"Bro, saya nak kongsi satu cerita ni," katanya.
"Cerita best tak? Kalau kisah politik, jualan langsung, insuran atau pelaburan KWSP, saya tak berapa berminat nak dengar," usik saya.
Perbualan terhenti buat seketika.
"Bro, ini cerita serius. Ada awek, umur dia dalam lingkungan 30 an. Dia dah registered nama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat nak ambil anak angkat tetapi sampai sekarang tak dapat. Mungkin bosan berharap, dia ajak saya ...," katanya.
Menurut pemanggil, gadis kenalannya itu tidak pernah berkahwin sebelum ini.
"Dia ajak apa?," soal saya.
"Ajak saya buat anak dengan dia. Saya tanya, kalau you mengandung tanpa suami, famili tak bising ke? Dia kata, mulut orang lama-lama senyap lah. Dia kenakan syarat, kalau anak itu lahir, saya harus tutup mulut dan dilarang menghubungi dia dengan apa cara sekali pun," jelasnya.
"Wow! Biar betul," komen saya.
"Betul, dia serius. Rasanya dia dah bosan dengan perangai lelaki dia jumpa sebelum ini. Dia hanya nak anak, bukan suami. Kalau saya setuju, bulan Mac boleh start projek, time dia subur," ulasnya.
Tambah pemanggil lagi, gadis terbabit bukan lesbian dan mempunyai kerja tetap di Kuala Lumpur.
"Ish! Cerita ni kalau Harian Metro tahu, mesti reporter dia pick up untuk front page hari Ahad," gurau saya.
... tetapi dia tidak tertawa.
Astaghfirullahhh...
BalasPadamsampai begitu sekali dia boleh terfikir nak buat?
AA, hanya perempuan memahami kehendak perempuan.
BalasPadamMembuang anak pun selalunya proses membabitkan keputusan perempuan.
Ahaks!
aiyoo...ade jgak yg mcm tu eik banG mazidul ?..hehe
BalasPadamyang xnak anak buat dosa..yang desperate nak anak sgt pun nak buat dosa..hmmm..donia..donia...
BalasPadamahah setuju samua melalui keputusan perempuan.
BalasPadamAstaghfirullahhh...
BalasPadammana pergi imannya ni, suruh kawan tu kahwin saja, dah dapat anak ceraikan kalau betul gadis itu nak anak saja
gila..sanggup buat dosa
apahal pompuan tu?
BalasPadamSalam,
BalasPadamBila kehidupan tidak berlandaskan pegangan agama.. inilah jadinya..
Sekadar pendapat saya...
Hasmizal
gaya hidup yang merbahaya khasnya jejaka yang ada IQ 100 ke atas heee.
BalasPadamoleh itu umumkan tahap darjah IQ anda..melahirkan anak2 yang tinggi IQ, tetapi..rendah.."itunya"
berfikir di luar kotak pemikiran..
BalasPadamSalam
BalasPadamSaya sangat memahami jiwa wanita tersebut. Memahami tak semestinya setuju dengan apa yang dia buat. Naluri keibuan terlalu tinggi sehingga kita sanggup buat apa saja untuk mendapat anak, menjaga anak dan memberikan segala-galanya pada anak2. Seorg pelacur mencari rezeki utk anak2, seorg tukang basuh toilet mencari sesuap nasi utk anak, seorg tukang urut membawa balik sebuku roti utk anak2..hakikat kehidupan...
Sangat mudah untuk kita mengeluarkan hukum wanita itu tidak berpegang pd agama, namun bukan hak kita untuk menilai perbuatan beliau. Jangan bersangka buruk dengan kejadian Allah swt. Tidak mustahil hati wanita ini akan terbuka untuk berkahwin dengan `partner in crime' sekiranya diberikan tarbiyyah dan nasihat yang bernas, logik dan rasional. Hukum Allah tetap hukum Allah, tapi hati manusia sentiasa sunyi dan berkehendak sesuatu. Buat anak, buang anak, tanyalah mana2 perempuan, naluri keibuan tidak akan dapat dirasa oleh mana2 lelaki. Sebab itu 3 mak baru 1 lelaki...siapa yg bangun tgh malam buat susu anak, siapa yg menyuapkan nasi, siapa yg mengusap kepala anak di kala anak sakit...Semoga sahabat itu mendapat hidayah dari Allah sebelum Mac...anything is possible..Kita berdoa untuk beliau..
hmmmm memang sudah songsang pemikiran nih!
BalasPadamArtikel Panas 'Melayu Pendatang?': Orang Melayu Mesti Baca!!!!
Astaghfirullah. mana iman perempuan ini. kotnya pun geram dgn lelaki2 diluar sana, kalau bersabar, Allah akan temukan dengan lebih baik.
BalasPadamphew otak tak digunakan dengan baikla...rugi....suruh budak laki tu tanya dia tahu tak hukum berzina?
لااله الا الله محمد رسول الله
BalasPadammengucap panjang weh..
mana lah letaknya nilai kita sebagai orang islam...
ada anak buang2kan
tak de anak oper2 kan....
Terini dari blog AUC: SyoknyerBlogging Berwajah Baru
Salam..
BalasPadamSaya cuba untuk memahami tujuan si gadis itu..mmmmm..tak boleh nak fikir lah...
Kalau dia Islam.. saya nak kata 'HAMPEH !!'
Terima Kasih, Mazidul.
Ya Allah sampai macam tue sekali kerrr dia terfikir??
BalasPadamDah macam kat negara barat la pulak.. especially artis Hollywood.. ramai ada anak tanpa suami. Anak mau, suami tak mau.
BalasPadamAdehhhhhhhhhhhhh... kalau yang perempuan itu Muslim, kena tarbiyah kot!
ape lak nk dikategorikan masalah ni??
BalasPadamhaih..
Aduh. Poning den.
BalasPadamMalaysia ke ni?
Nampaknya, Apa yang biasa terjadi di Barat dah melarat hingga ke sini. Apapun pegangan agam/ keimanan itu penting. Seseorang kena pimpin dia ni, kahwin terus ke, okay juga lah.
BalasPadamSaudara Mazidul, betul ke cerita dari lelaki tu...Macam fantasi saja.
BalasPadamMacam syok sendiri!
Saya tak percaya, tak percaya 100x..
Sejahat2 bohsia pun malu juga kalau mengandung tanpa suami...ha ha ha.
Takkan terdesak sampai mcm tu sekali.
Yang ada - cuma 'gadis2'terdesak nak puaskan nafsu serakah seks semata2 adalah...Nak anak haram tak mungkin..
kenapa tak kawen shj dgn si pemanggil tu? jadi suami yg sah dan dapat anak.. x kesah la kalo lelaki tu dh beristeri sbb wanita tu boleh tanggung diri sendiri...
BalasPadamSalam En Mazidul
BalasPadamkawan encik tu dah kahwin ke?
malaysia semakin maju kini.Mohon Allah memberi hidayah kepada perempuan itu.
sangat memahami perempuan itu.. kadang2 trfikir sewaktu 'bengang' menguasai diri.. tapi cepat2 istifar bebanyok ya..
BalasPadamSaya nasihatkan pada saudara kita ni supaya kawen aje. Tak kisah kawen kat Siam pon ok walaupun tak betul dari segi undang undang tak salah dari segi syarak...
BalasPadamrasa mcm artis Hollywood lak..si Jennifer Anniston kan tgh nak cari penderma sperma skrg ni..
BalasPadamapa2 pun -semoga gadis itu dapat petunjuk dari Allah s.wt.
Hakiki: lelaki sekarang dah tak ada kualiti.
BalasPadamTak patut..!
BalasPadamTeruk betol perangai perempuan sekarng ni..hu..macam tak tau malu..hu
BalasPadamWanita...amat misteri jiwanya.. memang lelaki payah nak memahami mereka...tetapi itulah..dalam diam..ada tegas nya...dalam pemalu..ada mesranya...
BalasPadamdalam tenang...ada bahayanya
dalam diri...ada cintanya...
Tidak ada seorng pun yang lahir kedunia terus mampu berdikari tanpa pertolongan dan tunjuk ajar org tua. Tidak kira samada org tua itu ibu-bapa, pakcik-makcik, ataupun datuk-nenek. Apa yg saya ingin tekankan disini, pendidikan awallah yg telah mencorak pemikiran remaja2 masa kini. Adakah kita sedar akan kesilapan kita sebagai org tua???
BalasPadamTepuk dada tanya selera..... Wallahualam...