For every action, there will be an equal opposite reaction - Albert Einstein
Di negara kita, ramai individu bergelar selebriti, antara mereka, pelakon dan penyanyi. Majoriti, bijak memelihara maruah diri.
Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, seniman agung tersohor kerana bakat dan karya dalam bidang pengarahan filem, nyanyian dan lakonan.
Justeru, tidak hairan sehingga kini majoriti filem lakonan seniman terbabit masih ditonton masyarakat pelbagai bangsa dan peringkat usia.
Adakah beliau dikenang kerana kisah kontroversi hidupnya?
Pastinya tidak.
P. Ramlee dikenali dan dikenang sehingga ke hari ini kerana bakat dan keperibadiannya. Barangkali beliau juga pernah melalui saat getir sebagai anak seni tetapi bakat dimiliki menenggelamkan kisah terbabit.
Malang, sebilangan artis sekarang mungkin tidak berminat untuk mempelajari kaedah insan seni terdahulu berhadapan kontroversi.
Oh ya! Dahulu, tiada kemudahan internet, sekaligus tiada Twitter. Cuma Majalah Filem antara wadah mereka berkongsi kisah kehidupan sebagai artis bersama peminat. Sewaktu di sekolah menengah, ketika menggeledah almari lama di rumah arwah opah, saya pernah terlihat gambar artis dahulu berpakaian baju kebaya ketat dan seksi tetapi tidak menjadi isu sama sekali.
Khususnya bagi artis enggan kisah peribadi mereka diperkata dan dipersoalkan, mungkin ada baiknya mereka bertemu artis veteran seperti Datuk Sarimah, Datuk Aziz Sattar dan Datuk Mustapha Maarof untuk mendapatkan pandangan mereka.
Pernahkah pembaca mendengar mereka mendedahkan kisah perhubungan peribadi secara terbuka? Walhal pada zaman itu, wartawan dan jurugambar juga wujud.
Oh ya! Cuma pada ketika itu tiada Twitter.
Ingat kata pepatah Melayu, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Nama baik, bukan nama tercemar berikutan kisah kontroversi di waktu muda.
Rumusan Einstein, for every action there will be an equal opposite reaction juga pada masa sama harus diambil kira maknanya dek sebilangan artis terkini.
Jika artis mendedahkan kisah peribadi mereka secara terbuka untuk dibaca puluhan ribu peminat di Twitter, usah pula melatah jika wujud pihak mempertikaikan antara kenyataan dikeluarkan berdasarkan fakta, tambahan pula jika pihak itu tidak mempunyai sebaran kepentingan.
Sesungguhnya, pada waktu tertentu, berdiam diri itu lebih baik berbanding mengeluarkan kenyataan mampu memakan dan meratah diri sendiri.
Sangat-sangat setuju !!
BalasPadam......
......
Yang molek itu budi,
Yang indah itu bahasa..
Yang elok dikenang orang, yang buruk sukar dilupakan...
daripada uncle sibuk cerita pasal artis malaysia yang xde faedah, baik follow up kes di egypt..ape tindakan kerajaan kita tentang hal tersebut?
BalasPadamslm en. MAS..
BalasPadamthat's very true. there's also a saying 'when u dont have anything good to say, it's better not to say anything'. tak ingat pulak dipetik dari mana..
p/s1 - kalau diambil gmbr en MAS jelir lidah mcm einstein tu mesti ade iras2 teman ghase.. hehe
p/s2 - bila nk sambong kelas ni?
Pandai makan, tapi tak pandai simpan..
BalasPadamSeronok ramai2, nangis le sorang2..
Diam lebih baik.
BalasPadamBagi saya pula, sering ingat:
“kalu kita lawan balik orang mengutuk, kita pun tak beza langsung dengan orang tersebut”
so jangan jadi bodoh sama....:)
*Sentiasa ingat artis2 lama seperti Zaitun, Saadiah, Zaleha Hamid...
silent is golden.
BalasPadam