Ahad, Januari 30, 2011

Jangan Sentuh Atau Cuba Membelai Kucing Saya!

Sebelum ini, saya ada memelihara kucing.

Bulu kucing saya cantik dan gebu, dia kucing jantan daripada baka baik. Namun kucing saya itu kekadang nakal, gemar mencakar sofa diletakkan di luar rumah orang lain, sofa uzur tetapi barangkali kelihatan menarik pada pandangan kucing saya.

Suatu ketika dahulu, ada suspek bersungguh-sungguh cuba menghampiri kucing saya, saya marah.

Saya memberikan amaran kepada suspek terbabit ...

"Jangan sentuh atau cuba membelai kucing saya, kalau awak buat juga, saya akan ambil tindakan"

Bunyi kenyataan itu bak berbaur ugutan tetapi mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,  tidak. Phrasa 'ambil tindakan' itu bukan melambangkan ugutan jenayah secara spesifik terhadap tubuh badan atau harta benda suspek.

Wujud pelbagai kemungkinan ...

'Ambil tindakan' apa? Mungkin tindakan menyerahkan kucing kesayangan saya itu kepada suspek kerana saya bosan memeliharanya, asyik suka mencakar sofa.

Apa pun, saya boleh disabitkan kesalahan andai kata melontarkan kenyataan berbunyi ...

"Jangan sentuh atau cuba membelai kucing saya, kalau awak buat juga, saya akan pecahkan kepala awak"

Ya! Ada kenyataan kedengaran berbaur ugutan tetapi tidak diklasifikasikan sebagai ugutan jenayah mengikut Kanun Keseksaan.

Sekarang ini jam 3 pagi, sebelum memejamkan mata di katil hotel, saya terbaca berita ini  di akhbar Kosmo! Hati tiba-tiba melonjak gembira. Seronok membaca, biar pun jodoh pasangan terbabit tidak  berkekalan tetapi  mereka masih berusaha gigih menjadi ibu dan ayah terbaik demi kebaikan putera kesayangan.

Eh! Saya juga berasa hasil tulisan sahabat saya, Hazrey harus dihayati tanpa emosi. Bacalah secara rasional sekaligus cuba memahami isi kandungannya.

Orang tua berpesan, insan bijak tidak membuat telahan dan tanggapan dalam nukilan, bahan tulisan mereka bersandarkan kepada fakta dan realiti biar pun dikecam sebilangan pembaca.

... pembaca tidak mampu menerima fakta dan realiti secara terbuka hanya kerana ia pahit buat mereka.

11 ulasan:

  1. Saya juga ada memelihara kucing. Ada 6 ekor semuanya. Petang tadi tambah 3 ekor lagi...

    Tapi tak le gebu macam kucing Mazidul... hehehe...

    p/s Kebenaran memang amat pahit untuk ditelan...

    BalasPadam
  2. Ada seorang kawan kakcik (dia tidak berpisah dengan pasangannya), begitu marah dan emosi bila melihat pasangan yang sudah berpisah tapi masih berbaik-baik. Katanya 'bagi aku, kalau dah berpisah tu, maknanya tak boleh berbaik lagi...'.

    Enath... kakcik tak tahu hendak membalas kata2nya (silap2 nanti boleh jadi gaduh pula) sebab bagi kakcik, itu hak masing2 - ramai yang tidak boleh berbaik semasa masih sah sebagai suami isteri tetapi boleh bergurau senda bila telah membawa haluan sendiri.

    Kakcik alah dengan kucing walaupun tidak membencinya!

    BalasPadam
  3. sejak berkahwin dah lupakan haiwan kesayangan tu, suami tak suka kucing, anak2 pun begitu... belai kucing jiran je lah...

    semoga jodoh mereka kembali bertaut

    BalasPadam
  4. wahh sayangnye kat kucing . pegang pun tak bagi . theee hee hee :)

    BalasPadam
  5. kucing memang sangat comel.. tapi ada je yang tak suka kat hostel ni.. almaklumlah dah banyak sangat sampai asyik cakar kasut kulish

    BalasPadam
  6. lebih mudah kalau ambil pendekatan berdiam diri
    tak payahlah terus terus mendedahkan kebodohan diri sendiri
    heh

    BalasPadam
  7. saya dan isteri pun suka pelihara kucing. tapi keadaan je yang tidak sesuai sekarang. Haritu kucing kesayangan mati sebab keracunan, menangis satu family. huhuh

    BalasPadam
  8. Saya memang suka kat kucing. Tidur dengan kucing... Mandikan kucing, keringkan bulu dia... Tapi sekarang dah tak boleh dah bela kucing lagi. Jadi bagi je lah kat orang lain. Ada orang nak saya bagi je lah... Pas tu saya dah biasa hidup tanpa kucing.

    BalasPadam
  9. saya suka belai kucinh. nak bela tak mampu nak kasi makan dan kasih sayang sebab saya suka jalan2..hehe nanti terabai..dosa pulak

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.