Khamis, Mei 13, 2010

2 Tahun Hitam Putih Kehidupan

Tampalan pertama di blog ini saya catatkan pada 13 Mei 2008. Maksudnya, hari ini genap 2 tahun saya menjadi blogger.

Sepanjang tempoh itu, ramai bloggers saya kenali samada di alam nyata atau maya. Di kesempatan ini saya ucapkan terima kasih kepada semua pelayar setia blog ini samada mereka aktif melontarkan komen atau 'silent readers' dari dalam dan luar negara.

Dalam tempoh sama, setiap tampalan mendapat respon berbeza pembaca. Sebilangan membuatkan pembaca tersenyum, sebilangan lagi mencetuskan kemarahan dan menjadi isu kontroversi.

Saya masih ingat ada tampalan dianggap terlalu 'tajam' sehingga mendorong kumpulan tertentu mendakwa membuat 6 laporan polis berhubung tajuk diolah. Namun, jika olahan berbentuk fakta, saya yakin tindakan mereka memakan diri sendiri.

Pada masa sama, segelintir pembaca melontarkan komen berbentuk serangan peribadi melulu, tidak membina dan profesional, terpaksa saya abaikan.

Namun, harapan saya, apapun reaksi pembaca, timbalah ilmu terkandung di dalam setiap tampalan sekiranya berguna. Jika tidak, ketepikan.

Hakikatnya, bukan mudah menulis setiap hari kerana ide tidak boleh dibeli menggunakan wang ringgit dan jatuh dari langit. Ide hadir melalui kreativiti tanpa mengkesampingkan fakta.
 

22 ulasan:

  1. agreed... bukan senang nak menulih... just keep up the gud work... i do really like reading your blog.

    BalasPadam
  2. ya..teruskan memberi maklumat yang terbaik kepada suma bloggers yang lain.

    BalasPadam
  3. Selamat maju jaya dan terus kan usaha walaupun mengharungi berbagai2 dugaan.

    BalasPadam
  4. 2 tahun dan masih bertahan. Tahniah buat anda. Moga dipangjangkan umur dan terus sajikan saya dan para pembaca lain akan berita-berita Malaysia dari sudut pandangan anda.

    BalasPadam
  5. Sdr. Mazidul, Tahniah! kerana bertahan genap dua tahun berkongsi pandangan mengenai hitam putih kehidupan. Sesuai dengan temanya, yang baik jadikan tauladan & yang buruk jadikan sempadan. Semuga ia telah menyumbang dan mencetus minda ke arah kehidupan yang lebih positif. Percambahan idea amat diperlukan. Anggaplah ini sebagai satu peranan tambahan setiap individu yang cintakan kedamaian, kebenaran dan kebijaksanaan. Banyak lagi blog sebegini yang beloh dilayari. Munafaat kepada semua.......Selamat menyahut cabaran.

    BalasPadam
  6. 'Hakikatnya, bukan mudah menulis setiap hari kerana ide tidak boleh dibeli menggunakan wang ringgit dan jatuh dari langit. Ide hadir melalui kreativiti tanpa mengkesampingkan fakta.'

    Kakcik suka dan sokong kenyataan ini sepenuhnya. Memang tidak mudah untuk melontarkan ide dan membuatkan orang suka dengan apa yang kita titipkan. Kecuali kalau kita menulis hanya untuk menyakitkan hati orang lain dan mencari populariti dan menimbulkan pertelingkahan semata-mata. Tentunya, kalau kita mengambil sikap begitu, kita bukan tergolong dalam golongan yang matang dan berfikiran terbuka (atau dengan bahasa kurang halusnya - kita bukan orang yang cerdik!)

    BalasPadam
  7. Salam Sdr Mazidul,

    Happy Birthday Perkongsian Hitam Putih Kehidupan ke dua.

    Banyak info yg diperolehi dari sini.

    BalasPadam
  8. Salam Bro ,

    slmt ulangtahun ke-2 utk blog penuh fakta lg hangat nih !

    sy baru je follow blog bro ni..byk berita sy trlepas rupenye..thnx

    BalasPadam
  9. assalamualaikum anakanda mazidul..hari2 singgah membaca cuma tak tinggal jejak je sebab dah ramai yg komen..tahniah dah berusia dua tahun tapu laku macam goreng pisang panas..tahniah makcik ucapkan.

    BalasPadam
  10. selamat ke 2 tahun,
    bolehlah buka Domain..lepas ini.

    BalasPadam
  11. Salam Bro...

    Selamat ulang tahun.. Semoga terus cekal berkarya!

    BalasPadam
  12. Salam bro Maz,

    Selamat Ulang Tahun yg ke-2 buat blog ni...:)

    BalasPadam
  13. yeahh! 2 tahun,1 juta lebih pelawat mmg cukup hebat..pengikut pun makin meningkat..boleh bukak parti baru nih!

    BalasPadam
  14. everyday looking for your new post..

    selamat ulangtahun ke 2 to hitam putih kehidupan

    BalasPadam
  15. selamat ulang tahun ke 2 berblog....dgn jutaan peminat...tahniah

    BalasPadam
  16. selamat ulang tahun ke-2 blog bro Mazidul!

    seronok membaca isu-isu yang dikupas..lebih seronok lagi bila dapat bersua muka dengan penulisnya.

    sangat cool! harap dapat berjumpa lagi di masa akan datang

    BalasPadam
  17. selamat ulang tahun!:)Tahniah! tahniah! Tahniah! kerana berjaya sbg blog yg aktif, kreatif dan positif!(positif krn selalu ambil jln tengah, dan tidak melulu) Terima kasih atas segala ilmu & isu2 di sini...

    BalasPadam
  18. selamat hari ulangtahun..heeee..cepat buat parti...tapi buat la area kl sonang den nak sampai

    BalasPadam
  19. Tahniah!

    Rasanya dua tahun itu nilai ilhamnya mengatasi kami yang lebih lama menulis blog. Seyogia Bro Maz seorang wartawan yang sentiasa berkembara.

    Jauh berjalan luas pandangan malahan pengalaman berada di sesuatu tempat pastinya menjanjikan ilham & ide yang jitu buat pembaca.

    Jika semua wartawan dapat menulis sebaik Bro Maz pastinya meriah dunia penulisan Bahasa Melayu kita.

    Teruskan menulis!. Sesuatu yang baik lalu dicatatkan di blog berupa sedekah adanya.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.