Selasa, Mei 25, 2010

Saya Bukan Bung (Mokhtar)

"Ini kawasan Datuk Bung Mokhtar, Kinabatangan," ujar Ketua Polis Daerah, OCPD Lahat Datu sewaktu kami bersama menaiki kenderaan menuju ke Sandakan, Sabah.



Superintendan Shamsudin Mat Zain, OCPD Lahat Datu, berbaju biru.


Kami singgah minum di restoran, sempat menjamah pisang goreng dan minum Kopi Janda. Selepas minum petang dan bersembang lebih setengah jam, kami berempat beredar.

Beberapa pekerja kedai, majoriti gadis remaja belasan tahun mengekori kami dari belakang.


"Boleh ambil gambar?," tegur lelaki berbaju putih, memakai apron.

"Saya bukan Datuk Bung, Zizie pun tak ada," gurau saya.

 "Kami semua peminat encik Mazidul bah. Ini anak perempuan saya, 3 orang, ramai lagi ini mahu gambar sekali," pintanya. 

Saya ada peminat? Tidak pernah saya mendengar kenyataan itu sebelum ini.

"Bukan peminat saya, barangkali peminat 999," ujar saya.

Terfikir, itu saya, hanya wartawan, bukan artis mahupun ahli politik.

Bagaimana jika ahli parlimen Kinabatangan, Bung dan isteri, pelakon terkenal, Zizie datang melawat kawasan? Mesti diserbu lebih ramai 'peminat'.

18 ulasan:

  1. Bagus juga ada peminat ....maksudnya pekerjaan dan sumbangan kita dihargai dan dipandang tinggi.

    BalasPadam
  2. of coz abang ade peminat,

    ahli politik-diminati kerana kata2
    penyanyi-diminati kerana suara
    pelakon-mungkin kerana rupa

    abang diminati oleh truth-seeker
    ;-)

    BalasPadam
  3. Wow! hebat gak tu.
    Biasalah tu BRO, minat dan diminati. Itu belum kira peminat yg admire melalui blog lagi. hehehehe...

    BalasPadam
  4. Salam Sdr MAS..

    bila kita dikenali dan ada yang mahu mendekati dengan mesra - itulah takrifan peminat mengikut 'kamus kakcik'. :)

    BalasPadam
  5. Bila ada ramai peminat..hidup terkawal sikit Bro!..hehehe, sbb tu org2 popular bila buat benda2 pelik kena menyorok..salam

    BalasPadam
  6. ulasan gambo :

    1. en mazidul mcm hero kampung disitu hehe.. ;)

    2. para suami sedang membuat report kpd isteri masing-masing ha ha ha *almaklumlah kan..*

    3. en mazidul dah pening lalat sebab dikelilingi oleh sumandak yg comel-comel gitu. *dlm hati popular jugak aku eh..*

    4. terasa muda bila didampingi gadis-gadis disitu *ini dah jangkit virus datuk bung*

    5. bapak kpd gadis berkata " eh bergambar bah sama en mazidul nanti gambar mu dikasi masuk dlm blognya.." *ganteng en mazidul disitu *

    en mazidul jangan marah eh sekadar gurauan blog jer ~ jangan saman cheq na pasai cheq tak dak duit nak bayaq loyar ^.^

    peace..!

    BalasPadam
  7. biasanya kalau YB2 datang...idaklah gitu nak bergambar...security penuh...keliling kelalang adelah org 2 tinggi je..rakyat tgk dari jauh...pergi lah mana2 pun...

    BalasPadam
  8. salam...

    Mestilah ada peminat... tak semestinya artis atau celebreties..

    kalau sebagai orang biasa pun ada peminat ker secret admirer ker.. inikan pulak encik mazidul.... huhu~

    (^____^)

    BalasPadam
  9. saya pun peminat abg dul..erk..boleh kita bergambar??
    hehehe

    BalasPadam
  10. Hmm... takkan la bro Maz tatau bro ada peminat??
    Vic bukan minat 999, Vic minat Bro Mazidul. Sebab tu bila tukar pengacara lain, majuk sekejap sampai tak nak tgk.

    BalasPadam
  11. 'Peminat' saya selalunya ahli sindiket, dia orang selalu ikut saya, terlalu ingin tahu berhubung pergerakan saya, lokasi saya berada.

    BalasPadam
  12. saya pon peminat.. hari dok jenguk kat sini hehehe

    BalasPadam
  13. Rimbun, terima kasih. Itulah namanya peminat blog. Saya pun peminat banyak blog.

    BalasPadam
  14. Bila dah ada peminat ...dan bila ada offerr percuma,belasah jer..

    uhukkkk..uhukk

    BalasPadam
  15. ...dan jika ada sesiapa yang menyambut secara Kebetulan Sdr Mazidul di man-mana Lapangan Terbang juga turut menjadi tempias mata mengekori..
    ..mana tau informer ker kan?..

    BalasPadam
  16. Saya sekeluarga peminat En. Mazidul sejak 360 dulu lagi.

    Aura seseorang Pengantara itu memainkan peranan penting untuk sesebuah program itu Difahami - Disukai - Diikuti.

    Aura + Diminati + Dipercayai = Awak memang sesuai di lapangan ini.

    BalasPadam
  17. Sdr Mazidul;

    Tak semua peminat Bro Maz ini dari ahli sindiket; saya juga salah seorang peminat Bro Maz; bayangkan jika hampir sebulan tak baca blog ini rasanya ada serba tak lengkap hidup ini.

    Blog Bro Maz banyak memberikan maklumat kemanusiaan, sikap gigih & telus dalam berkerja amat menarik bagi siapa juga meminati isu kemasyarakatan.

    Pun cara penulisan yang jujur lagi terkawal tentunya dapat menambat hati peminat.

    Saya sendiri sukar mengawal perasaan ketika menulis tetapi Bro Maz amat mengawal semua ini. Bila menulis dengan emosi terlampau pembaca pun jadi meluat & hambar tulisan tersebut.

    Aura Bro Maz terusan tersebar; bayangkan Pengikut blog ini telah pun ke bilangan 2327. Tahniah!

    Satu ketika nanti saya berharap Bro Maz akan menerbitkan buku buat khazanah Bahasa Melayu yang kekeringan wadah kemasyarakatan pun kemanusiaan.

    Saya juga peminat Sdr Mazidul.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.