Jumaat, Mei 28, 2010

Lelaki Tidak Curang

Lelaki kerap dituduh kurang setia, curang berbanding perempuan.

"Kau tengok Zul tu, girlfriends dia ada 3"

Sebenarnya, Zul hanya menggunakan hak dia untuk membuat pilihan terbaik. Jika hanya memiliki seorang teman wanita bagaimana mungkin Zul  berupaya memperbandingkan qualiti keperibadian perempuan itu?

Jika diperhatikan, sebilangan perempuan cuba tampil sempurna, bertujuan menarik perhatian teman lelaki terkini. Namun, andai dicungkil sejarah lampau hidup mereka, barangkali tidak ramai lelaki sudi mendampingi biar secantik mana pun perawakan ditonjolkan.

"Dia dahulu ramai boys, semua dah 'main' dia," komen individu mengenali perempuan itu.

Jadi, wajarkah dia dijadikan teman wanita diniat untuk dinobatkan sebagai isteri kepada lelaki?  Majoriti kaum Adam pasti mengatakan TIDAK.

Sebilangan perempuan pula dilihat anggun pada luarannya tetapi pada masa sama bersikap membosankan. Dia tidak bijak menceriakan suasana, tidak memilki 'sense of humour' dan menganggap proses menjalinkan perhubungan dengan teman lelakinya, aktiviti rutin.

Mahukah lelaki mengangkat mertabat perempuan sebegitu sebagai pasangan hidupnya? Pastinya mereka berkata tidak, jika mempunyai pilihan lain.

Berdasarkan hujah itu, tidakkah wajar lelaki mempunyai lebih daripada seorang teman wanita sebelum berkahwin? Sekurang-kurangnya mereka mempunyai pilihan.

Perempuan juga memiliki hak sama namun majoriti gentar sekiranya mempunyai ramai pasangan, mereka kelak digelar 'mata keranjang'. Setia kepada seorang teman lelaki, itu dipraktikan majoriti. Malangnya, di penghujung perhubungan sebilangan tersungkur, baharu tersedar, pilihan dibuat tidak menepati citarasa namun sudah terlewat untuk mengubah keputusan. Tambahan pula apabila 'kelapa sudah ditebuk tupai', tupai berkaki dua, teman lelakinya itu.

15 ulasan:

  1. combi pun suka lelaki yg ada sense of humour baru best suasana tak mcm dlm muzium tehehee ;p

    tapi biasanye tak semua yg kita inginkan kita dapat kerana apa yg kita tak suka mungkin yg terbaik ALLAH beri pada kita.

    eh... bapak gula-gula tu nampak klako dlm blog tapi kat rumah dia klako tak?

    ermmm...kena tanya niza ni ^.^

    ........

    teman lelaki ada byk gf takpe tapi kalau suami ada byk gf mmg nak kena hempuk kepala kot ha ha ha ;D

    BalasPadam
  2. echah kak oii, sebelah rumah kami ada sarkas so kami buat part time kat sini.

    bro maz, terasa ai tau pakai nama zul. hahahahaha.. hahahaha.. i ada empat lah.. baru cukup kuota

    BalasPadam
  3. Amboiii COMBI...
    Yang pasti aku pun ada gak skit sense of humor...

    baru serasi dgn si pendiam.

    Lelaki berhak memilih ramai, terpulang. Wanita pun, tapi kerana lumrah terikat dgn sifat pemalu dan adat (mungkin) tidak ramai wanita berani bertukar-tukar teman lelaki wpun dgn alasan kukuh.

    Bila dah kahwin, jangan pula dihalang suami hendak berkahwin lagi.. :)

    BalasPadam
  4. hahahhaha.. kelako jugak la entry kali ni. Tu la pmpn... sbnrnya kita pun ada hak juga nak pasang banyak2 (sblm kahwin), yg terbaik barulah dijadikan suami. Masalahnya pmpn zaman skang dah lebam2 kena tumbuk ngan pakwe pun masih dok merayu ikut ketiak pakwe. Pada vic la... kalau pmpn yg tak dihargai sblm kahwin tp pmpn tu still menempel ngan laki tu, itu maknanya dia dah habis dahh... Kalau tinggi maruah dia, dia takkan biarkan dirinya dipijak dan diperkotak katikkan lelaki mcm tu. Lgpun jantan mmg banyak dalam dunia ni, so... carilah lelaki... kalau yg kita jumpa tu sekadar jantan.

    P/S: Abg yang namanya JANTAN jangan terasa ye.... jantan yg dimaksudkan di atas takde kena mengena dengan nama anda.

    BalasPadam
  5. hahahaaa TOKLAKI kak azie memang pendiam orangnya... jauh beza dengan perangai gila2 kak azie tapi mungkinkah 'TOKLAKI' diam & serius kerana itu kali pertama dakni jumpa dengan bakal 'pak mertua'?
    muahahahaaaaa

    BalasPadam
  6. ICE > Kalu tak ku kenangkan ini rumah orang, memang berdesing telinga ko aku lesing..!

    Tapi memang itulah karakter sebenar dia ICE. Pendiam yang sangat contrast dengan Mak Andeh dia yang sangat kecoh nih...!

    BalasPadam
  7. hahahaaa so betul laaa firasat dakni tentang sifat pendiam 'TOKLAKI' kak azie tu... chillllll lerrrr kak azie..!!!!

    p/s: mintak maaf yer tuan tanah pasal bergurau senda kat rumah tuan ni... hahahaaa peace no war..!!!

    BalasPadam
  8. Lelaki kalau SEMPAT memilih tetapi tidak mengambil keSEMPATan adalah lelaki yg baik.

    Perempuan kalu tidak SEMPAT memilih, berfikirlah dengan waras.

    Kalau semuanya tidak SEMPAT, itulah yg menjadikan si lelaki menjadi tupai menebuk mana suka, si perempuan dipaksa rela ditebuk-ditinggal-lunyai.

    Seronokkan? Tapi sementara nak buat hapa, takde pekdah...

    BalasPadam
  9. Abg mazidul nak try buat contoversial post ker...haha

    Permpuan pun berhak memilih antara yang terbaik.

    tapi beza antara lelaki dan wanita, die pilih satu demi satu.

    bukan sekali haruk lima enam orang macam lelaki.

    apa kata lelaki mata keranjang, sila tumpu pada seorang perempuan dulu. kalau dia tidak sesuai, putuskan dan pergi ke perempuan lain pula. jangan main ramai2 sekali harung.

    OK?

    (itulah sebabnya lelaki diBOLEHkan kahwin banyak tapi diGALAKkan kahwin satu...

    BalasPadam
  10. sering tertny-tny jika boifren skang tgh pasang ramai.. tp kisah sbnrnya.. kekadang ku ade gak ckp.. kalau jumpa yg lebih baik dariku.. ckp awal2.. hee

    BalasPadam
  11. o ye...zul dlm cerita ni bukan zulhazri abu bakar ye en mazidul.kalau ia pun ape salahnye sebab dia punya ciri-ciri yg en mazidul sebutkan ni tehehee ;p

    bro...ko jangan marah ye sebab nanti ko kena jual disabah.ehem ehemm ;)

    BalasPadam
  12. adoi..sori berlori ye bapak gula-gula... *ishhh tu la ketulahan suda ni*

    P.S itu adalah combi.inilah akibatnye guna laptop org tanpa izin.. *blushing*

    ***en mazidul tumpang lalu ye.tq

    BalasPadam
  13. hmm setuju...masing2 ada hak tuk mencari yang terbaik... SEBELUM KAHWIN....tapi bila dh kawin.. terima la pasangan seadanya..

    jgn la nak secantik selembut Khadijah kalau diri tak sesempurna Nabi Muhammad s.a.w.............

    masing2 kna give and take, belajar terima kekurangan barula hidup leh bahagia.... suma org tak sama... rambut sama kaler hati tetap lain2.... skrg rambut pun dh tak sam kaler..hahahah

    BalasPadam
  14. bagaimana pula dng wanita? adakah wanita tiada hak utk memilih yg terbaik buat dirinya lebih2 lagi wanita yg tidak terlibat dng kehidupan sosial yg 'terlajak' tu? adalah tak adil bila lelaki situpai yg telah 'menebuk kelapa'sibuk memilih wanita yg baik akhlaknya dan menolak spesis yg serupa dengannya? alangkah malangnya wanita tersebut terpaksa menerima lelaki 'jalang' sebagai suaminya, alasan masyarakat; lelaki tak apa buat punnn..perempuan mesti ikut saja...(?) so yg ada gf lebih tu setahu saya memang paling ramai mendekati zina walaupun bukan semua. so perempuan yg bukan golongan penzina berhati2 dng lelaki jenis ini. lepas puas berfoya2 mereka akan bg alasan perempuan itu semua murahan.nak buat isteri mesti perempuan baik-baik. kononnya boleh pimpin dia..(what?) Bukan ke dlm Islam lelaki kena pimpin perempuan? Tak tahulah kalau bapa-bapa diluar sana suka anak perempuanya bersuamikan hidung belang..-sekadar pandangan.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.