Jam 5 petang tadi, hujun turun lebat di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Antara kawasan dilanda banjir kilat teruk, Pelangi Damansara.
Gambar dirakam penerbit 999, Shahnun Hanif, antara mangsa terperangkap sewaktu dalam perjalanan ke rumah saya.
Sebelum hujan reda, berikut visual dirakamkan.
Seperti biasa, sebilangan pengguna jalanraya tetap ingin mencuba mengharung air dianggarkan setinggi 4 kaki. 2 kereta tersekat dan terpaksa ditarik.
Pemandu kereta di bawah, cuba membuat pusingan-U, nasib tidak menyebelahinya, dia tersekat di pembahagi jalan.
Mujur pemandu kenderaan pacuan 4-roda ini menyedari kesilapannya lebih awal dan sempat berpatah balik.
Persoalannya, bagaimana kawasan dibangunkan secara teratur, Kota Damansara boleh dilanda banjir kilat?
Time banjir kereta rosak .....pemandu sedih ........kedai workshop gembira ...
BalasPadamEhh tak sangka lak begitu lebat ujan petang tadi yer?
BalasPadamArea saya sini (Kg Pandan dan sekitar) ujan lebat tak sampai pun sejam. Sempat pula kami pergi swiming tadi.
Sian kpd yg terperangkap tu.
bro, jalan ni selalu kena banjir kilat ke atau baru pertama kali???
BalasPadammak aii...teruk giler....
BalasPadamkalu kat KL ni bila start hujan lebat memang semua akan rungsing..hehe
ha ha ha!!! sekarang ni kalau nak tengok banjir x perlu ke Pantai timur pada hujung tahun, datang je ke Lembah kelang bila hujan lebat!!!
BalasPadammungkin terlalu ghairah nak bangunkan kawasan tu sampai terlepas pandang tentang sistem perparitan... kalau parit besaq xkan jadi banjir kilat kot.. melainkan parit besaq tapi tersekat dengan macam2 benda...
BalasPadamapa2 pun.. sian pada yg terperangkap kat situ...
Ice, kali pertama banjir. Selalunya di dalam trowong berhampiran The Curve Damansara sahaja.
BalasPadamEja, I truly believe that is one of the reasons.
ish..dasyat..teruknyer banjir..:)
BalasPadamSekarang ramai pemaju selalu mengabaikan pekara seperti ini dan hanya nak cepat dapat duit.. itulah banyak buat kerja sambil lewa..
BalasPadamBisness Kecilan Internet
larian air tak dpt kemana2. sbb sistem parit tak teratur. kota damansara masih belum sepenuhnya baik. MBPJ patut fikir hal ini lebih awal, parit perlu ada utk larian air. ini basic planning..~
BalasPadamteringat masa stay kat area stadium shah alam..memang selalu berlaku banjir kilat kat sana...sian kereta+motor yang tak sempat diselamatkan...
BalasPadambila banijir je kawasan tu dh jadi mcm lautan