Rentetan tampalan di bawah, saya terfikir ...
Mengapa perempuan lebih cemburu berbanding lelaki?
Melalui pengamatan, kita terpaksa akur majoriti perempuan sejak mula bergelar gadis mula bersifat cemburu. Jika berpacaran, mereka bimbang teman lelaki dirampas dek gadis lain.
Begitu lazimnya.
Sebaik mendengar desas-desus berhubung kewujudan orang ketiga dalam perhubungan samada berita diterima berbentuk fakta atau sekadar telahan, selalunya mereka bingkas melatah dan melontarkan pelbagai soalan kepada pasangan.
"You ada girl selain I ke?"
"You ni nak buat hal dengan I ke?"
"Siapa girl selalu saya 'like' status you kat Facebook tu?"
"You ni nak buat hal dengan I ke?"
"Siapa girl selalu saya 'like' status you kat Facebook tu?"
Maka terkedu teman lelaki diterjah soalan sebegitu andai dia insan jujur dan setia. Benar, bukan semua lelaki bersifat sama tetapi kita harus menerima kenyataan masih ramai lelaki hanya ingin memiliki satu pasangan sehingga ke akhir hayat.
Majoriti gadis sedang dilamun cinta sebenarnya tidak yakin dengan keupayaan diri sendiri? Barangkali benar. Mereka tidak yakin dengan kebolehan menjaga hati dan perasaan pasangan. Mereka bimbang sikap buruk dipamerkan sebelum ini sedikit sebanyak mengguris peraasaan teman lelaki lalu berkemungkinan membuka ruang untuk dia memilih gadis lebih baik dan mampu melayan secara lebih sempuna.
Sesetengah gadis mengambil pendekatan berbeza, apabila berasa cemburu kerana mengesyaki teman lelaki mempunyai hubungan dengan gadis lain, mereka merajuk.
Enggan menjawab panggilan telefon biarpun dihubungi berulang kali atau mengelak untuk bertemu biarpun hasrat itu disampaikan kepadanya melalui kenalan.
Hello! Majoriti lelaki tidak begitu berminat dalam acara pujuk memujuk. Sebilangan juga meluat dengan sikap sebegitu. Jadi jangan terlopong jika diri ditinggalkan begitu sahaja.
Lelaki kan ...
Mengungkap kembali lirik lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ...
'Kalau dua-dua merajuk, ana kahwin tiga'
Ya! Sebilangan lelaki bukan meninggalkan kekasih mereka berikutan kehadiran orang ketiga tetapi akibat sikap kekasih berulangkali melontarkan tohmahan tidak berasas. Alang kepalang dituduh secara semberono ditambah perasaan muak berikutan sifat cemburu keterlaluan, mengapa tidak mengambil peluang itu untuk dijadikan penyebab perpisahan?
Lelaki, sampai ketua masih laku lagi.
Contohnya, kisah tampalan di bawah, biar pun berapa usia lelaki itu, dia mampu memperisterikan 2 perempuan berumur 20 an dan 50 tahun.
Mangsa tercedera, wanita, bukan dia. Saya percaya, isteri keduanya akan didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.
Kepada semua wanita bergelar kekasih mahu pun isteri, pesanan saya ringkas. Perasaan cemburu hanya kerap menghantui perempuan tidak bijak membelai perasaan dan fizikal pasangan mereka. Justeru khuatir, perempuan lain menandingi mereka dari aspek itu.
(Belaian fizikal untuk pasangan telah diijab kabulkan secara sah)

mengapa perempuan cemburu?
BalasPadamjawapan: sebab masih ada rasa sayang dan cinta kpd seseorang yg dia sayang.tak kira samada suami atau anak-anak.kalau tidak ada lagi rasa cinta dan sayang dia akan lelong 'timbang kati' jek... hahaha *gelak ganas lagi*
*cemburu buta tu tak termasuk dlm jawapan diatas eh :P
Wpun saya agak terbuka tentang perhubungan, tetapi cemburu mesti ada, sebab kita ambil berat dan sayang pada pasangan kita.
BalasPadamcemburu berpada2 jangan mengada2. kalau saya lelaki pun menyampah dengan perempuan mengada2 ni..penat jugak tengok orang muda bercinta. nak gelak keji je setiap masa. hehehe
BalasPadamCemburu tak banyak, sikit perlu ada..kalau tak ada cemburu & sikit curiga..susah juga. Kebanyakan perempuan terkena kerana sikap percaya bulat-bulat....
BalasPadamsebab lelaki memang cenderung untuk tidak setia berbanding perempuan. Konong mereka boleh kawin 4. Perempuan boleh ker?
BalasPadamcemburu itu perlu..tpi tidak wajib..berpada2la cemburu..
BalasPadamp/s:bukan perempuan sja yg cemburu..lelaki lagi teruk cemburunya..^^
Bro, he he he, baca kisah ni, teringat kat member yang beristeri 2 tu. Nasib baik kaya, kalau tak, entah apa nak jadi. he he he
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamEn Mazidul,
BalasPadamRamai lelaki tak pandai jaga hati girlfren/wife..bila jalan dengan girlfren/wife, mata melilau macam tak penah tengok pempuan, tell me pempuan mana tak cemburu kalau partner dia camtu? bila ditegur jawapan standard adalah "alah bukannya luak pun" or "bukannya dapat pun"...huh..sometimes wonder apa imaginasi dia bila tengok pempuan dengan pandangan bernafsu tu? kadang2 i tengah makan ngan suami di sebelah..nun disebelah meja sana ada sang suami main2 mata dengan I...rasa macam nak cucuk2 mata dia.. kesian kat the wife dia yang di sebelah, i think she noticed tapi xleh buat apa, dah mmg perangai buruk laki dia gamaknya...and it happens almost everyday lah... kesianlah kat org sebelah awak tu.. jagalah sikit hati dan perasan isteri awak tu..ini tak pempuan aje nak jaga hati lelaki...huhhh!!!! mana ada dalam kitab/quran kata, lelaki boleh pempuan tidak?
Saya memang cemburu!Sebab saya sayang sangat. Takut nyer kalau si dia tuh berubah hati ker... ada simpan yang lain ker... sebab di sekililing saya, saya lihat benda-benda tuh... skandal sana-sini. Kat tempat kerja saya nih, Selamba badak jer perempuan muda buat hubungan sulit dengan laki orang, tak rasa bersalah langsung. Maybe lelaki yang dah jadi suami lebih stabil, (kewangan, pemikiran) dari lelaki yang masih single! So cemburu mesti ada, tipu ar lah kalau tak cemburu langsung. Kesian isteri yang malang, tak tahu langsung apa yang suami buat di luar...
BalasPadam