Selain daripada laporan berhubung kebanjiran pendatang asing, saya kerap menerima pelbagai aduan berhubung kegiatan perjudian online menggunakan komputer diubahsuai. Pandangan peribadi saya, setakat ini kedua masalah terbabit belum berjaya diatasi pihak berkuasa biarpun ribuan operasi dijalankan selama ini.
Berhubung perjudian, terbaharu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, menyatakan kerajaan sedang menimbang kemungkinan mengeluarkan lesen bagi membenarkan pertaruhan dilakukan semasa Piala Dunia bermula 11 Jun 2010 sebagai langkah mengurangkan aktiviti pertaruhan haram di negara ini.
'Langkah mengurangkan aktiviti perjudian pertaruhan haram di negara ini'?
Persoalan saya, adakah menghalalkan kegiatan haram, satu-satunya kaedah mengatasi masalah atau sekadar cuba menambah kutipan cukai judi kerajaan? Serampang 2 mata.
Terfikir, ramai orang Islam gila meneguk arak di kawasan tertutup. Justeru, halalkan sahaja arak, maka meminumnya tidak menjadi satu kesalahan dari segi undang-undang Syariah. Kutipan cukai arak juga akan bertambah.
Lebih kurang sama sahaja, kan?
Benarlah kenyataan seorang daripada ulama terkemuka dunia, Malaysia bukan negara Islam tetapi negara dihuni majoriti orang Islam.
Saya percaya ide dicetuskan Timbalan Menteri terbabit akan mendapat tentangan pelbagai pihak.
masalh takkan selesai dengan menghalalkan sesuatu yang haram
BalasPadamalasan semata2..
BalasPadamxpernah jumpe alasan seBIJAK seBERNAS seHEBAT macam tu.
*aduh.. manusia..
bengong tak ingat nak buat keputusan begitu~
BalasPadambenda haram nak dihalalkan?
haram tetap haram...sepatutnya perbanyakkan operasi bukannya menghalalkan yang haram...mmm kat desa pandan ada 2 kdai mesin judi nih..yang bestnyer kdai tu dekat2 jer ngn DBKL kt c2....mmmmmmmm xcaya korang g la ushar..satu dekat ngn maybank blakang dbkl, satu lg dekat ngn speedmart depat dbkl...
BalasPadamSatu pandangan yang saya rasa kurang elok dan tak patut dilakukan oleh pihak kerajaan. Membenarkan sesuatu yang jelas haram dan banyak mudaratnya memang tak patut.
BalasPadamBila membenarkan pertaruhan, itu secara rasminya satu sokongan dan satu galakkan. Dengan adanya lesen sudah pasti bisnes perjudian akan menjadi amalan biasa menjelang setiap pertandingan bola.. tak kira piala dunia atau apa jenis pialapun..
mau imbuhan kot?? wutever~
BalasPadamTimbalan Menteri tu sedar tak apa dia cakap? Kelakar sangat bunyinya
BalasPadamJenayah makin meningkat bila arak dan judi dihalalkan;
BalasPadambila mabuk tak kenal wanita ke lelaki (rabun).
bila kalah judi, mata rabun tubuh panas, telinga berdesing,tubuh terasa melayang-layang nak korek di mana ada wang. Ujudkan Jenayah.
selepas ini ramai warga Islam akan berbaik dengan bukan Islam, nak minta tolong.
Mana satu nak pakai nanti? Yang halal atau yang haram?
BalasPadamKalu sudah tiada beza??
setuju dgn bro mazidul. At least kalau kata nak bagi jugak, jgn le bagi menteri yg berugama islam yang announce, Bende ni super sensitive. Bila di bawak ke political view, akan jadi lebih buruk..
BalasPadammintak mintak ada lesen pelacuran lepas ni maklumlah nak bendung kegiatan pelacuran ... nanti bersepah.. bagus n3 kalini bro
BalasPadamDengarnya, lesen terbabit telah dikeluarkan.
BalasPadamSungguh malang jika benar, tambahan pula pengumuman dilakukan menteri beragama Islam dan berasal dari negeri terkenal kerana praktis keislamannya.
saya walaupun tidak berilmu sgt dlm agama tapi once terdengar menteri tersebut memberi pendapat utk memberi lesen bg pertaruhan tersebut sbg mengelak pertaruhan haram, hati saya terus tersentak!
BalasPadammanghalalkan yang haram. sgt tak munasabah! terang2 pertaruhan adalah haram utk sebarang bentuk pertaruhan.
fikirlah semasak2nya.
Lesen telah dikeluarkan kepada Berjaya Group. Cuba kenali siapakah pemilik kumpulan tersebut dan sumbangan beliau kepada poliTAIK negara.
BalasPadamSempat lagi tak saya nak apply lesen judi Piala Thomas?
Kah kah kah!!!...
Perkara yang terang2 haram di sisi agama tiba2 plak jadi 'halal' adalah sangat menakutkan. Amat menakutkan jika Allah 'menunjukkan' tanda kemurkaanNYA..nauzubillah...semoga Allah memelihara negaraku ini...
BalasPadamMemangla dengan bagi lesen diorang mampu mengatasi judi'haram'.Tapi cukup-cukupla judi yang ada kat Malaysia ni..tolonglaaa..mana-mana yang alim ulama bijak pandai bab agama ni,tolonglaa nasihat sikit.tak cukup 'panas' lagi ke dunia sekarang??
BalasPadamapa beza judi halal n judi haram.. yg haram sbb tak register, yg halal sbb dah register... huh toksah ler guna perkataan halal haram disini... buat keliru umat islam jer.. kang ada yg cetek agama kata I berjudi kat tempat halal apa...
BalasPadamkonon hasil judi tu nak guna untuk pembangunan sukan negara.Camnela sukan negara nak maju..nak bangunkan sukan guna duit tak berkat!huiii...dah parah dah ni..
BalasPadam1MALAYSIA!!! . ok lah tu.. sapa yang rasa tak bleh nak berjudi jgn berjudi. nak buat macamana , menteri dah kasi . apa2 pun Brazil Tetap dihati!!!! Go go go ale ale ale! nak beat x?
BalasPadamSatu ketika dahulu saya pun terkesima bila kondom diedarkan lantaran nak kurangkan jangkitan AIDS!, masalahnya pastikah kondom itu diedarkan buat mereka yang bernikah sahaja!; apakan takut AIDS... kuman HIV merebak kita nak berkompromi dengan zina..?
BalasPadamZina, Arak pun Judi itu bukankah dosa besar!.
Maknanya kita umat Islam di Malaysia rata-rata tak takut dengan dosa besar. Kita berani menegur tapi apakah daya kita kalau ketua yang kita pilih terusan mengeluarkan lesen perjudian begitu!.
Bungkam!.