Ahad, Mei 23, 2010

Kepala Panas


Sewaktu bersama menjalankan serbuan di Jalan Panji, Lahad Datu, Sabah malam pada jam 9 malam tadi, wanita Filipina berusia lingkungan 50 an ini menjerit tidak keruan.

"I only bought a bottle of mineral water because I am going to church tomorrow morning! Please let me go! Let me go!," katanya cemas.

Setelah dijelaskan, pihak polis hanya ingin memberkas ibu ayam, 25 tahun tinggal di rumah kedai, dipercayai memperdagangkan 4 gadis senegaranya berusia di antara 18 dan 19 tahun, dia kemudian bertenang.

"I like your hair, same color as mine," ujarnya dalam loghat Tagalog.

Cuma dia tidak mengetahui betapa panasnya kepala saya memakai rambut palsu terbabit lebih 2 jam.

Syukur, semua tugasan dirancang berjalan lancar dan dari 21 Mei hingga hari ini, kami berjaya menyelamatkan 12 mangsa perdagangan manusia, 8 daripada mereka telah dihantar ke Kota Kinabalu petang semalam.

21 ulasan:

  1. Hikhikhik!

    BRO, I like your hair too. U look so cute!

    BalasPadam
  2. Idea yang bagus,
    Sesekali ubah image..

    dah lama nak cadang segan nak bagi tau ..huhuu..

    BalasPadam
  3. Salam Bro Mazidul,
    Memang cam Superman la selamatkan mangsa-mangsa ni.
    Superman yang ada style bro....
    Congratz and keep it up...

    BalasPadam
  4. salam en mazidul,

    mak tak kosser nyah!!!

    cute, mmg tak perasan itu u tapi tgk lagi sekali mmg muka u.

    teruskan usaha membanteras pemerdagangan manusia.

    semoga anda sentiasa selamat & dalam perlindungan-Nya.

    BalasPadam
  5. jap, are you trying to say that you are eyeing for MIC presidency too? gosh, abislah peluang.

    BalasPadam
  6. salam bang.. just nak tegur skit la..
    lahad datu bkn lahad datuk ek... :)

    BalasPadam
  7. haha.. dah mcm mission impossible dah ni bro.. mesti kena ada byk koleksi rambut.. kumis.. jambang dan sebagainya.. heheheheh.. anyway.. tahniah atas usaha yg dilakukan..

    BalasPadam
  8. Pemerdagangan orang ni dah lama berlaku. Tapi Malaysia cuma ambik tindakan bila Amerika kecam kata di Malaysia ni banyak aktiviti pemerdagangan orang. Mesti kerja kongsi gelap yang nak cari duit lebih. Kongsi gelap akan buat apa saja kerja haram.

    Holocaust

    BalasPadam
  9. Faizal, Azie, lama beb memakai rambut dibekalkan dek wardrobe TV3 tu, else projek memang akan 'bocor' dan balik ke Kuala Lumpur berputih mata. Just believe me.

    Zeq, thanks.

    Ashraf, kami melakukannya dengan bantuan pelbagai pihak. Bukan Superman, hanya sekadar 'a man'.

    Adziim, kalau tidak buat begitu, buang masa sahaja ke Lahat Datu.

    Hazrey, cadang semua, PKR, BN, PAS :)

    Ema, corrected.

    SN7, mesti berserabut kalau all comboned.

    Suka, asalkan tidak menangis.

    BalasPadam
  10. fulamak! rasa nak nangis tengok rambut tu..

    BalasPadam
  11. brutal abis rambutnya!.... sesekali menyamar memang syok!

    BalasPadam
  12. waaaa nice hair.. mcm rambut badut pon ada jugak tuhh kekkee.. jgn mare ye bro

    BalasPadam
  13. hehehe dua kali sy tengok rupanya abg mazidul...good job..skli skala panas kepala xpe demi tugas :)

    BalasPadam
  14. kah kah kah! rambut bukan sebarang palsu, tp banyak jasa tu;D kelakar

    BalasPadam
  15. Juma, memang rambut itu banyak jasa. Jika tidak kerja di Lahat Datu pasti tidak dapat dijalankan secara sempurna.

    Lain kali kena pakai rambut lain. Ada cadangan warna dan gaya?

    Hahahahahahahhahah!

    BalasPadam
  16. Lain kali pakai misai/jambang palsu pulak...

    emm.. cam ne ek muka mazidul berjambang/bermisai?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.