Jumaat, Mei 14, 2010

Kereta Wartawan 999 Hilang Ditemui

Berita baik.

Kereta wartawan saya, Shah, Toyota Corolla LE, ABG 5050 telah ditemui semula di hentian sebelah Rawang menuju ke utara pada jam 12.10 malam tadi.

"Cuma 4 tayar dengan sport rim 2-piece hilang. Barang lain semua ok," lapor Shah ketika menghubungi saya.

Kereta berusia 24 tahun itu disedari hilang pada jam 4 pagi kelmarin sewaktu diparkir berhampiran TV3 di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor. Menurut Shah, rakannya, juga pemilik kereta jenis sama berkebetulan terlihat kereta terbabit tersadai tanpa tayar di tepi lebuh raya ketika melintasi kawasan itu lalu menghubungi adiknya.

Sebagai tindakan susulan, kami akan cuba mendapatkan rakaman kamera litar tertutup dari PLUS.

Difahamkan, tiada sebarang nota berbunyi 'Maaf tesilap sapu' ditinggalkan di dash board kereta kesayangan wartawan 999 itu.

14 ulasan:

  1. tertinggal camtuh je? takkan pencuri tuh keluar highway jalan kaki kot. mesti ada accomplice lain nih.

    BalasPadam
  2. Kesian Shah.. kesian kereta tu.. dah le tak ada nota minta maaf, ditinggal pula dalam keadaan cacat!

    BalasPadam
  3. Salam Jumaat BRO MAZ.
    Nampaknya tiada beza dengan kebanyakan kes kecurian kereta yang lain. Memang niat, berniat nak ambil yang boleh dijual menjadi duit.

    BalasPadam
  4. kalau dah rezeki tak ke mana.beli dgn duit halal insyaALLAH dapat semula.. ;)

    BalasPadam
  5. adala yang nak gurau2 2...
    seb baik dia xtinggal note mcm 2..hehehe

    anyway kim slm brader yg hilang kereta..my car number is also 5050..hehehe some said it's bad luck number.. but i don't care coz i believe in GOD WILLS!!

    BalasPadam
  6. peringatan kepada pemilik kereta yg ada sport rim yg cantik... diorg mungkin takmo kereta tp nak sport rim jer

    BalasPadam
  7. alhamdulillah..bagus la dah jumpa balik...tapi kesian lak bila tayar dan sport rim dikebas dek penyamun...

    BalasPadam
  8. nak tanya: hee kalau kereta hilang kita still kna bayr kat bank ke?

    still confius..

    BalasPadam
  9. Hahahaha.....
    Kalau ada note macam tu, agaknya dari pencuri kereta yang sama. Tapi consider baik juga pencuri ni sebab ambik tayar ngan sport rim je yang lain dia pulang balik. Agaknya.... kereta tu panas. Semua bengkel tak berani nak ambik, jadi dia angkat tayar je la kot.

    BalasPadam
  10. salam semua... kelakar gk citer neh. tp alhmdllh dh jumpe..

    to amiey lee, keta hilang claim insurans ar. so seme kne make sure byr insuran, roadtax tu

    BalasPadam
  11. Syukur Alhamdulillah..mencuri ni dah tabiat,sehari tak mencuri,gatal tapak tangan agaknya

    BalasPadam
  12. thanks manjamushuk

    ooo kiranya tak de la kna byr kat bank..sbb dulu abang ipar keta dia kna curi pastu dia kata dh la kete kna curi pastu still kena bayar kt bank

    hmmm

    BalasPadam
  13. ... Pastinya Sdr Shah kita itu tak lena tidur malam; kereta ini orang kata macam bini kedua apatah lagi kereta dah berusia ianya menyimpan banyak nostalgia bersamanya...

    ... bayangkan saya kehilangan spek mata tak semahal mana pun dua tiga malam terkenang-kenang... merata kedai cari bingkai yg sama tak jumpa-jumpa!

    ... syukurlah ianya ditemui kembali; mencuri itu kerjaan tak baik tapi jauh di sudut hati pencuri ini ada sikap belas ihsannya!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.