Kes dakwaan beberapa Polis Bantuan memukul dan menggari jurugambar BERNAMA menarik perhatian saya.
Baca laporannya di sini.
Ya! Cubit paha kiri terasa paha kanan.
Saya memohon pihak berkuasa, regular police menyiasat kes ini secara terperinci. Jika tindakan mereka lakukan tidak wajar sekaligus bercanggah dengan Kanun Keseksaan, mereka perlu dihukum.
Selama 10 tahun terbabit membikin liputan kes jenayah, tidak pernah saya mendengar kes wartawan atau jurugambar melawan atau tidak mematuhi arahan pihak berkuasa secara fizikal.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar telah mengumumkan tahun 2011, tahun mencegah jenayah termasuk jenayah membabitkan pihak berkuasa.
Polis Bantuan too, is not above the law.
Nota Terima kasih Abang Zul atas pembetulan
siapa je yang bersalah, tak kira pangkat kena hukum jugak. baru adil dan saksama.
BalasPadamtak kira siapa jugak, hak sebagai manusia mesti dihormati. kita insan berakal.
Salam..
BalasPadamKalau diteliti pada berita yang disiarkan oleh Bernama.com tu, mereka yang memukul jurugambar tersebut bukannya PVR (Police Volunteer Reserve) tapi sebaliknya AP (Auxilarry Police).
Sepengetahuan saya, AP atau Polis Bantuan ni lebih kecil skala bidang kuasanya. Terhad dalam kawasan yang tertera pada nama majikan yg menggajikannya (nama majikan ada pada lengan kiri uniform polis mereka). Sila rujuk link ini untuk maklumat seterusnya tentang PB/AP ni...http://www.facebook.com/note.php?note_id=157322127641792
Diorang ni pulak over2...lebih2 dari polis...sedangkan cuma polis bantuan....adakah dengan menjadi polis memberikan dia lesen untuk memukul sesiapa saja macam tak bertamadun/koboi!!!
BalasPadamTerima kasih kembali, Mazidul... Hanya kekeliruan kecil. Abg berbesar hati dapat memberi sedikit komen yang tak seberapa pada entry Mazidul yang begitu besar maknanya...
BalasPadam