pengecut, tapi aku pun. Cuma bro Dol, dah kenal aku lama he he Pandangan aku sama macam semua orang yang dah tulis dulu AA, Kak Echah dan lain-lain.
BalasPadamApapun saya hargai dan hormati dengan sikap Bro. Dol...Pandai simpan rahsia he he Setingi tinggi Tahniah! he he
salam
BalasPadamjom kita buat perjumpaan bloggers dengan orang-orang jenis ini tanya sebabnya :)
**suka makan roti telur campur bawang.
Salam Bro..lama tak singgah, sebab faktor 'hang' yang teruk bila masuk sini...Saya nama sebenar Mohd Fadzli Bin Amir. So pada sesiapa yang nak pakai nickname tu bulah tapi mesti umumkan nama sebenar kat profile. lepas tu kalau dah pakai nick tu jangan la menghentam org sesuka hati tanpa rasa tanggungjawab. bak kata pepatah melayu baling batu sembunyi tangan..
BalasPadamBagi kami blogger yang menggunakan identiti rambang bersifat BWB cuma menjadikan blog sebagai tempat untuk lepas geram dan tools untuk lepas rasa marah, sedangkan Facebook boleh diguna untuk menghina orang, inikan lagi sebuah blog yang dibuka dalam masa 5 minit hanya dengan menggunakan sebuah email percuma. Jika kita mahu berblog lebih lama dan mahu dikenali, ada baiknya beli domain dotkom sendiri untuk membina kredibiliti untuk membina trust dari orang yang datang membaca blog kita.
BalasPadamtak pernah kena cemuh lagi..kena laser dgn kawan2 biasala..
BalasPadamamirul; guna firefox la..laju jek