Isnin, Januari 24, 2011

Bukan Menulis Kerana Iklan

Blog ini masih muda usianya, kurang 3 tahun.

Sewaktu mula menulis, saya langsung tidak mengetahui, blogging boleh menjana wang. Dalam erti kata lain, saya tidak mengenali Nuffnang atau Innity.

Kini tiada lagi iklan Nuffnang di blog ini, hanya tinggal Innity. Jika dilihat statistik, iklan Innity mampu menghasilkan pendapatan purata hanya RM150 sebulan.

Itu sahaja, cukup untuk saya menjelaskan bayaran broadband selama ini memudahkan saya online dan menulis tampalan di sini.

To tell you the truth, jika tanpa wang dihasilkan iklan sekali pun, saya akan terus menulis. Sejak dari awal, saya bertekad untuk berkongsi maklumat bersama pembaca setia,  lama dan baru blog ini dan BUKAN untuk menjana pendapatan.

Jika dilihat, di leader board ditampalkan iklan syarikat menguruskan mereka berhasrat mengerjakan umrah. Pemilik syarikat menghubungi saya melalui emel dan menyatakan hasrat beliau untuk mengiklankan perkhidmatan syarikatnya di blog ini. Melalui komunikasi pesanan ringkas, soal bayaran dipersetujui kedua belah pihak.

Biar pun blog ini tidak sehebat beberapa blog lain, saya yakin bayaran dikenakan kepada syarikat terbabit 80% lebih rendah berbanding kadar sebenar pengiklanan.

Pagi ini di radio Hot FM dibincangkan tajuk berhubung blogging, begitu juga semalam di beberapa akhbar tempatan. Sebilangan bloggers mendakwa menjana pendapatan puluhan ribu ringgit sebulan.

Baguslah jika dakwaan itu benar.

... namun saya secara peribadi bukan menulis kerana iklan.


32 ulasan:

  1. stuju!!! rezeki yg ada masih cukup tanpa perlu harap dr iklan blog...

    BalasPadam
  2. PULUHAN RIBU SEBULAN...HUIIIYOOO....( SAMBIL TELAN AIR LIUR )

    BalasPadam
  3. Blogging sebab minat menulis dan sebagai mengisi masa yang terluang. Usia blog saya baru 3 hari. Jika ada masa terluang, jemput singgah ke blog saya.

    BalasPadam
  4. halo bro, your gaji is banyak enough ok to wait for iklan yang tak seberapa kat blog ni.

    likewise, jangan mintak pembaca lain letak blog header kat blog diaorang. so lame. hahahah.

    BalasPadam
  5. Hazrey, saya tertinggal slip Maybank di dalam kereta awak eh?

    Kereta besar MPV awak tu ke atau kereta Vios?

    ... atau tertinggal di sofa empuk di hadapan TV berskrin besar di rumah?

    Ish! Ish! Saya cuai sungguh kan?

    Bro, head banner saya biasa biasa sahaja, so tidak lah sampai hati meminta bloggers lain menampal benda tu di blog di orang.

    BalasPadam
  6. jika menulis di blog sambil dpt menjana income pasif, dikira sbg bonus kan... ;)

    tp rasanya blog ni tak perlu iklan pun pasti akan dtg berkunjung kena nilai berita/tulisan itu sendiri... ;)

    BalasPadam
  7. tahniah abg zul...info abg zul memang hebat..selamat melayang minda...

    BalasPadam
  8. tapi skrg nie ramai yg berblogging sebab nak cari duit.....

    BalasPadam
  9. Sahrom, 'Abang Zul' mana?

    Kak Yong, I enjoy writing and reading selain daripada melihat kegiatan bapok, penjual cakera optik cetak rompak dan mayat bergelimpangan.

    Nope! I am kidding. Saya tidak suka tengok mayat tetapi itu tuntutan tugas sebagai wartawan.

    BalasPadam
  10. Sampai hati BRO MAZ dan Bapak Gula-Gula... mentang-mentang lah header blog saya cuma Seliper Jamban nan sebelah...

    ehhhh sori BRO Tuan Tapak. Jangan marah, nanti kena belanja.

    BalasPadam
  11. Aslkm sdr

    Berjuta org telah membaca dan akan mbaca tulisan sdr, bANYAK INFO , terimakasih.

    BalasPadam
  12. Sambil menulis dapat gak sedikit income walaupun sekadar untuk membeli makanan kucing2 yg banyak ni... huhu...

    Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air... Jangan sampai tersedak langsung pitam dah la... =D

    BalasPadam
  13. AA, mana pergi selipar sebelah lagi? Itu lah lain kali kalau merayau, jangan asyik bersembang sampai masuk ke dalam kereta, tertinggal selipar.

    Datuk Ice Room berkata ...

    "Selipa sapo pulak tertinggal ni ha???"

    BalasPadam
  14. Mama Ju, terima kasih banyak.

    Ilmu berbeza dengan wang. Jika kita ada RM10, berikan RM5 kepada orang lain, baki tertinggal RM5.

    Kalau kita ada ilmu, biar pun sedikit, dikongsikan dengan orang lain, tidak akan luak ilmu itu.

    BalasPadam
  15. Kalau kerana iklanlah kakcik berblog, mungkin blog itu tak akan hidup terus... :)

    BalasPadam
  16. "To tell you the truth, jika tanpa wang dihasilkan iklan sekali pun, saya akan terus menulis. Sejak dari awal, saya bertekad untuk berkongsi maklumat bersama pembaca setia, lama dan baru blog ini dan BUKAN untuk menjana pendapatan."

    setuju sesangat...!!
    dan quote diatas itu mmg boleh digunapakai..
    tujuan sebenar adalah berkongsi maklumat,bukan hanya mencari duit,
    glamer dsbgnya..

    BalasPadam
  17. Salam mazidul, Kita menulis kerana minat semata2 sambil nak cari kekawan... kalau ada masuk sikit itu kira bonus sahaja. Moralnya kalau menulis kerana nak mengharapakan duit alamat dapur tak berasaplah saya :)
    New Entry "Tahniah dan terima kasih. Nrinamar dan Blog Mazidul Akmal Sidik"

    BalasPadam
  18. salah orang tu bro. semalam baru tukar zink rumah. ni sekarang ni nak tampal lubang dinding.motosikal honda lampu bulat ni meragam pulak kena antar bengkel.

    BalasPadam
  19. heehe...menulis blog biaula ikhlas dr ati..kalo nak untung da lama sy ada nuffnang dr 2008..tp ujung thn 2010 bru ada nuffnang..:)

    BalasPadam
  20. yang dapat puluhan ribu tu, dah rezeki dia..walaupun dia hanya menulis kurang dari 10 patah perkataan atau 10 muka surat..

    Sy setuju ngan abang,minat menulis.
    Kualiti yg penting!

    BalasPadam
  21. No pun ikhlas..sebab tu takde iklan puuuun hehe..lagi pun blog borak kosong jer..kisah kehidupan seharian..

    BalasPadam
  22. kami patut berterima kasih kepada mazidul sebab dapat banyak info, crystal clear takder menyebelah mana2..menegakkan kebenaran, menolong yang susah dan cuba mencari penyelesaian selain dari pengajaran dan sempadan kepada blogger lain yang mengikuti blogger tuan...terima kasih..

    BalasPadam
  23. Assalamualaikum Bro dan semua..

    Citer pasal iklan, kalau kat TV, time nie la break.. gie toilet, ambik food, balas sms, etc.

    Ada juga blog/web, online umpama lorong iklan. Skali masuk, nyesal x nak masuk dah. Penuh iklan mcm signboard kena tampal ngan iklan ubat kuat. Ada juga yg hanya memancing utk mendapatkan hits. Content = zero.

    Kelajuan Internet di Malaysia masih lagi ketinggalan berbanding dengan stability & servis dgn harga yang perlu dibayar.

    Kebanyakan iklan (almost all) dipaparkan dalam bentuk imej dan flash(swf). Saiz/kelajuan yg diperlukan untuk dimuatturun memerlukan kos yang lebih tinggi berbanding text. Seluruh cerita dalam satu submission blog/forum mungkin lebih rendah saiznya berbanding dengan seketul paparan iklan.

    Saya ingin berkongsi sedikit meklumat cara-cara menghilangkan iklan disini.
    http://digitalspine.blogspot.com/2009/04/nak-buang-atau-block-iklan-aka-removing.html
    Harap dapat membantu kepada sesiapa yg memerlukan.

    Saya masih berhelmet ~ dari dili sampai sekarang.. Nak tunjuk muka segan la pulak..

    BalasPadam
  24. setuju !!
    blog adalah kerana minat berkongsi pendapat/pengalaman etc..
    bukan kerana duit semata.

    BalasPadam
  25. Semua orang buat blog, pada mulanya, untuk meluahkan perasaan atau pandangan peribadi.

    Tapi tarikan $$$$$ itu lebih menarik apatah lagi bila dapat cek hampir setiap bulan. Jadi, dari blog peribadi dah bertukar ke blog komersial + peribadi. Kalau jadi blogger sepenuh masa, bolehlah.

    Kalau tidak, saya sendiri tak boleh nak bayangkan macam mana dengan kerja seharian, dengan tugas di rumah, lepas tu kena menulis blog sekurang-kurangnya satu entry sehari supaya blog ada pengunjung dan menjana pendapatan.

    Saya pun tulis blog peribadi saya sendiri. Langsung takde iklan. Sebab saya tahu saya tidak dapat memenuhi tanggungjawab sebegitu.

    P/S: Macam dah jadi perniagaan MLM pulak!

    BalasPadam
  26. walaupun saya berblog suka-suka nak bergembira ja, tapi saya sendiri pun dapat lapan ribu sebulan. tgklah entri terbaru saya kalau tak percaya. :D

    BalasPadam
  27. nak je buang iklan..

    tapi tahankan je...

    dapat duit sikit pun untuk alas beban tenet..hehe..

    BalasPadam
  28. sy pon mula blogging dlm 3 thn lepas..masa mula buat blog sbb suka tgok kwn lain ada blog..

    lama2 jadi syg sgt kat blog..even kwn yg dulu tu dh x aktif blogging pun, sy tetap dgn dunia blog..

    BalasPadam
  29. teruskan menulis sdr MAS,

    jangan kerana duit iklan kita mati semangat, menulis bukan kerana duit kan...kan..

    BalasPadam
  30. sepanjang 2 tahun berblog, cuma sekali baru dpt hasil berblog...tu pun puas mengumpul, baru dpt rm200...mcm mana boleh dpt income smpai belas2 ribu?

    tp ada duit ke, takde duit ke, blog tetap maintain..sbb bukan berblog utk duit pun...itu bonus je...:D

    BalasPadam
  31. sehingga kini nuffnang saya baru RM6.25. hahaha walau dah bertahun saya tulis blog. ini sebab saya hanya aktif sejak 2010 dan menulis bukan 1 hari 1 entry. yang penting happy..

    BalasPadam
  32. Innity dapat RM150 sebulan? Lumayan juga. Macam nak try pasang kat blog jer ni... Tapi Nuffnang tak mo kongsi dengan pengiklan lain. Dia nak dia sorang-sorang jer kat blog kita.

    Saya suka juga kalau dpt sikit pendapatan daripada berblog. Itu satu 'bonus' tambahan. Bukan tujuan utama. Kalau dorang nak kasi.. kasilah... kalau tak kasi pun.. saya tak akan berenti...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.