Jam 3.22 pagi tadi saya dan krew bersama 7 penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, APMM ke Teluk Merudu, Kota Merudu diketui Ketua Unit Siasatan Jenayah APMM Wilayah Sabah dan Labuan, Mohd Rezal Kamal.
Pekerja di bagang, struktur dilengkapi jaring untuk menangkap ikan, sasaran utama pihak berkuasa terbabit. Bagang tidak ditemui di Semenanjung Malaysia kerana kaedah dan peralatan penangkapan ikan itu dibawa masuk dari Sulawesi, Indonesia.
Berikut gambar bagang saya rakamkan subuh tadi.
Begini keadaan di bahagian atas bagang terbabit, dilengkapi ruang beratap dan berdinding zink, tempat pekerja warga asing tidur.
Berikut bukti betapa lama bagang terbabit beroperasi, tiang dipenuhi tertitip. Dilaporkan hanya 10 sahaja daripada 140 bagang memiliki lesen.
Lazimnya pada jam 5 pagi pukat dipasang di tengah bagang diangkat, hasilnya dikumpulkan untuk dijual.
Perairan Teluk Merudu dilapor diistiharkan sebagai Taman Taman Laut tetapi hairan mengapa boleh sewenang-wenangnya didirikan bagang?
Itu antara persoalan tercetus di minda saya sewaktu memanjat bagang bersama krew dan penguatkuasa.
Jurukamera, Amin Arif juga turut bekerja keras melaksanakan tugasan sewaktu majoriti daripada pembaca tidur nyenyak di rumah. Memanjat dan menuruni bagang berulang kali tanpa kelihatan penat dan berputus asa, sikap amat saya sanjung dimiliki jurukamera terbabit.
Sewaktu saya berasa agak gayat berdiri di bagang dianggarkan berketinggian 5 meter dari permukaan laut, 'Spiderrman', pekerja warga Indonesia di bawah selamba berjalan sambil melompat meniti batang buluh.
... dia masih mampu mengukirkan senyuman biar pun berada di laut lebih 3 jam.
Sewaktu saya berasa agak gayat berdiri di bagang dianggarkan berketinggian 5 meter dari permukaan laut, 'Spiderrman', pekerja warga Indonesia di bawah selamba berjalan sambil melompat meniti batang buluh.
Selamba, kan?
Kisah dirakamkan krew 999 ini akan dipaparkan pada Khamis minggu hadapan dan saya berharap mampu berkongsi perinciannya bersama pembaca semua.
Terima kasih kepada semua penguatkuasa APMM terbabit menjalankan operasi bersama saya dan Amin.
Hebat sekali. Saya pernah juga tonton dulu di Majalah 3 jika tak silap, seorang nelayan berusia lebih 60 tahun selamba saja berjalan dan menguruskan bagang. Ada juga yang buat jemuran ikan/udang di atas...
BalasPadammemang hebat. Tengok pun gayat...
Mazidul,
BalasPadamI’ve been reading your blog for quite sometimes now. I was in oversea for 5 years, reading your blog gave me inside news to Malaysia. Now, I'm back in Malaysia, but still reading your blog daily.
I must say, you are true Malaysian Super Hero! tangkap org, selamatkan org,sepak org pun pernahkan.
All the best and take care. May Allah guide and protect you always.
Wassalam
Iskandar
terima kasih....dgn adanya blog ini byk info yang saya perolehi...
BalasPadamTerima kasih di atas sedikit coretan dr mazidul terhadap tugas,tanggungjawab,amanah dan pengorbanan penguatkuasa maritim seperti kami.
BalasPadamikhlas dari m.akmal-mz akmal mmea