Penantian masyarakat berhubung perkembangan kes kematian remaja, Amirulrasyid Amzah, 15 tahun, di Shah Alam pada 26 April lalu terjawab.
Anggota polis berpangkat koperal, Jenain Subi, 48 tahun (berbaju kuning), dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan, menyebabkan kematian dengan niat hendak menyebabkan kematian dan melakukan kesalahan mematikan orang dengan salah tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh.
Kes tertuduh mengaku tidak bersalah akan disebut semula pada 10 Jun akan datang, dia dibenarkan diikat jamin RM10,000.
Jika sabit kesalahan, Jenain boleh dipenjara 30 tahun dan didenda.
Gambar Utusan Malaysia
ish..mcm kesian lak kat polis tu..muungkin die nk stop crime..tetibe die lak kene dakwa..
BalasPadamtp kalo aku dipihak keluarga mangsa, msti lah aku nk kan pembelaan..
ntah la, dua2 kesian
dua2 pun kita kasihan...
BalasPadamkita tak ada ditempat kejadian so tak tahu apa sebenarnya yang berlaku kat situ... lainlah kalau ada cctv..
biarkan mahkamah menentukan keputusannya. moga keadilan dapat ditegakkan dgn seadil-adilnya....
BalasPadampengajaran wat y len.. bile polis suruh berhenti, kne lah berhenti..
BalasPadamtp klu polis tipu cmner lak..?? ermm..
Semoga perbicaraan berjalan dengan telus, adil dan saksama. Dah namanya manusia, kesilapan boleh berlaku di mana2.
BalasPadamtipu ke tak baik le berenti tak pasal2 kena tembak plak lagi...nyawa lebih penting..
BalasPadamkesian tengok pegawai polis ini. semuanya akibat seorang budak bawah umur yang memandu kereta "tanpa" pengetahuan keluarga..
BalasPadamkesiannye pakcik polis ni kene dakwa plak...hemm caner la family dia..anak2 dia.. mesti kene ejek nanti.. harap2 pakcik ni akan dapat keadilan sebaik mungkin...
BalasPadamtakut2 lepas ni polis2 da takut nak amek tindakan pape kalo de pape depan mate takut tesilap lagi hemmm... ntah la seme dop bela dak tu...memg r kesian coz xjadi pd dr sndiri...nauzubillah la tapi...hemmm ntah la labu
uishh, hari tu aku kesian kt budak tu, kali ni aku kesian kt polis yg kene dakwa. ish2 kalaulah kejadian tu tak berlaku....
BalasPadamSEMUA PERLU PEKA KEPADA UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN, MENGHAYATI ETIKA KERJA YANG BETUL DAN TAHU BERTINDAK MENGIKUT BUDI BICARA YANG SESUAI KETIKA MENJALANKAN TUGAS MAHUPUN MELAKUKAN TINDAKBALAS TERTENTU. GENERASI MUDA - generasi millienium x,y PERLU DISEDARKAN, DIBERIKAN DIDIKAN 'CIVIC MINDED' KEPADA MEREKA DARI KECIL LAGI. Semua perlu memainkan peranan mendidik - mengenali tindakan yang betul dan yang mana salah. Persepsi masyarakat kepada pihak polis perlu lebih friendly. Sekarang banyak yang takut.
BalasPadamMula-mula dulu..cikgu tak boleh merotan, bila nak mengajar budak sekolah...sekarang pulak , polis tak boleh menembak..semasa menjalankan tugas..sila tembak didakwa di mahkamah..Nampaknya sikit hari lagi.. polis pun akan ambil sikap macam cikgu...tak payah merotan, kalau nanti kita yang disalahkan...Polis pula tak payah menembak..nanti silap tembak kena tangkap pulak...
BalasPadamBiarkan mahkamah menjalankan tugasnya, bersalah atau tidak bukan kerja kita. Biar mahkamah yang menentukan siapa yang bersalah. Diharap dengan perbicaraan ini kita semua akan tahu perkara sebenar yang berlaku ketika kejadian tempohari
BalasPadamSampai skrg saya berfikir...siapa langgar undang2 siapa tidak...siapa salah, siapa tak salah..kalau polis salah semakin berleluasa lah budak2 pandu kereta tak berlesen. kita tunggu dan lihat apa kesan kes ini kepada pemanduan tanpa lesen..saya kesian budak tu tapi saya juga kesian dgn polis tu...teringat pula saya satu kes yg pernah berlaku dimana seorg budak(14 thn)mati dilanggar kereta yg dipandu oleh seorg budak tanpa lesen( 16 tahun)dihadapan sekolah:(..
BalasPadamsebagai manusia,wajarla kita ada sifat simpati..tp musykil sikit camne diorg boleh tau samada seseorang ni 'bunuh tanpa niat' atau 'bunuh dengan niat'..kalaula ada manusia istimewa yang diberi anugerah dapat membaca fikiran atau dapat melihat masa silam...hmm..
BalasPadamPasnie sume orang boleh bawak pistol tau... tapi pistol air jek
BalasPadamTETAP TIDAK PERCAYA POLIS ITU ADA NIAT UNTUK SENGAJA MEMBUNUH.JIKA DIA TAHU ITU BUDAK UMUR 15 TAHUN , TAK MUNGKING DIA AKAN TRIGGER FIRE..
BalasPadamKASIHAN FAMILY DAN ANAK2 DIA..
YANG TAK BEROTAK MESTI MEMPERSENDAKAN MEREKA..
HARAP2 APA PUN KEPUTUSAN , KERAJAAN PATUT RINGAN KAN BEBAN KELUARGA DIA , AHLI-AHLI POLITIK YANG 'TUNJUK ' HERO PATUT PERGI MELAWAT KELUARGA DIA , RINGANKAN BEBAN KELUARGA DIA..BARU FAIR N SQUARE ..BARULAH ADIL....
Bagi saya polis tu mmg tidak bersalah..saorang anggota polis yang mempunya keluarga tidak akan membunuh saorang budak yg berumur 14 tahun dengan sengaja kecuali dia mmg melakukan kesalan dan polis mmg tidak tahu pemandu itu adalah saorang kanak2 dewasa.
BalasPadamKalau diteliti mmg simati dan kawannya yang bersalah. Kita bersimpati dengan keluarga simati tapi menuduh saorang anggota polis yang menjalankan tugas adalah lebih bersikap tidak adil.
dan dia mempunyai 4 orang anak yang masih kecil...gaji kkopleral pun bukan besar mana..harap pihak berwajib..hero2 ahli politik (kononnya)..dapat tolong family dia..
BalasPadamuwaaa...betul3. kesian la. susah la jadi polis..
BalasPadamSalam semua ..
BalasPadamKesimpulannya beginilah:-
1) Allahyarham Aminul bersalah kerana membawa kenderaan tanpa lesen mandu (umur 15), tidak berhenti setelah melanggar kenderaan lain, membawa kenderaan dengan laju & bahaya, serta tidak berhenti setelah polis membunyikan siren dari kereta peronda (yg mengejar)..
2) Polis dalam kereta mereka: TIDAK bersalah dalam mengejar kereta kerana mensyaki kereta dipandu penjenayah.
3) Polis BERSALAH / TIDAK BERSALAH (bergantung kepada SOP & undang2 lah ..) kerana menembak kereta yg disyaki penjenayah & bertujuan untuk membuatkan kereta itu berhenti & selamatkan penduduk awam di jalanraya..
4) Polis SANGAT BERSALAH kerana mengeluarkan kenyataan palsu kepada media & akhbar bahawa kereta cuba diundur dan mahu melanggar polis & parang dijumpai dalam kereta ...
5) Sekian hujah penghakiman saya .. AL-FATIHAH buat Allahyarham ..
Salam Saudara Mazidul..
BalasPadamLebih baik lepas ni polis tak payah buat apa-apa...Bayangkan jika polis itu ayah korang???Keluar pergi kerja,tetapi kerana kerja, kena tahan...
Semoga perbicaraan telus...
I rasa bukan salah akta, bukan salah jawatan, bukan juga salah pekerjaan dia, apatah lagi nak salahkan jabatan..
BalasPadamcan I say, this is human error?
dua tiga kesian,,,
BalasPadammacam mana nak kurangkan belanja dan masa mahkamah agaknya..ini pun kesian juga..kan???.
tiada apa yang nak diluahkan cuma kesian dan sedih
BalasPadambetul kata cikgu tu
lepas ni polis buat macam cikgu buat tu
senang tak susahkan sesiapa
tak susahkan polis dan tak susahkan orang lain
maka bermaharajalelalah mereka yang mempunyai niat untuk melakukan kesalahan
susah..susah...sangat susah...
Ini masalah dengan remaja Melayu saja. Anak-anak Cina dan India amat kurang kesnya dari pandangan dan pengalaman sendiri.
BalasPadamRempit sana rempit sini nak tunjuk lagak tanpa lesen yang valid.
Yang susahnya nanti adalah orang Melayu juga.
Inilah satu contoh daripadanya.
Seperti kes remaja di Kelantan yang memakai serban di gazetted road itu. Polis menahan mereka bukan kerana mereka pakai serban, tetapi speeding dengan lagak lebih di depan polis. Nasib baik mereka di acquited oleh mahkamah kerana flaws in traffic law.
Salam Mazidul,
BalasPadamKegelapan tidak boleh membuang kegelapan, hanya cahaya yang mampu menerangi kegelapan.
Kebencian tidak boleh membuang kebencian; hanya cinta dan kasih saying boleh lakukan itu.
Antara penyakit hati terhadap manusia ialah tidak memaafkan orang lain, gembira atas kesusahan orang lain dan dendam mendendam sesama manusia.
Alfatihah untuk Allahyarham Amirulrasyid Amzah. Amin
Untuk saudara Jenain Subi dan keluarga beliau pula diharap sabar dengan dugaan Allah SWT.
Kesian kat POLIS nih...dia hanya menjalankan tugas dia...!!!
BalasPadamanak2 dara saya selepas spm saya beri peluang dptkan lesen motor dan kereta. setelah lulus, dah 3,4 thn saya langsung tak percaya pada pemanduan mereka. mereka lgsung tak pernah saya benarkan memandu. saya akan pandu sndri berganti dgn ayah mereka. konon takut sgt langgar kereta org dsbgnya.. saya sendiri sudah 22 thn memandu baru pertama kali disaman pandu laju pd 4 mei lepas..sejarah. itu pun 126km/j di maran phg. h.waY YG LENGANG... kalu slow mmg terlelap. apapun juga bila di tahan polis saya tetap berhenti dgn senyuman dan sedikit tertawa. sbb kesalahan pertama dlm hidup disaman. pd hari yg sama saya terus mmbayar saman, tak tunggu lagi..
BalasPadamapa yg cuba sy perkatakan... mc mana usia dan pandu tanpa lesen masih boleh dipertahankan..dr segi lojik... apa salahnya berhenti bila ditahan.. tak kan ditembak kalu berhenti. sudah terlewat.. kalu dah jadi mcm ni... lepas ni ada tak polis sanggup bekerja jika sering dipersalahkan.. kesian .... masing2 ada tgjwb terhadap diri dan negara...selagi dimanjakan jenayah pasti tidak akan berkurangan. fikir2kanlah..maaf atas ulasan...
Saya ringkaskan, samada polis atau orang awam, mereka semua manusia.
BalasPadamSeperti mana orang awam, polis juga mempunyai peraturan perlu dipatuhi.
Namun, hakikatnya sebilangan pasti akan melanggar undang-undang dan peraturan terbabit.
Tetapi perlu diingat, bukan semua oranng awam menjadi penjenayah dan bukan semua polis jahat.
Fair and square?
Allah kata kun fayakun maka akan jadilah sesuatu itu. Bila sesuatu dah berlaku, jangan dipersalahkan qada dan qadar, tak perlu tuding menuding apatah lagi berkata pada yang telah tiada. Masalah takkan selesai.
BalasPadamThink wisely.. There's always reason for something. Apa yang dah berlaku jadikan iktibar dan pengajaran. Hidup umpama roda dan hidup tak selalunya indah but every cloud has a silver lining.
moga2 kebenaran bakal terbongkar~
BalasPadamaduhai, seriau dengan perkara begini~
pesan pada student jangan buat hal~
Salam Mazidul,
BalasPadamSaya seperdapat dengan saudara Mazidul...
Oleh kerana kesalahan beberapa orang anggota polis lantas menjadi berita yang lebih menarik lalu melenyapkan majoriti yang telah dan sedang melaksanakan tugas penuh rasa tanggongjawab.
Menghukum majoriti dengan luahan dan sindiran ketidakpuasan untuk tindakan-tindakan beberapa anggota adalah tidak wajar sama sekali.
Renungkan sejenak sumbangan anggota polis dan anggota keselamatan yang telah banyak berkorban demi agama, bangsa dan Negara.
Perkara kematian adalah urusan allah. tetapi ia bersebab, qadak dan qadar itulah ketentuan yang ALLAH YANG lebih bijak lagi mengetahuiNya. Oleh sebab itu kita sebagai makluknya harus menerima hakikat ini. saya ucapakan takziah pada keluarga allahyarham. Janganlah kita menyalahkan antara satu sama lain. Apatah lagi mereka yang dipertanggungjawabkan memelihara kesalamatan awam. Hal ini sepatutnya tak perlulah kita perbesarkan.
BalasPadampihak keselamatan dan kerajaan telah memberi jaminan akan diadakan siasatan yang telus. Biarlah mahkamah yang membuat keputusan siapa yang bersalah.
BalasPadamsetuju dgn kata2 encik mazidul,
BalasPadambukan semua orang awam penjenayah dan bukan semua polis jahat....yes..adil dan saksama..
apapun tggu keputusan mahkamah..
nama pun manusia..tak sempurna dan sentiasa melakukan kesilapan..
BalasPadamBila tgk muka pegawai polis ni jatuh kasihan pula. Mula membayangkan kalau ayah sendiri yang kena mcm ni. Serba salah - tak tembak salah, tertembak lagi salah.
BalasPadamKalau camni rasanya semua polis dah tak berani bawa pistol lagi. Kalau ada pun isi dengan peluru kapur je. Maklumlah... kang tertembak anak org. Budak2 skang kalau jahatnya... lain mcm sket. Tak caya tanya cikgu sekolah menengah.
kesian polis nii... apalah nasib keluarga diorg nnt..
BalasPadamsaya tidak menyokong mana2 pihak, tp pemilik kenderaan yg dipandu oleh simati jugak seharusnya didakwa kerana membenarkan seseorg yg tanpa leses dibawah umur memandu kenderaan mereka...
harapnya semangat polis2 d malaysia nii tidak luntur untuk terus membasmi kes2 jenayah...
dakwa sama orang yg membenarkan budak itu bawa kerete tanpa lesen...itu lah punca utama yg kita kena lihat , kalau dia tak benar budak itu membawa kerete peristiwa malang ini takkan berlaku
BalasPadamsedih nye bila kes mcm ni....
BalasPadamPolis menjalankan tanggungjawab tapi tersilap percaturan..
budak2 zaman sekarang kurang kesedaran sivik.. memandu tanpa lesen, merempit.. tapi yang lagi sedih kebanyakannya adalah anak melayu kita.. nak cakap mak bapak tak ajar..pun tk leh gak..lbih pada pengaruh kwan mereka sndiri....
kes cikgu kt sekolah kna saman.. kalau zamn dulu kna rotan ke kna tampar ke..takde maknanya nak saman cikgu...balik umah lagila mak bapak marah kita lagi adala...
pelik dgn zaman skrg..budak2 terlalu manja... ini baru tahun 2010..cmner la tahun 2020 and above... nauzubillahiminzalik jauhkan la dri perkara2 buruk....
biarla kes ni jadi pengajaran pada kita sume... mahkamah pun tak leh tentukan sapa bersalah..... hanya Allah yang tau... saya amat yakin dua2 tak salah cuma mereka menjadi mangasa keadaan... polis nak jalankan tanggungjawab dn arwah dengan darah gemuruh....
Salam bro mazidul,
BalasPadamPada saya kes ni adalah kecuaian 2 belah pihak. Kesian juga polis tu dia bukan penjenayah tapi sabitan kesalahan dia berat betul..padahal dia cuai ketika menjalankan tugas (pendapat saya). Kesian anak bini dia kan??..
Keluarga arwah lagi cuai sbb budak bawah umur memandu tanpa lesen. Bukankah jika anak bawah umur didapati memandu (of course la x lesen), parents akan kene saman??...Dalam kes ni bagaimana pula?
Sudahla polis tu kene ikat jamin sampai rm10K...aduuhhhh mcm kes jenayah berat... semoga kes ini diadili sebaik mungkin.
Kepada keluarga kedua belah pihak, semoga sabar menghadapi dugaan yang sungguh mencabar ini.
dah tiba masanya polis amik perhatian utk terokai teknologi baru contohnya
BalasPadam1.high voltage immobilizer (dlm Fast n Furious)
2.air control & surveyor. (dlm Cops)
3.peluru getah (lebam jek,tak mati).
Media plak drpd kecoh jaga tepi kain artis,baik buat team khas yg jaga trafik. secara tak langsung bleh tlg polis.tanggungjawap sosial la wei..
setiap yg berlaku tu ketentuan Allah.semua org pndai ckp.tapi sape yg mahu BERTINDAK?
tgk cermin,ukur baju dibadan sniri,tepuk dada tanya iman.
hari tu semua org hentam polis...skrg apa dah jadi?
BalasPadamaku tetap sokong polis sbb aku duduk dipersekitaran polis yg berhemah tinggi.
terpulang pada persepsi masing-masing ;)
macam mana polis tu boleh dapat ikat jamin ye? setahu saya, kes senjata api ni memang tak boleh ikat jamin.
BalasPadamdan kalau ikut aktanya:
(Akta 37
AKTA SENJATA API
(PENALTI LEBIH BERAT) 1971
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006)
Penalti kerana melepaskan tembakan daripada sesuatu senjata
api pada melakukan sesuatu kesalahan berjadual
3. Seseorang yang pada masa melakukan atau cuba melakukan
atau bersubahat melakukan sesuatu kesalahan berjadual melepaskan
tembakan daripada sesuatu senjata api dengan niat hendak
menyebabkan kematian atau kecederaan kepada seseorang
hendaklah dihukum mati walaupun tiada apa-apa kecederaan
berlaku oleh sebabnya.
Akta ni tak kata pun penguatkuasa undang-undang boleh terlepas. Kalau di hujahkan kat mahkamah ni berasap jugak. Akta2 ni bukan boleh ikut apa yg kita sedap je.Takda apa-apa atau mana-mana bahagian dalam satu akta yang sudah termaktub itu boleh di tambah.
(abang mazidul,saya tau yg saya post ni abang takkan publish..just FYI je..)
Oh ye, BTW ni dari akta yang sama:
BalasPadamJaminan tidak dibenarkan mengenai kesalahan di bawah Akta
ini
12. (1) Jaminan tidak boleh dibenarkan bagi seseorang yang
dituduh yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini.
(2) Subseksyen (1) hendaklah terpakai walau apa pun apa-apa
undang-undang bertulis lain atau apa-apa hukum undang-undang
yang berlawanan.
Sian pakcik polis ni...
BalasPadamSaya bersetuju sangat dgn cikgu kat atas tu. Kalau lah macam nie mak bapak tak kisah anak keluar malam bawah umur pulak tu memandu kereta alahai hai kesian kat polis tu buat kerja pun salah tak buat lagi salah. Fikir fikirlah cikgu kat sekolah lagi pening dgn kerenah anak mak...anak bapak sekarang kena penampar siap hantar masuk surat khabar. Cuba lihat anak melayu sekarang dah jadi APA.
BalasPadamtertarik dengan komen seorang pembaca blog kickdefella.entri koperal jemain subi.pemberi komen bernama mangasa pelajar nakal.kisahnya begini :
BalasPadamPara pembaca budiman.
Dua tahun yang lepas, kancil yg pandu isteri saya yang dalam perjalanan pulang kerumah daripada sekolah telah dilanggar oleh motorsikal yag dipandu oleh pelajar berumur bawah 16 tahun, dah tu ponteng sekolah, tanpa lesen memandu dan motor pula didakwa oleh ibu saudaranya diambil tanpa pengetahuannya.
Sejurus sebelum kemelangan/pelanggaran dgn kancil isteri saya yg baru hendak bergerak pada satu persimpangan itu diberitakan sedang menunjuk aksi/egonya kpd rakan-rakan yg menaiki sebuah bas sekolah.
Selepas terlanggar belakang kancil tersebut, ianya terbabas dan terkena dinding bas sekolah yg sedang bergerak itu. Belau terjaduh di tenggah simpang dengan kecederaan teruk dikaki, patah.
Selepas kemalangan, ibu dan mak saudara (tuan punya motor datang). Beliau telah memohon maaf dan mencerita kesah perilaku anak saudaranya itu.
Tow trucuk tiba sejurus selepas itu. kakak dan ibu meminta diselesaikan sesama kita. Mereka kata tak mampu nak bayar, duit tak ada, kakak sekadar berniaga, kalau tak salah saya, cukai jalan dan ansuran bulanan ada yg tersangkut. Saya sebagai suami dan perasaan kekitaan , rela membakai kereta sendiri (RM 600 lebih), tak mahu NCD hilang
Dalam pada itu ada juga dihubungi oleh peguam dan pemandu trow truck /operator yg menyatakan ingin membantu kes itu untuk cuba membantu pelajar berkenaan menyaman isteri saya atas punca kemalangan oleh pelajar nakal tersebut. Tapi ibu/kakak minta selesaikan, pelawaan peguam (menelefon isteri saya kemudian menggenai hasrat tadi)
Belau telah dihatar ke hospital oleh ambulan Hospital daerah… dan seterusnya wad hospital di sebuah hospital lebih lengkap. Saya dan isteri ada melawat sebagai simpati.
Aleh-aleh selepas setahun kemudian satu surat saman telah dihantar oleh syarikat guaman (berbangsa India). Isteri saya telah di caj untuk hampir 20 keselahan, seolah-olah direka-reka, bapa pelajar tadi menjadi wakil kepada anaknya. Pegawai penyiasat juga seorang bebangsa india.
Semasa membuat laporan polis sathun dulu, saya tidak dibenar menemani isteri saya….
Pelajar tersebut telah mewawarkan kpd rakan-rakan sekolah yang belau boleh dapat RM 92 000.00.
Penggajaran :
1) Pelajar ponteng sekolah … tak salah ?
2) memandu tanpa lesen … dibela.
3) Memandu kenderaan “curi”
4) Orang dilanggar .. kehilangan NCD dan perlu bayar kos baiki kereta sendiri.
5) Lawyer mengambil kesempatan di atas kesengsaraan orang lain. BUsiness
6) Ibu bapa dan mak saudara menjadi penipu.
7) Isteri mendadapt trauma … memegang lesen lebih daripada 20 tahun tanpa sebarang kes kesalahan jalan raya.
8) Pelajar nakal dibela .. memberi isyarat yang salah kepada mat rempit.
Isteri saya menjadi trauma, tak lalu makan dan menyusahkan saya kerana takut memandu utk ambil anak sekolah
Sekian
Untuk renungan
Suami
+++ budak2 yang x bawak lesen semakin ramai n berleluasa..kalau dia terlanggar atau melanggar..berhak ke kita menyalahkan orang lain?
stuju sgt le dgn fairy punya post. kesalahan trafik ni memang bahaya jugak, dan perlu di tangani dengan cara yang betul.Takde sapa kata bawak keter takde lesen tu betul dan tak perlu di persalahkan kalu jadi apa2.
BalasPadamCumanya, salah trafik is salah trafik...
soal ade lesen takde lesen bukan isu dlm kes ini woii.isunya budak mati kena tembak.adakah budak amirul ni aje kat dlm malaya ni memandu xde lesen?mat rempit yg tiada lesen tu boleh ke senang2 nak tembak,dah tentu mengancam nyawa org awam.soal pokok disini,adakah SOP di guna pakai oleh pegawai polis yg bertugas.dakwa aje,biar mahkamah menentukan dia bersalah atau tidak.
BalasPadampolis yang dikesiankannye..hmm..xfaham..knp terkongkong fikiran rakyat malaysia ni ek..budak tu dh arwah kot..xpaham aku..hish..
BalasPadamklu jd kat korang baru tau agaknye..kalau anak korang sama nasib mcm arwah tu..korang akan tau..