Kekadang saya menerima komen sebilangan pembaca blog ini mendakwa tulisan saya berkisar hal remeh-temeh. Apa pun melalui pengamatan saya, blog mereka tidak sehebat mana apabila dibaca.
Mungkin pembaca pernah mendengar perihal 'hate and love relationship', maksudnya mereka membenci (hate) blog ini tetapi berminat membaca (love) bahan dimuatkan.
Barangkali mereka tidak sedar, blog ini milik saya. Blog untuk saya paparkan isu difikirkan sesuai.
Lupakan hal itu kerana saya ingin berkongsi kisah lebih signifikan bersama anda semua hari ini.
Saya berada di Kota Kinabalu, Sabah sejak Jumaat lalu. Jam 12 malam semalam saya, Hazlin Hussain dan jurukamera Amin Arif menyertai operasi bersama 37 pegawai dan anggota polis menyerbu penempatan warga asing.
Ya, sebelum ini saya pernah menyertai operasi hampir sama di pelbagai lokasi lain tetapi operasi kali ini memiliki keunikan tersendiri.
Kami ke lokasi menaiki lori polis bersama pegawai dan anggota bertugas.
Kami tiba di lokasi pada jam 12.49 pagi. Hazlin dan Amin bergerak bersama pasukan serbuan memasuki kawasan sasaran, lihat gambar berikut.
Bagaimana pun pergerakan kami agak perlahan dan terbatas berikutan hujan renyai dan jalan licin. Namun itu antara cabaran biasa bagi kami, wartawan membuat liputan kes jenayah.
Lihat jalan menuju ke Kampung Suang Parai, Kota Kinabalu ini. Titian kecil di kelilingi air keruh di kiri dan kanan.
Sewaktu serbuan, majoriti penduduk kampung, lebih 300 pendatang tanpa izin, PATI warga Filipina menyedari kehadiran kami memboloskan diri, terjun ke dalam air.
Titi di bina amat sukar dilalui, tersilap langkah barangkali maut menjemput kami jika tergelincir dan jatuh. Kayu titi sempit dan licin.
Melalui titi terbabit, mendebarkan. Perhatikan lokasi saya berdiri, ini bukan untuk mereka mudah berasa gayat.
Demi tugas, kami menempuh halangan itu biar pun berdebar.
Isteri lelaki di bawah memboloskan diri, meninggalkan suami dan dua anak perempuan berusia 4 bulan dan 1 tahun kerana dia tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah.
Kami kemudian bergerak ke lokasi seterusnya melalui jalan becak dan berlumpur.
Pasukan serbuan berjaya memberkas lebih 30 PATI pada jam 1.57 pagi tadi.
Jam 1.50 pagi, lelaki berusia 41 tahun, mendakwa menetap di kampung sama tanpa dokumen perjalanan sah sejak 20 tahun lalu diberkas.
Menariknya dia ditahan ketika bersembunyi di bawah rumah gelap ini.
Di akhir operasi, sewaktu minum bersama ketua serbuan, Cif Inspektor Jamirin Kintai, 46 tahun dari Ibu Pejabat Polis Karamunsing, timbul persoalan ...
"Tahu macam mana kita kesan lelaki tu tadi masa dia bersembunyi di bawah rumah?," tanya anak kelahiran Tuaran itu.
"Anggota tuan ternampak bayang-bayang di bawah rumah ...," celah Amin.
"Bukan," balas beliau ringkas.
Jika difikirkan, dalam suasana gelap masakan dia mampu dikesan.
"Mula-mula PATI lain duduk di tepi rumah komplen sebab tercium bau busuk. Rupa-rupanya dia terkentut, puuuuuuuuut! Kemudian baru anggota saya check di bawah rumah, tengok ada orang bersembunyi dan tangkap dia," jelasnya.
Kerana kentut busuk dan teralu kuat, dia terpaksa merengkuk di penjara.
Malang.
Ha ha ha...kentut pun pandai bagi hint....-Bro ada cium tak itu bau?-
BalasPadambagusla kalau selalu diadakan operasi di sabah ni...terlalu ramai PATI...nampak seolah-olah mereka lagi ramai dari penduduk tempatan...
BalasPadamHahahaha... tak cukup cerdik jika nak sembunyi dalam gelap.
BalasPadamSaya selalu terfikir dan membayangkan, seorang gadis cantik, ayu jelita seperti pengacara Hazlin, bertugas dilingkungi majoriti kaum Adam, tetap membuktikan dia boleh bertugas dengan jayanya.
Tabik kerana sanggup meredah becak lumpur, tak perlu baju fesyen glamour utk mencari bahan — itu antara cabaran.
Dulu saya sering berangan nak buat tugas yang “outstanding” macam tu. (nak jadi Pengacara dah lewat pun), tapi rasa bangga dan “different” bila berada dlm kelompok lelaki dan kemudian menjadi perhatian...!
Ahaks! (wanita kan suka perhatian?)
demi tugas, tahniah.
BalasPadamrumah kayu dan titi dibina sendiri jadi penempatan haram? Memang cari nahas betul PATI-PATI ni
BalasPadampasal blog ni,memang abg Mazidul beri informasi yg sungguh bagus n kdg2 kalau difikirkan masing2 blog punya cara tersendiri,so terserahlah..
BalasPadampsl PATI ni,ada tengok di tv,hari tu..Anggota RELA lagi,.,
tangkap utk masuk berita je ni..lepas tu...semua PATI ni akan dilepaskan dan akan bermula aktiviti seperti biasa...org kat Sabah dah bosan...!
BalasPadamtak caya, cuba datang lagi bulan depan ke tempat yg sama...GERENTI muka yg dah kena tangkap tu akan ada lagi sengih2 kat situ...
jika andaian td 3oo org PATI..berapakah hasil yg di tangkap?? bagai mana pula yg terlepas dlm operasi??adakah di biar kan begitu sahaja..
BalasPadamhahahaa!!! sape suruh kentut???
BalasPadamsaya suke juga pengacara baru ni. sapa kata org cantik tak lasak kan?
adus, teruk juga kerja tuan.tahniah kerana sanggup mengharungi semua itu untuk membongkar kehadiran PATI.
BalasPadamFuhh ! tidak lah saya akan melalui titi itu..gayat ..tabik aok bro !
BalasPadamjahat le kentut tu....he..he...
BalasPadamSalam mazidul, bila agaknya negara kita ini sifar pati dah bebas sepenuhnya drp mereka :(
BalasPadamNew Entry "Fasha Sandha dan aku juga bersalah."
Kat Sabah mmg masalah ni dah jadi biasa. Ada setengah tu ada IC tapi kami (org sabah) tahu mereka bukannya orang kami. Jgn tanya camna mereka boleh dpt IC tersebut, juz paham2 sendiri jer. Malah ramai org2 camni berniaga - dpt tempat dr majlis daerah utk berniaga. Siap berlagak lagi ngan IC mereka tu, siap kata 'kami ada IC bah...' . Yg peliknya, if ada operasi, boleh plak diorg cari org tempatan utk cover tpt diorg berniaga... & diorg taknak plak mengaku tpt tu diorg punya, sebaliknya diorg mengaku sebagai pekerja jer...
BalasPadamSerius bagi sebilangan pihak remeh bagi pihak yang lain.Bukan senang nak puaskan hati orang ramai.
BalasPadamTeruskan bro..Pendedahan dalam media mmbolehkan pihak berkenaan bertindak lebih pantas menangani kes..
Tahniah kerana berjaya memberkas PATI dan menghidu busuk karbon monoksida..hihihi..:P
BalasPadamSalam..
BalasPadamAda bermacam cara untuk Allah Taala tunjukkan jika seseorang membuat kesalahan...
Salah satunya... dengan membuatkan pesalah terbabit terkentut.. maka dia dapat dikesan...
Sesungguhnya.. Allah Maha Hebat dan Maha Besar...
Kita tak akan dapat bersembunyi walau di manapun jika Allah tak izinkan...
Wallahua'lam..
Kentut tak boleh simpan rahsia.... ha ha
BalasPadamErr... tentang penulis lain yang suka complaint blog orang lain tu... mungkin dia / mereka terlupa bahawa blog masing-masing... jadi hak masing-masinglah kan. Kalau tak suka buat apa baca dan ambil peduli...? tu saja...
BalasPadamPunyalah malang nasibnyer....kerana kentut aje....dah terperangkap! Kehkehkeh...!!! Nasib baik bro Mazidul tak pengsan terhidu baunya.
BalasPadamHAHAHAHAHAHHAHA.... bila kentut makan tuan~!
BalasPadamBro, standardlah tu tang orang komen pasal blog ni. Dahlah tak kena bayar, lagi nak bising. Kita semacam ada obligasi untuk puaskan hati minoriti padahal like u said, diaorang ni kritik pandai, cakap berdegar degar.. sampah.
BalasPadamKenapa lin pakai kasut putih? Hahahah..
Salam...
BalasPadammmg masalah PATI ni dah terlalu lama sehingga rakyat Sabah 'seolah2' dah menerima kehadiran mereka kerana mereka bergerak bebas di sini tanpa segan silu.. 'seolah' ada yang melindungi mereka..
entah lah bro.. tp ada juga rumours kt tmpat saya (di Kudat) hhmmm ada certain org dr pihak berkuasa.. 'melindungi' mereka.. rondaan, serbuan adalah gimmick semata2. mlm ni kena tgkap, lepak2 kt rumah merah (PATI) 6-7 hari pastu esok boleh balik.. ye lah.. janji tak bt jenayah, cari rezeki cara halal sebab ramai nak bagi kerja kt diorg ni.. maklum la.. murah dan x demand mcm org tmpatan. tp ni cuma gosip yg sy dgr.. dr bekas amah sy yg ada dokumen..
bila nak dtg kudat, tuan? di P.Banggi pun byk isu jg boleh dikupas kt sana.
Hazrey, she posted me with a questiom.
BalasPadam"Mengapa Hazrey tu muka dia macam Ajai"
Aizat, kalau awak masuk kawasan itu, bagaimana ya?
BalasPadamApa pun liputan penuh akan disiarkan dalam 999.
kentut punya hal, dalam pigi duduk..hehehe... kat sabah mmg ramai PATI...dari philipina yang ramai sebenarnya...saya pernah duduk di sabah 2 tahun..kalau ke bandar KK masa tu penuh dengan budak2 kecik yang tidak bersekolah menjual bakul (bag plastik) di sabah..kadang2 xsampai hati..bagi duit aje, tak amek pun bakul dia..tapi patut dibenteras PATI ni..nanti akan memusnahkan negara kita juga kemudian nanti...
BalasPadamMazidul, bagi yang suka mengkritik blog anda tapi membacanya juga, apakah perkataan yang tepat untuk mereka yang seperti itu? BENCI TAPI RINDU... hehehe...keep it up...sorang yang benci tapi ramai yang suka membaca...
en.mazidul, sekadar ingin bertanya.
BalasPadamsetiap kali saya lihat episod 999 tentang tangkapan pati,
pihak berkuasa menengking2 mereka tetapi mereka tidak pun melawan atau menunjukkan sikap agresif.
kesian juga kadang2 tengok sebab sesetengah daripada mereka seolah2 tidak tahu apa-apa dan ditipu.
*mungkin itu dari sekadar luaran tetapi sebenarnya mereka menipu kita.*
soalan saya,
apakah relevannya pihak berkuasa menunjukkan kekasaran seperti itu?
adakah sebab pihak berkuasa dilatih sebegitu untuk berdepan mereka berlagak seolah2 ini negara mereka atau mereka memang layak diperlakukan begitu?
saya hanya tertanya2 kerana 999 hanya menunjukkan sebahagian sahaja, tidak menunjukkan keseluruhan operasi dan apa yg perlu ditempuh pihak berkuasa.
terima kasih en.mazidul.
Whuttadilly, PATI, kelompok warga asing didapati menyalahgunakan atau tidak memilki dokumen perjalanan sah.
BalasPadamMereka diberkas di pelbagai lokasi.
Sebilagan daripada PATI diberkas menunjukkan sikap agresif dan mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk memboloskan diri.
Kekadang mereka berjaya diberkas dan berkomunikasi secara manja bukan tindakan wajar.
Jika mereka ternyata secara terang-terangan tidak menghormati undang undang di Malaysia, perlukah kita menghormati mereka?
kadang2 terdetik rasa kesian bila memikirkan sebahagian mereka dtg untuk mencari rezeki walaupun sebenarnya telah banyak daripada mereka yang saya jumpa bersikap begitu KURANG AJAR.
BalasPadam*termasuklah bukan PATI yang datang menggunakan pas pelajar tapi berlagak seolah2 ini negara mereka.*
terima kasih en.mazidul.
saya telah dapat gambarannya serba sedikit.
Pendatang asing ni datang Malaysia ada yang berlagak lebih tu..
BalasPadamKerja pencuci tandas IK*A Damansara je..
Lantai basah kena sebab air paip masa kita basuh kaki dalam tandas..
Dia berani "sound" kita orang tempatan ni..
Berlagak sungguh dia..
Rasa nak "sound" balik je..
.......
++KOMIK PEDIH++
Titi tulah gamaknya tempat mereka buang hampas kunyit.
BalasPadamChait...
kentut bau bangkai lah ni..
kahkahkah.. kerana kentut.. kantoi jadiknya.. pengajarannya.. sebelum nak bersembunyi..jangan lupa kentut dulu.. hihi
BalasPadam